Wednesday, 30 July 2014

Rahsia Badam

Teks oleh noramiza ahmad

1. Mengurangkan kolestrol
     Pengambilan badam meningkatkan tahap vit E dalam plasma darah dan sel darah merah,  lantas mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

2. Bagus untuk minda
     Badam antara sumber nutrisi yang membantu dalam pembentukan dan kesihatan otak. Ia mengandungi dua nutrien otak penting iaitu riboflavin dan L-carnitin yang menggalakkan aktiviti otak dan mengurangkan penyakit Alzheimer.

3. Menguatkan sistem imun
     Alkali boleh ditemui dalam badam dan ia dikenali untuk menguatkan sistem imun dan meningkatkan keupayaan badan untuk mengelak daripada penyakit.


4. Mengurangkan berat badan  
Walaupun kacang secara umumnya kayadengan lemak, namun menurut kajian mereka yang mengambil kacang dalam diet harian mereka lebih langsing berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa jenis kacang.

5. Kulit menawan
  Terkenal dalam industri kecantikan,badan dan minyaknya mampu memulihkan kulit agar penampilan tampak lebih menawan,segar dan sihat.

Menghilangkan Ruam

Teks oleh noramiza ahmad




Bagi menghilangkan ruam @ kudis di badan terutamanya di bawah ketiak, tumbuk lumat biji manjakani. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian yang bermasalah dan biarkan kering. Lakukan dengan kerap. In sha Allah mujarab.

Melebatkan bulu kening

Teks oleh noramiza ahmad

        Bulu kening yg hitam dan lebat memang menjadi dambaan dan sudah semestinya akan menyerlahkan lagi kecantikan wanita. Bagi mendapatkannya, ambil sebiji buah keras dan bakar hingga menjadi hitam. Selepas itu, tumbuk buah keras tersebut hingga keluar minyak.
         sapu dengan menggunakan putik kapas mengikut keperluan anda. Untuk hasil yang memuaskan, amalkan selalu. Dalam masa seminggu anda akan nampak perubahan yang akan berlaku pada kening anda. Selamat mencuba.


Friday, 25 July 2014

Popover

Teks oleh : noramiza ahmad

1 cawan susu segar
2 biji telur
3 sdb mentega dicairkan
1 cawan tepung
1/4 sdt garam

Cara Membuatnya
Blendkan semua bahan dan 1 sdb mentega cair ( baki 2 sdb untuk dioles pada acuan) dan tapis.
Rehatkan adunan dan sementara itu
Panaskan oven 250 darjah celcius.
Masukkan acuan muffin ke dalam oven dan panaskan seketika.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Rendahkan suhu pada 200 darjah celcius
(kalau oven  ada kipas leh onkan)
bakar selama 13 minit atau sehingga kekuningan.



Jangan sekali buka oven nanti popovers akan turun

 
* saya guna acuan muffin biasa jer...acuan khas untuk popover x de...huhu...
acuannya boleh didapati di ikea...setakat yg saya tahu ler...kat tempat lain tu plak saya x pasti...hehe


Saturday, 19 July 2014

Kuih Cara Pandan

Teks oleh noramiza ahmad

Kuih cara pandan ini memang menjadi kegemaran anak2 saya...kalu buat ni kejap jer licin..kdg x sempat nak nmpk kuihnya...Tambahan kalu buat waktu bukan persekolahan...sekali angkat sekali licin...selagi x kenyang tu umminya mmg x de harapan la nak merasa. ..x per yang penting untuk anak2 dulu kan....biasa la pengorbanan seorang ibu...hihi..
oklah ni resepinya yek...

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil majerin/butter
1 biji telur
1 cawan air pandan
1 1/2 cawan susu cair
secubit garam
Gula - sebagai filling
sedikit minyak jagung/sayur untuk di oles kat acuan kuih cara


Cara-cara

Campur semua bahan kat atas kecuali gula- sy blender je supaya adunan halus licin.
Panaskan acuan dan oles dengan minyak
Masukkan adunan ke dalam setiap lubang acuan.
biar seketika- dalam 45 saat utk lapisan tepi dah masak baru masukkan gula.
kalau terus masukkan gula nanti kuih mudah pecah dan gula mudah meleleh keluar.
Tutup acuan (saya guna tudung periuk jer) dan biarkan dalam 2-3 minit...atau hingga masak
Angkat dan ulangi proses di atas hingga habis adunan itu.

Cream Puff

Teks oleh noramiza ahmad

Puff Pastry

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung  - 170 gm + 2 st baking powder di ayak
4biji telur - berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 4biji       1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula




Caranya :
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
2. Satukan butter, air dan gula dalam periuk.
3. Panaskan sehingga butter cair.
4. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung.
5. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
6. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu.
7. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
8. Pukul dengan menggunakan
pemukul telur(whisk) @ anda juga boleh menggunakan mixer. Pukul hingga adunan licin.
9. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
10. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
11. Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff keperangan, lebih kurang 30 minit.
12. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
13.Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
14. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna keperangan.
15. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
16. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim custard vanilla.
17. Ayakkan dengan sedikit gula icing di atas permukaan cream puff tersebut...tapi saya x letak coz anak2 x suka..


BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)

2/3 cawan susu segar
1 sudu besar penuh tepung kastard
1 sudu besar penuh gula (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega

Caranya
1. Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk.
2.Masukkan gula dan kacau di atas api yg perlahan.
4. Kemudian masukkan pula vanilla dan mentega
5. Terus kacau sehingga dapat tahap kekentalan yg diingini.
6. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke dalam cream puff.

Sunday, 13 July 2014

petua menghilangkan pahit pucuk betik

Teks oleh noramiza ahmad

 betik memang sedap jika dicelur dan digandingkan dengan sambal belacan..perghhhh 3 pinggan nasi nanti bertambah....tu pun sejak usia dah berganjak ke 3 series barulah nak berkenalan dengan sambal belacan, kalau tidak makan ulam gitu ajer ... tak perlu cicahannya...macam arwah mak saya cakap makan ulam cam kambing ...hehhehe...tu pun sebab c abang memang feberetnya sambal belacan...x kick katanya kalu tak ade sambal belacan...

ok untuk atasi masalah pahit pucuk betik tersebut, cuba masukkan beberapa helai daun jambu batu ketika merebus pucuk tersebut..insya Allah pahit pucuk betik itu akan berkurangan..sedap jadinya,,, cubalah

Friday, 11 July 2014

puding telur coklat

teks oleh noramiza ahmad

Bahan-bahan

1 1/2 cawan susu coklat
1 sb coklat emulco
3 biji telur
2 keping roti
2 sb gula

cara-caranya

1.panaskan pengukus.
2.sementara menunggu air menggelegak, masukkan semua sekali di dalam pengisar.
3.kisar sampai halus.
4.kemudian masukkan ke dalam bekas kegemaran anda tapi yang tahan panas yek..
5.kukus selama 15 minit atau sehingga masak.


Thursday, 10 July 2014

Makanan Anti Kedutan

teks oleh : noramiza ahmad

Kedutan mampu dihindari melalui  pemakanan sahaja. Pemakanan yang tepat mampu memastikan kulit wajah tegang dan awet muda. Antaranya ialah:

1. Salmon
mempunyai banyak antioksida kerana kaya dengan asid omega 3 dan astaxanthin. selain itu ia juga sumber dimethylaminoethanol iaitu sejenis protein semulajadi yang dapat menegangkan otot wajah.

2.Makanan berwarna hijau
Ia mengandungi banyak klorofil yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menangkis radikal bebas penyebab kedutan. Ianya terdapat pada sayuran hijau seperti sawi dan bayam.


3.Serat
Serat yang larut mampu mengatur metabolisme di dalam pencernaan dan menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Manakala serat yang tidak larut pula akan mencegah kegemukan kerana membantu anda merasa kenyang lebih lama.

4. Blueberry
mengandungi phytochemical yang membantu mencegah kematian sel dan menyokong pengeluaran hormon dopamin yang membantu mengurangkan stress. Hasilnya kawalan otot menjadi lebih baik, tekanan darah makin berkurang dan penampilan lebih muda.



Wednesday, 9 July 2014

Kari Daging Urat keting

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt dan salam sejahtera kengkawan sekalian. .

Alkisahnya memang saya suka dengan urat keting ni tapi bab nak membelinya kat pasar x pandai..yang tahu tetel jer...tapi mcmn tah aritu abg pasar tu leh promote plak daging urat keting ni...cam bulan jatuh ke riba la...so saya ambik 1/2 kilo jer...
nak masak apa pulak dengan urat keting nih...pikior punya pikior buat kari jerla lah...
ok ni resepinya yek...

½ kg daging urat keting
1 cawan rempah kari daging
1 labu bawang besar       dihiris
3 ulas bawang putih       dihiris
2 inci halia   dimayang
1 keping asam gelugor / keping
2 biji kentang     dipotong
1/2 batang lobak merah         dihiris
1 cawan santan pekat
1 batang kulit kayu manis  
3 kuntum bunga lawang  
6 kuntum bunga cengkih

CARA:

Daging urat keting (boleh guna daging biasa ataupun ayam) dibersihkan daripada lemak2, dipotong ikut suka dan direbus hingga separuh empuk.
Simpan air rebusan.
Tumis bawang, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan halia yang telah dimayang hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah.
Kacau dan biarkan satu atau dua minit hingga wangi.
Api jangan terlalu besar nanti hangus. Kemudian masukkan setengah cawan air. Biarkan ia masak kira2 empat atau lima minit.
Untuk mendapat kari yang sedap, rempahnya hendahlah benar2 masak.
Setelah semerbak baunya, dan terbit minyak, tuangkan daging yang telah direbus bersama airnya sekali.
Masukkan juga kentang yang telah dipotong..
kemudian masukkan pula lobak merah
Biarkan ia mendidih lagi hingga daging dan kentang empuk.
Kemudian masukkan santan, garam dan sedikit gula.
Biarkan mendidih perlahan dan masukkan 1 keping  asam gelugor. Apabila sudah sampai ke tahap kepekatan yang dikehendaki, padamlah api.    
taraaa dah siap


Tuesday, 8 July 2014

Jelly pink panther dan Bihun Sup Utara

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt

oleh sebab arini x brapa sihat so mood mr M datangla....simple2 jerla masak asalkan dapat berbuka puasa nanti...arini buat bihun sup utara bersama jelly pink panther. ..hehe naper jadi pink panther. ..sebab letak susu strawberry tapi strawberrynya  tak de....so tak jadilah jelly strawberry. ..warna pink jer..aleya cakap cam pink panther la...dari situlah dapat namanya...




resepi jelly pink panther
300ml air
100ml susu kotak strawberry ( saya guna Dutch lady)
2sb susu pekat
2sb gula pasir (suka manis leh tambah)
5g agar2 tali

 cara-caranya
1. didihkan air bersama agar2 hingga hancur
2.masukkan gula dan kacau hingga hancur
3.setelah mendidih masukkan susu pekat n susu strawberry. 
4.kacau sebentar dan tutup api.
5.boleh masukkan ke dalam mangkuk kecil atau bekas kegemaran anda.

# sukatan ni hanya tuk 3 mangkuk kecil seperti dalam gambar di atas.

Monday, 7 July 2014

Sustained Release vitamin C

Teks oleh : noramiza ahmad


Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah. 

MANFAAT UTAMA :



·   

         Membentuk Kolagen – Vitamin C  Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
·         Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
·         Peningkatan Sistem Imun - Vitamin C Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
·         Memerangi kanser - Vitamin C  satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
·         Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
·         Memperbaiki Insomnia - Vitamin C  membantu memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
·         Mengekalkan kolestrol sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Kekurangan Vitamin C dalam tubuh
Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
- Tapak kaki keras dan kasar 
- mudah tertekan (stress)
- Luka yang lambat baik
- Mudah selsema/ bersin
- Mudah dapat ulcer 
- Wajah nampak tua berbanding umur ( vitamin C penting untuk pembentukan kolegen)
- Mudah demam

untuk membuat pesanan atau inginkan  khidmat nasihat mengenai pengambilan produk2 shaklee boleh menghubungi saya di no 0136162413


Saturday, 5 July 2014

❤ TIRAMISU MARIE LAYER ❤

Assalamualaikum wrh.wbt dan salam sejahtera. .diharap kengkawan semua dilindungi rahmat olehNya...

Hari ni dah plan ke nak masak apa....di sini saya nak kongsikan resepi tiramisu cheesy layer yang telah saya cuba buat ..sedaaaaap...tak percaya...cuba dulu baru tahu....

oklah kita kita check resepinya dulu..

❤ TIRAMISU MARIE LAYER ❤

BAHAN-BAHAN

250 g krim keju
150 g krimer sejat/susu sejat
150 g susu pekat manis
1/3 pek biskut marie kopi
1 gelas air nescafe/white coffee panas
Serbuk koko - taburan


CARA PENYEDIAAN:

1.Pukul krim keju sehingga kembang da lembut.
2.Masukkan susu cair dan susu
pekat dan putar sebati sehingga licin dan sebati.
3.Celupkan biskut marie ke dalam air nescafe panas sehingga sederhana lembik.
4.Sediakan bekas kecil/acuan dan isikan satu lapisan marie kemudian lapisan keju dan selang selikan ia sehingga krim keju habis digunakan.
5.Taburkan serbuk koko sebagai hiasan
Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.


# senangkan...hehe...saya masukkan ke dalam bekas kecil utk di hantar ke rumah jiran... so nti senang kan tuk diorang menikmatinya...x yah nak potong2 bagai.....

Friday, 4 July 2014

Set Resdung Shaklee

Teks oleh noramiza ahmad

Tanda- tanda seperti :
1.migrain
2.kelemumur
3.gatal mata
4.bersin/selsema
5.jerawat
6.gusi berdarah dan bengkak
7.batuk, lelah dan berkahak
Adakah anda mempunyai gejala2 seperti ini?

ramai yang menyangkakan ini masalah biasa n mengambil ringan tentang hal ini...tapi sedarkah korang ...dari perkara remeh inilah yang akan mengundang bahaya..renung2kan dan telek2 la diri sendiri...

adakah korang seperti ini...cegahlah sebelum parah..


jika begini jadinya..menyesal kemudian sudah tiada gunanya..


# shaklee ada jawapannya..


Set resdung shaklee
1 . alfalfa
2. Gla COMPLEX   klik di sini
    @ omega guard
3. sustained release vitamin C  klik disini
4. B complex


Ingin membuat pembelian boleh klik di bawah ini.
klik di sini : ---------> http://goo.gl/k4M6z


untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan set resdung  Shaklee ini  anda boleh hubungi saya  di no 0136162413.

Thursday, 3 July 2014

eSell Shaklee

Assalamualaikum wrh.wbt. .

Hari ni adalah hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari di penghulu bulan segala bulan....ramadhan al mubarak 1435H.
Syukur ke hadrat Ilahi sedar x sedar dah 6 kita berpuasa dan masih berkesempatan untuk mempertingkatkan amal ibadah kita kpd yg maha Esa..


