Masya Allah dalam kita sedang berduka dengan musibah yang menimpa negeri pantai timur dengan banjirnya , hari ini kita dikejutkan lagi dengan 1 lagi musibah.
Pesawat airasia pula dipercayai telah hilang dari radar. Setakat ini kita belum mengetahui nasib sebenar pesawat tersebut.
Sumber : Mr google |
Ahad 28.12.2014, pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura dikatakan telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada 7.24 pagi ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan AirAsia, penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.
Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.
Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
Kapten pesawat QZ8501 itu mempunyai pengalaman terbang selama 6,100 jam, manakala pembantu juruterbang dengan 2,275 jam penerbangan.
Laman airfleets.net menyebut pesawat tersebut telah digunakan selama lebih enam tahun.
AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor:
+622129850801
untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Seorang pegawai daripada agensi penyelamat Indonesia, Tatang Zainudin juga memberitahu MetroTV yang juruterbang mungkin berdepan situasi cuaca buruk.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.
Portal berita Singapura The Straits Timesmelaporkan bahawa Tentera Singapore RSAF akan menghantar sebuah pesawat C130 bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang itu.
Tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat QZ8501.
Sebuah Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) telah diwujudkan di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501.
Sebuah Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) telah diwujudkan di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501.
Sumber : astroawani.com
Samalah kita berdoa agar pesawat tersebut berjaya ditemui.
tengok news rini da jumpa ekor..
ReplyDeletemudahkan la buat diorang nak mencari..
Kan ...mudah2an..sedih sgt
ReplyDelete