Assalamualaikum wrh.wbth.
Hari ni Miza nak kongsikan resepi kuih lompang yang telah miza buat untuk salah satu juadah berbuka puasa. Ni pun tuk rujukan miza. Senang nak mencari nanti. Kawan2 yang nak mencubanya juga dipersilakan.
Semasa berbuka puasa, yang kelakarnya si Hafiy ni buat cam makan kuih lopes disalutnya habis dengan kelapa. Aii anak hero ummi nih... apa2 jerlah kan asal habih kuih umi. Suka benar dia dengan kuih nih. Kalu miza memang x berapa nak gemar dengan kuih lompang gula melaka. In sya Allah satu hari nanti miza nak buatkan jugalah dengan gula melaka tu.
BAHAN- BAHAN
11/2 CAWAN TEPUNG BERAS
1 SUDU MAKAN TEPUNG UBI
2 CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA PASIR
2 HELAI DAUN PANDAN.
1 SUDU TEH AIR KAPUR
SIRAP ROS UNTUK WARNA PINK
PERWARNA KESUKAAN
- MIZA GUNA HIJAU DAN UNGU
KELAPA PARUT - WARNA PUTIH AJER
SECUBIT GARAM
CARA-CARANYA.
Masak air gula dengan 1 cawan air bersama simpulan daun pandan.
biarkan sejuk.
sementara itu satukan tepung beras dan tepung ubi.
Masukkan air kapur dan seterusnya baki air. Kacau rata.
setelah air gula sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam adunan.
Panaskan periuk kukusan. Sementara menunggu air mendidih, oles acuan lompang dengan sedikit minyak supaya mudah dikeluarkan dari acuannya.
Setelah air mendidih, bolehlah dituangkan adunan ke dalam acuan. Hanya 3/4 penuh yek. Jika terlalu penuh lesung pipitnya akan kurang kelihatan. Kang jadi cam kuih kaswi plak.
Jika tidak mahu air menitik ke atas kuih,,balut penutup periuk kukusan dengan tuala.
Kukus selama 10 minit.
Sementara menunggu kuih masak, bolehlah dimasukkan garam ke dalam.kelapa parut putih. Gaul rata. Sekiranya inginkan kelapa parut yang tidak mudah basi, bolehlah kukuskan sebentar kelapa itu.
Setelah kuih masak, biarkan sejuk dulu sebelum dikeluarkan.
Untuk menghidangkannya bolehlah diletakkan sedikit kelapa parut di atas kuih tersebut.
Selamat mencuba
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad