Saturday, 28 March 2015

KERISI MASAK SEMOR

Assalamualaikum wrh.wbth.

Memandangkan miza akan masak ikan, tercari2 jugak resepi apa yang bersesuaian dengan ikan kerisi. Memandangkan miza belum mencuba resepi yang diberikan oleh seorang kawan miza, maka terhasil menu untuk hari ini.

Semor


BAHAN-BAHAN

4 ekor Ikan kerisi.
3 ulas bwg putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 biji bwg besar dihiris
1 sudu kecil  Lada hitam-biji
1 inci  halia dimayang
1 batang serai dititik
Cili merah
1 sudu mkn cuka
3 sudu besar kicap
Garam dan gula secukup rasa.

Ihsan Mr. Google



CARA-CARANYA

♡ Ikan dicuci bersih. Untuk menghilangkan hanyir, biasanya miza guna air asam jawa/ limau nipis.
♡goreng ikan terlebih dalu yang telah siap disapu dengan garam dan serbuk kunyit.
♡Tumis bawang2 yang ditumbuk, serai, halia, lada hitam sampai naik bau. ♡masukkan kicap, cuka dan sedikit air. ♡Masukkan gula dan bawang besar.
♡Last sekali masukkan cili potong Dan garam jika perlu. Kicapkan dah masin. So ikut citarasa sendiri yek.

Selamat mencuba

SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Monday, 23 March 2015

PULUT INTI

Assalamualaikum wrh.wbth

Pulut inti kalu mengikut cara traditional dimasukkan ke dalam daun pisang dan dibungkus seperti nasi lemak. kini semuanya telah di inovasikan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik tapi ada juga yang masih dikekalkan di dalam daun pisang.

Miza pula tuk dimakan di rumah pada waktu petang terus dihidangkan di dalam pinggan jer. Lagi hampeh kan... janji dapat masuk perut.

Inilah pulut intinya


Jom kita check resepinya.

BAHAN-BAHAN UNTUK PULUT

3 cawan beras pulut (dicuci bersih dan direndam sekurang-kurangnya 2 jam)
11/2 cawan santan
secubit garam (dimasukkan ke dalam santan)
2 helai Daun pandan dan simpulkan.

CARA-CARANYA

♡Masukkan simpulan pandan ke dalam beras pulut.
Kukus beras pulut selama 5 minit atau hingga kuar wap.
♡keluarkan dari periuk kukusan dan gaul bersama santan. Kukus kembali.
♡boleh dikacau secara perlahan-lahan sekali sekala agar pulut masak sekata.
♡bila pulut bertukar menjadi  warna jernih bolehlah dikeluarkan dari periuk kukusan.



Masa kukus miza masukkan
 dalam bekas ni jer.


BAHAN UNTUK INTI

♡1 biji Kelapa parut yang putih. Kalu yang muda la best.
♡1 ketul Gula kabung/ gula melaka. Kalu nak gelap campur sket gan gula merah. 
♡3 sudu besar gula pasir. Boleh adjust mengikut kemanisan yang disukai.
♡2 helai daun pandan.
♡1/2 cawan air.
♡sedikit garam.




CARA-CARANYA

♡Masukkan air ke dalam periuk. ♡Kemudian Masukkan pula gula kabung, gula pasir, simpulan daun pandan dan garam.
♡setelah mendidih dan gula pun dah hancur, bolehlah dimasukkan kelapa parut.
♡Kacau sehingga air kering tetapi kelapanya masih lembab. 
♡Jika kelapanya terlalu kering pun x best gak nanti.


Tadaa dah siap



# jika intinya banyak, jangan risau. Boleh disimpan untuk dibuat kuih ketayap pulak yek. 


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



Friday, 6 March 2015

LEGOLAND WATER PARK 2015

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Haii arini baru berkesempatan nak up entry berkenaan percutian kitarang pada cuti raya cina yang lalu Ke legoland water park. 2 tahun lepas kitarang ke theme park jer coz waterpark ni belum pun buka lagi. So kesempatan yang ada ni lompat jerla ke sana. Bukan senang cek abe ni nak cuti. Dah alang2 cuti raya cina , apalagi ajaklah ke sana. Konon nak buat surprise kat Aleya sempena hari lahir yang 10. Rahsia terbocor time di hotel Impiana, KLCC lagi.

my lil family
My hero


Pergi ke sana dgn family kakak miza yang memang tinggal di Johor. So stay rumah dia. Dari rumahnya ke Legoland dah x jauh mana pun dalam 30 minit jer. Tiket kitarang x booking online pun ingatkan nak beli kat sana. Ada 1 kedai tu yang boleh beli di sana coz anak buah, Yana pernah beli di situ. malangnya aritu dah x de. Orang kedai tu cakap harga dah makin naik dan diorang dah tak blh jual. Nasib time kakakku nak ke kedai tersebut, Miza q di kaunter utama. Fuhh memang berjela la jawabnya. Time tu dah pukul 10.30. Baru nak q , ada sorang staff di situ bgtau kalu nak ke waterpark jer blh direct beli di kaunter waterpark yang terdapat di depan pintunya. Nak ke waterpark tu korang kena lalu di depan hotel legoland dulu.

My heoin. 


Sampai di kaunter waterpark tu memang x ramai pun. Cepat2 miza call kakak miza dan suruhnya ke situ. Memang x ramai Kat kaunter nih.


1.Untuk mendapatkan harga diskaun korang WAJIB bawa kad pengenalan tau. Idak korang dapat harga yang terpampang di kaunter tersebut. kalu korang tunjuk ic dapat la sket diskaun beserta dengan baucar makanan rm10 tuk setiap orang.

Setelah mendapat diskaun, harga
dewasa : rm95
kanak2 : rm75
Untuk bayi akan diberikan diaper khas tuk berada di dalam air. para2 ibu jangan bimbang yek, x perlu mencari di luar dah disediakan pun haa.

Pakaian yang sesuai yek. x strict
 sgt dr segi pakaian cuma tuk permainan
tertentu yang perlukan  gini. 


2. Untuk korang dibolehkan untuk bermain permainan yang disediakan, perlulah korang memakai pakaian berenang. Jika memakai t shirt pasti tidak dibenarkan untuk bermain kecuali yang menggunakan tube atau sekadar bermain2 di dalam kolam. kalu dah pergi tapi x main x syoklah kan.


cam berkejaran di pantai plak si kakak ni

Kalu lelaki boleh jer nak tanggalkan baju tapi seluar juga kena bersesuaian. Sebab ketika kitarang tgh q ada beberapa orang yang tidak dibenarkan bermain kerana memakai pakaian yang tak sesuai. Tuk keselamatan jugak.

di kolam ni x de tube tapi
 disedian life jacket.

Sonok ehh berendam


3. Waktu operasi adalah pukul 10.00-6.00 petang jer. Bukan seperti theme park yek. Waktu paling lambat  ditutup pada pukul 9. Kitarang memang tunggu sampai bunyi wisel kena halau la. selagi x bunyi selagi tu la hafiy n d geng dok berendam.

Dah penat makan dulu

Antara menu.. burger charcoal


4. Harga makanan agak mahal. Tapi standart la tuk tempat2 gini. Set makanan seperti burger dll adalah rm25 tuk 1 set termasuk air, fries dan buah2an. Manakala set untuk kanak2 seperti nugget@jejari ikan dll rm18 termasuk fries dan ribena kotak. yang ramai bawa bala tentera tu pepandaila yek bawa pape tuk alas perut. Tahu jerla anak2 bila dah penat main tu cepat jer lapar. Korang boleh la bawa biskut, snek pape. Boleh jer sorok2 dalam bag tu. Di entrancenya x strict sangat pun spot checknya. Tu time miza yek ..jgn kena time korang abih dichecknya. Sorry x dapek den nolongnya.

Hotel legoland. Colourful gitu
Semua barang simpan dalam locker, tu yang x sangat nak snap gambar. Dah puas main la snap. Hehe.. yang penting happy kan. 

Antara permainan yang terdapat di situ

Setiap permainan ada had ketinggiannya.
Kanak2 yang x melepasi had ukuran x dibenarkan.

Fuhh memang penat seharian di water park ...memang berbaloi. Kalu 1 hari nak masuk 2 tempat x tahulah sempat ke idak nak main ke semuanya. Malam tu sebelum tido wajib telan 4 biji ostematrix. Barulah ilang segala sakit2 badan dan lenguh2 semua.  Tu pun masih terasa sakit di lengan mungkin terlalu banyak penggunaan tangan. Yela kena pegang kuat2 takut terpelanting. Hehe.