Ari ni saya nak kongsikan kegembiraan saya kepada semua..shaklee telah melancarkan eSell yang membolehkan anda sebagai pelanggan utk berurusniaga secara terus dgn pihak shaklee dan saya pula akan bertindak sebagai konsultan anda sahaja..pelanggan boleh memilih jenis produk yang diigini atau pun set cadangan yang dikemukan..pelanggan boleh mengetahui secara langsung mengenai status produk samada masih atau tiada stok.. ...begitu mudah bukan...
 Tidak sia2 la saya join shaklee ni yg kini memudahkan lagi kerja saya dgn adanya eSell nih...senang gitu...so nti kemunculannya di teratak ini ..terima kasih kerana sudi mengunjungi n diharap dapat kembali lagi.sokongan anda adalah semangat saya..

Tuesday, 1 July 2014

Puding Roti

Assalamualaikum wrh.wbt. .
apa khabar kengkawan sekalian. .sedar x sedar dah 4 hari kita berpuasakan...cepat jer terasa..
.di sini saya nak kongsikan resepi puding roti...mungkin boleh dijadikan idea utk anda bbuka nanti kan...puding ni yang dah dipotong x sempat pulak snap..

ok kita check resepinya..

4 kpg roti *        
 2 biji telur *        
1/2 cawan susu pekat *          
170ml susu cair  *
10gram serbuk agar2 @ sepeket  
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)*
31/2 cawan air=  guna cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat  emulco - saya x letak pun
pewarna pilihan - saya guna hijau dan merah

caranya..

- masak agar2 sampai hancur n masukkan gula    
- sementara menunggu agar2 tu hancur, blendkan semua yang bertanda * sampai halus
-setelah gula dlm agar2 tu hancur n mendidih...tutup api..Kemudian tapis.
- masukkan kembali dalam periuk n masukkan bersama bahan2 yang telah diblend tadi.
- sentiasa kacau utk elakkannya berketul
- setelah mendidih masukkan ke dalam 3 bekas yang berasingan
- masukkan pewarna.1 bekas dgn warna hijau..1 lagi dgn warna merah n biarkan 1 lagi bekas dgn warna asal.
- Kemudian masukkan adunan itu dlm bekas yang anda gemari dgn selang selikan warnanya.      
- kena masukkan cepat coz mudah beku.
- biarkan beku

taadaa dah siap

Petua menghilangkan batuk

Petua menghilangkan batuk adalah dgn menggunakan lemon dan madu...kalu x de lemon apa jenis limau pun x per samada limau nipis atau limau kasturi..

caranya ialah
ambil 1 sudu kecil madu (kalu dewasa leh guna 1 sudu makan)
masukkan ke dalam segelas air suam.
perah sehiris lemon ke dalam gelas itu.
kacau mengikut arah jam sepertimana kita tawaf n baca  selawat 3x...
Kemudian terus minum secara perlahan2 jangan diteguk sekaligus.

sudu guna sudu plastic tau.

in sya Allah jika diamalkan beberapa kali batuk akan berkurangan...ini memang saya amalkan untuk anak saya tanpa perlu makan ubat batuk lagi..cubalah

Shopping di Ho Chi Minh Part 1

Teks Oleh : noramiza ahmad

Citer masa cuti sekolah bulan 6  aritu tapi now baru la kongsikan kisah saya ke Ho Chi Minh, Vietnam kami satu family. ...sajerr...tuk buat kenangan di masa hadapan yang boleh diingati oleh anak2... kami pergi 4 org jer..                          
    kami berangkat ke sana pada 3/6/14 dan baliknya pulak 7/6/14..bila tiba di airportnya iaitu Tan Son Nhat International Airport, kami di sambut oleh driver
dari hotel yang akan menginap iaitu hotel grand central silverpark.

ni time balik...bila sampai dah malam..nak berposing pun x de mood.

Hotel tu mmg dekat tul gan ben thant market...boleh jalan kaki jerlah...kalu si hero kecik buat perangai x mau shopping,  umminya leh halau balik ke hotel...isss kejam tul umminya kan...yela dah kata datang tuk shopping ...tapi x leh shopping baik pergi cameron jer kan.. x dela umminya frust menonggeng..

Hari rabu 4.6.14..sesi berjalan di sekitar market ben thant jer..seperti yang telah diduga..si hero kecik telah kepanasan...nak ajak balik...tapi memang panas dan merimaskan pun...tapi shpg punya pasal umminya redah jerla kan...dgn lorong antara gerai2 yang sempit...pengunjung2 yang ramai...(ermmm cam kat malaysia la plak ..rata2 memang rakyat malaysia jer pun)..dengan peniaga yang suka menarik tangan dan menyentuh bahu kita...yang perempuan jerla...kalu lelaki memang cabut lari sebatu la jawabnya... kekasih hati dah bgtau yang  dia nak beli sut di sini...survey2 jer la dulu nti dah confirm yg plg murah dan kualiti ok barula beli .... ada mamat  tu nak bg rm280 tuk sepasang...memang murah giler compare gan Malaysia kan...sehari jer dah boleh siap...adat la ari pertama takkan nak shpg terus kan...survey2 la dulu... tapi si hero kecik nih dah buat hal ..dah x sabar2 nak balik....aikk dah nak balik...umminya lom sempat tawaf 1 market ben thant tu pun lagi ...ini tidak adil...so kami buat keputusan untuk berpecah...saya dengan aleya akan terus di dalam market tu dan hafi balik ke hotel dengan abahnya....

di tepi market ben thant. ehh nmpk x kat bklg tu..mcm menara telekom kan..


Fuhhh boleh window shpg lagi... round punya round ..pusing punya pusing aku terjatuh cinta dengan tray yang  dilekatkan dengan kulit telur...kraft yang femes di vietnam...tu hasil godekkan di blog2 la nih..lagi pun memang hajat dihati nak beli tray dari Malaysia lagi..tapi jauh lak dapatnya tray nih...    dah terjatuh cinta nak buat macam mana...hilang abih pepatah 'survey2 dulu' tu...ishhh2...mula pandai diorang letak harga seratus lbh tuk 1 set ada 3 beradik..dari kecik ke besar...tapi dah tawar menawar siap letak stool tuk duduk  n kipaskan kita...pandai la tu nak mengayat...dah setuju gan harga pandai dia promote suruh ambik sekali gan bekas buah dan coaster pulak...dia kata bagi seratus tuk semua...x taula mahal ker murah...dah suka ambik jerla...bekas buah tu pun 1 set 3 beradik jugak...

tray, bekas buah dan coaster.

Dah kuar dari market ben thant tu kami berjalan2 di sekitar hotel plak...di kiri kanan  hotel terdapat kedai yang menjual pakaian..apa lagi rambang mata la ummi dan anaknya...anaknya pun sama naik tocang...tanya dah letih nak balik tak...tak nak lagi...nak berjalan dulu ...nanti kat bilik boring tak de benda yang boleh dibuat katanya...  dikaki2 kedai terdapat ramai penjual yang menjual kopi ais yang femes tu...mulanya tak de rasa pun nak mencubanya walaupun ramai blogger yang kata sedap...belum jatuh lagi...setelah berbinar2 biji mata melihat baju2 kami pun balik ke hotel dulu...sampai di bilik....aikk ada kopi susu...


kopi susu...terbaikkk

Sedutan yang pertama....terkejut dgn kepekatannya...sedutan kedua...wow sedap la plak...sedutan ketiga....jd rebutan dgn cek mek aleya ...dia pun nak try...biasanya dia x pernah pun minum kopi...ni mendengar kekecohan kami tentang kopi susu ...dia pun x nak lepaskan peluang...sejak aritu apabila balik ke bilik kopi susu pasti wajib bagi kami...hinggakan hari terakhir iaitu hari sabtu pun saya berangan nak minum lagi...akibat kesuntukan waktu x sempat nak menikmatinya. ..huhu sedih...nantikan sambungannya lagi ok di next n3...tungguuuu.