Tuesday, 23 June 2015

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum wrh.wbth. 

Hari ni Miza nak kongsikan resepi kuih lompang yang telah miza buat untuk salah satu juadah berbuka puasa.  Ni pun tuk rujukan miza. Senang nak mencari nanti. Kawan2 yang nak mencubanya  juga dipersilakan.
Semasa berbuka puasa, yang kelakarnya si Hafiy ni buat cam makan kuih lopes disalutnya habis dengan kelapa. Aii anak hero ummi nih... apa2 jerlah kan asal habih kuih umi. Suka benar dia dengan kuih nih. Kalu miza memang x berapa nak gemar dengan kuih lompang gula melaka. In sya Allah satu hari nanti miza nak buatkan jugalah dengan gula melaka tu.




BAHAN- BAHAN

11/2 CAWAN TEPUNG BERAS
1 SUDU MAKAN TEPUNG UBI
2 CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA PASIR
2 HELAI DAUN PANDAN.
1 SUDU TEH AIR KAPUR
SIRAP ROS UNTUK WARNA PINK
 PERWARNA KESUKAAN
- MIZA GUNA HIJAU DAN UNGU

KELAPA PARUT - WARNA PUTIH AJER
SECUBIT GARAM




CARA-CARANYA.

Masak air gula dengan 1 cawan air bersama simpulan daun pandan.
biarkan sejuk.
sementara itu satukan tepung beras dan tepung ubi.
Masukkan air kapur dan seterusnya baki  air. Kacau rata.
setelah air gula sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam adunan.
Panaskan periuk kukusan. Sementara menunggu air mendidih, oles acuan lompang dengan sedikit minyak supaya mudah dikeluarkan dari acuannya.
Setelah air mendidih, bolehlah dituangkan adunan ke dalam acuan. Hanya 3/4 penuh yek. Jika terlalu penuh lesung pipitnya akan kurang kelihatan. Kang jadi cam kuih kaswi plak.
Jika tidak mahu air menitik ke atas kuih,,balut penutup periuk kukusan dengan tuala.
Kukus selama 10 minit.



Sementara menunggu kuih masak, bolehlah dimasukkan garam ke dalam.kelapa parut putih. Gaul rata. Sekiranya inginkan kelapa parut yang tidak mudah basi, bolehlah kukuskan sebentar kelapa itu.

Setelah kuih masak, biarkan sejuk dulu sebelum dikeluarkan.
Untuk menghidangkannya bolehlah diletakkan sedikit kelapa parut di atas kuih tersebut.

Selamat mencuba

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad






Friday, 19 June 2015

TIP ELAK GASTRIK DI BULAN PUASA

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Hai semua...bagaimana dengan puasa hari pertama anda hari ini, berjalan dengan lancar? Alhamdulillah.

Uppps ada juga yang telah diserang gastrik. Bagi yang ada gastrik tu miza nak share dengan anda semua tentang tip bagaimana cara untuk elak dari diserang gastrik yek. Miza pun ada sejarah dengan gastrik nih. Jika tidak dijaga pemakanan dan jadual waktu makan dengan betul pasti akan diserang dengan gastrik. Terutama dulu waktu belajar di upm. Kini alhamdulillah dah amat2 jarang diserang. Ok jom kita telek apakah tip2 itu yek.

9 tips elak gastrik di bulan puasa.

1. Jangan makan secara banyak sekaligus.
2. Jangan baring atau tidur selepas makan.

Jangan baring selepas makan yek

3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat.
4. Elakkan minuman berkafein seperti air berkarbonat, teh dan kopi.


5. Elakkan makan yang berat pada waktu hampir tidur.        
6. Kurangkan makan makanan yang banyak mengandungi bawang putih dan merah, yang pedas dan berlemak.


7. Berhenti atau kurangkan merokok selepas waktu berbuka.
8. Kurangkan pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol atau    ponstan.
9. Amalkan minum esp sebelum bersahur dan selepas berbuka puasa. Ostematrik pula sebelum tidur.



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai gastrik dan ingin mengurangkan masalah yang dihadapi, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Wednesday, 17 June 2015

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum wrh.wbth.

Esok 1 Ramadhan. Di sempatan ini miza ingin mengucapkan


Miza juga ingin menyusun 10 jari andai kata penulisan miza selama ini ada menguris hati dan perasaan kalian.

Moga ramadhan tahun ini kita sama2 meraih keberkatan dari segala amalan kita.
Diharap juga kita berjaya mempertingkatkan lagi amal ibadah kita di bulan yang mulia ini.

Amiin.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

Sunday, 14 June 2015

LANGKAWI 3D ART MUSEUM PART 2

Assalamualaikum wrh. Wbth.



Harga untuk masuk ke dalam LANGKAWI  3D ART MUSEUM  ini ialah

Dewasa  bukan warga    warga negara
                        RM38.                 RM30

Kanak      bukan warga     warga negara
                        Rm28.                 Rm20

Sekiranya anda membeli pakej combo seperti yang miza ambil untuk skycab dan 3d art museum ni dapatlah murah sket kan. Tapi korang wajib bawa kad pengenalan untuk ditunjukkan di kaunter pembayaran. Jangan jadi seperti kes di Legoland di mana 1 family terlupa nak bawa kad pengenalan dan tidak dibenarkan untuk mendapatkan harga bagi warga negara. Tak ker rugi tu. Ok jom layan lagi gambar2 di dalam museum tersebut. Fuhh memang jenuh la beraksi.

di depan kaunter museum























SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

Saturday, 13 June 2015

LANGKAWI 3D ART MUSEUM

Assalamualaikum wrh wbth.

Arini miza nak biarkan gambar yang berbicara yek. Layanzzzz

Part 1   2Jun2015














 






 


Ikuti sambungannya di part 2.


SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad