Tuesday, 12 August 2014

Apam lenggang

Teks oleh : noramiza ahmad

Resepi nih saya dapat dari ibu mertua..dia yang mengajar saya..kalu tidak, tak dapat la nak melenggang...apam ni la ...isshhh korang nih...macam2 la fikir...hehehe...
Apam ni mengingatkan saya kenangan waktu di kampung..dulu  kecik2 selalu ikut kakak saya ke pasar minggu yang di adakan 2x seminggu..kerana bersekolah kami hanya akan pergi pada hari ahad...saya lagi tu ari khamis kot...(ehh dah lupa plak yang lagi tu) sebab yg ari ahad tu memang kekal diingatan coz kami memanggilnya sebagai 'pekan ahad'..so bila ke pasar tersebut benda yang x ketinggalan tuk saya beli adalah apam lenggang...memang suka benar saya dengan apam lenggang nih...bila  tgk ibu mertua saya buat, apa lagi tentulah tak ketinggalan untuk menuntut ilmu daripadanya...so di sini saya sertakan resepinya nanti senang tuk saya rujuk balik. .tak perlu la buka buku resepi khazanah saya...buatnya pun jarang2 macam mana nak ingat sukatannya ...ye dak...

🌷Bahan-bahan
8 sb tepung beras
4 sb tepung gandum
1 cawan santan (sederhana pekat)
gula - ikut kemanisan yang disukai
air
sedikit garam
yis 1/4 bungkus (saya guna jenis mauripan)

cara-caranya

- masukkan yis dan sedikit gula ke dalam mangkuk.tuangkan sedikit air. biarkan ianya selama 15 minit @ sehingga ianya berhenti bergelembung@ berbuih.
- sementara menantikan yis tersebut, kita bolehlah satukan kedua2 jenis tepung ke dalam bekas.
-masukkan santan, gula dan garam ke dalam tepung tersebut . Kacau sehingga sebati.
- masukkan pula yis ke dalam adunan itu.
-kacau lagi.jika adunan pekat bolehlah dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana pekat @ seperti adunan roti jala.
- kemudian panaskan kuali@ wok..kalu gunakan pan apam kita akan menjadi sekata seperti  dadar...so seeloknya kita gunalah kuali...
-masukkan 1 senduk dan lenggang kan kuali tersebut seperti membuat kuih dadar.bila kita menggunakan kuali bahagian tengah akan menjadi sedikit tebal berbanding di tepi2nya. tutup dengan tudung kuali.
- untuk mengetahui ianya telah masak @ tidak...perhatikan di bahagian bawah tepi kuih samada telah sedikit keemasan dan di tengahnya dah tak kelihatan lagi adunan tepung.
- angkat dan terus gulungkannya.



No comments:

Post a Comment