Korang pun nak ostematrix ni. Jangan lupa contact miza k.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad










Wednesday, 4 March 2015

5 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL

Assalamualaikum wrh.wbth.

Kita harus mengawal tabiat pemakanan kita jika inginkan paras kolesterol kita dalam keadaan normal. Berikut adalah senarai makanan yang mampu membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan kita.



1. KACANG SOYA

Kacang soya mengandungi 48% protein, lecithin, vitamin dan zat galian. Ia mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

Untuk mendapatkan susu soya terbaik KLIK DI SINI




2. EPAL

Makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dipercayai mencukupi untuk membekalkan khasiat sambil mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang makan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kembali kandungan zat sambil mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Untuk mencegah pembentukan lemak dalam badan, anda boleh juga meneruskan pembacaan anda KLIK DI SINI



3. BUAH KURMA

Buah kurma biasanya di ambil hanya di bulan puasa, tapi tahukah anda amatlah rugi jika tidak diamalkan setiap hari. Kurma amat kaya dengan dengan serat dan flavanoid. Ia mampu menyahkan lebihan lemak jahat (LDL) sehingga dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga turut terdapat dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.



4. KUACI

Kaya dengan kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh meningkatkan kadar lemak jahat (LDL) dan menghadkan tahap ( HDL). Amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambahkan zat besi.

Selain dari kuaci yang kaya dengan zat besi,anda juga boleh mendapatkan zat besi dari sumber ini. KLIK DI SINI



5. KACANG TANAH

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E dikatakan mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan kolesterol (HDL) dan dapat mengelakkan tubuh daripada serangan jantung.

SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Tuesday, 3 March 2015

NASI MINYAK

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Kembali bersiaran kita pada bulan nih...ehhh dah masuk bulan 3.  Kejap jer kan masa berlalu. Pejam celik pejam dah 2 bulan berlalu tuk tahun nih.

Nasi minyak


Oklah jom kita cite pasal dapur plak. Smlm nak masak sotong kembang. Kalu sotong ni memang buat sambal jerla. Ehh korang ada menu lain ke nak buat dengan sotong kembang. Meh la share gan miza. Boleh la lain kali miza mencubanya pulak.
Kalu sambal ni x perlu la kot miza share resepinya di sini ...korang confirm lagi expert tu. Arini miza kongsikan resepi nasi minyak. Konon nak buat nasi lemak tapi memanjang jer rasa minggu lepas makan santan so kita tukar ke menu lain. Tu yang teringatkan nasi minyak. Dah lama miza x buatnya. Resepi ni pun berasal dari buku resepi miza. So kalu dari buku tu faham jerla yek miza x tulis pun sumber asalnya dari mana. Pakai hentam tulis jer.

Bersama dengan sambal sotong kembang, sayur campur
dan telur dadar


BAHAN-BAHAN

2 SUDU BESAR MINYAK SAPI/ MINYAK JAGUNG
2 ULAS BAWANG MERAH - DIHIRIS
2 ULAS BAWAng PUTIH - DIHIRIS
4 KUNTUM BUNGA CENGKIH
1 INCI KULIT KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA LAWANG
1 BIJI BUAH PELAGA
1 INCI HALIA - DIMAYANG
2 HELAI DAUN PANDAN
5 CAWAN AIR
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1 SUDU BESAR SOS TOMATO
3 CAWAN BERAS
SEDIKIT GARAM.

BAHAN HIASAN.
BAWANG GORENG - boleh jer letak kismis, gajus atau pape yang korang suka

Jemput makan.


CARA-CARA
Panaskan minyak jagung  / sapi
kemudian masukkan daun pandan yang yang telah disimpul ke dalam periuk berserta rempah ratus.
Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis sehingga terbit bau.
Setelah itu masukkan air berserta susu cair Dan sos tomato.
Kemudian masukkan pula beras yang telah dicuci bersih dan ditoskan.
perisakan dengan garam.
masak sehingga masak dan jangan lupa sekali sekala untuk mengacaunya bagi masak sebati.
setelah masak bolehlah ditaburkan bahan hiasan.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad