Tuesday, 26 May 2015

KAMBING MASAK HITAM MAMAK

Assalamualaikum wrh.wbth.

Arini miza kongsikan resepi masak hitam ni yek. Mulanya ingatkan nak ikut resepi dari MIL miza tapi kelapa parut plak x de stok kat rumah. so miza tukarkan ke masak hitam version mamak nih.

Tadaa

Ok jom kita check resepinya.

1 kilo daging kambing Direbus terlebih dahulu hingga empuk.
4 sudu besar Kicap pekat.
1/2 cawan air cawan
Garam dan gula perang.

BAHAN TUMIS
3 tangkai daun kari.
2 biji buah pelaga.
5 kuntum bunga cengkih.
11/2 inci kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
1 batang serai dititik.

BAHAN UNTUK DISANGAI.
11/2 sudu teh jintan manis
11/2 sudu teh jintan putih
11/2 sudu teh biji ketumbar.

3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar.*
1 inci halia*
3 sudu cili kering yang telah dikisar.




CARA-CARANYA.

Kisar bersama bahan  bertanda* dan bahan yang telah disangai.

Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.
kemudian masukkan bahan yang dikisar.
Setelah itu masukkan pula cili kering yang telah dikisar. Masak hingga pecah minyak.
masukkan pula daging kambing dan kicap.
Perisakan dengan garam dan gula perang.
Berhati2 ye kicap tu kan dah masin. Jangan terlebih plak .

SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



Tuesday, 12 May 2015

HOMEMADE PIZZA

Assalamualaikum wrh. Wbth

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH

250g tepung roti atau tepung gandum
1 sudu besar butter or margerin
1 sudu teh gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar yis
Garam secukup rasa
75 ml air
50 ml air suam

homemade pizza


Sos pizza - miza gunakan sos spageti adabi jer.
Mix herb.
cheese mozarella.

BAHAN TABUR

Homemade daging/ayam kisar boleh rujuk di sini.
sosej
Jejari ketam Di carik2
bawang besar dipotong bulat.
tomato dipotong dadu.
nanas - Jika suka
capsicum- jika suka.
#Bahan tabur ni boleh letak mengikut citarasa dan kreativiti masing2.

CARA-CARANYA

Masukkan gula ke dalam air suam Dan  taburkan yis ke dalamnya. Kacau dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.

Yis yang telah kembang 

Di dalam mangkuk besar yang lain, satukan ke semua bahan dan kacau rata. Air boleh tambah kiranya masih keras.
Setelah yis naik kembang, bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk adunan tersebut.
uli hingga licin. Tutup dengan tuala basah dan biarkan selama 30 min atau naik sekali ganda.

Doh yang dah siap diuli. tunggu
bg naik jer. 

Setelah naik, doh tersebut ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Uli sebentar.
Kemudian bolehlah dibentukkan bebola  dan di masukkan kedalam dulang pizza. Untuk adunan ni miza dapat 2 pizza yang berukuran 8 inci.

Shhhh ni buka tray tuk pizza..miza guna bekas
bawah dari loyang kek jer.

Di dalam dulang pizza anda boleh penyet2kanya sehingga menutupi dulang pizza tersebut.
Biarkan ianya naik sebentar selama 10 minit.
Kemudian bolehlah disapukan sos pizza dan ditaburkan dengan bahan- bahan kesukaan anda.
Di atasnya pula ditaburkan dengan cheese mozarella.

Dah siap ditabur dengan cheese


Bakar menggunakan apI atas bwh jer pada suhu 175 darjah Celsius selama 20 minit. Laraskan mengikut suhu oven masing2.

Tadaa homemade pizza dah siap. Selamat mencuba dan menjamu selera.

SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

Monday, 11 May 2015

KUIH SAGU

Assalamualaikum wrh.wbth.

Miza memang sukakan kuih sagu. Sebelum ni miza buat mmg frust. Kejap jadi kejap tak. Kejap lembik kejap masih nampak biji sagu yg putih2 tu...memang frust tul la. Kalu beli plak tak begitu mengikut citarasa tekak. Ngada tul. Dua2 cara miza dah pernah guna samada kukus atau kacau tapi itulah still x memuaskan hati. Dulu2 x sempat nak menuntut ilmu dengan arwah mak. Akhirnya miza jumpa 1 resepi yang mengunakan teknik kukusan. Yeaah menjadi dengan jayakan. So miza kongsikan di sini untuk rujukan miza dan kawan2 yang belum pernah buat dan  turut ingin mencuba.


BAHAN-BAHAN

2 cawan sagu
3/4 cawan gula.
2 helai daun pandan.
Perwarna atau sirap ros.
Kelapa parut (yang putih saja).
Sedikit garam.

CARA-CARANYA

Sagu dicuci bersih dan  rendam sagu selama 2 jam.
Toskan sagu dan biarkan ianya sebentar untuk mengeringkan airnya.
Panaskan air kukusan dan bolehlah masukkann sagu ke dalam loyang.
kemudian bolehlah digaulkan dengan gula dan pewarna/ sirap ros.
Kacau rata.
Masukkan pula daun pandan.
kukus selama 20 minit- 30 minit bergantung tahap kepanasan api masing2.
untuk menguji samada dah masak atau belum bolehlah melihat samada biji2 sagu yg berwarna putih masih kelihatan atau pun tidak. Kalu dah x de tu tandanya dah masakla.




Biarkan ianya sejuk sebelum dipotong. jika terdapat air dipermukaan kuih, anda bolehlah sendengkan sedikit loyang dan lapkan dengan hanya hujung tisu. Air akan menyerap tisu tersebut.
kelapa parut itu pula bolehlah diperisakan dengan garam.
Setelah kuihnya sejuk bolehlah dipotong dan gaul dengan kelapa parut tersebut.

Nyum2 sedap rasa. Nti nak buat version pandan plak. Tunggu yek.

#Tip untuk kelapa parut tahan lama.
Kelapa parut itu dikukus sebentar dan hasilnya tak cepat basi.

Selamat mencuba.

SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



Saturday, 9 May 2015

MI KARI VERSION CHINESE STYLE - Tanpa penggunaan rempah kari

Assalamualaikum wrh wbth. 





Bahan dikisar

3 ulas bawang putih.
10 ulas bawang merah.
2 batang serai.
1 inci belacan.
3 sudu besar biji ketumbar. (Disangai terlebih dahulu)

 5-6sudu cili kering yang telah dikisar  (miza mmg telah siapkan terlebih awal  cili kisar ni byk2 dan diletak sedikit garam dan cuka untuk bagi tahan lama)
Santan dari sebiji kelapa.
1 bungkus tauhu kering. 
Fish ball dan fish cake. 
Daun kari. 
2 keping asam gelugor.
garam dan gula.
air rebusan ayam dan daging

* 1 mangkuk kerang 
   udang

bahagian ni miza gantikan dengan daging dan ayam. Anak2 tak sukakan kerang. 

Bahan-bahan sampingan

Mee
taugeh
Cili merah.
siew pak choy..blh jer sawi pun.
Kacang panjang.*
Bawang goreng.*
daun bawang*
limau kasturi*

*stok tak de kat rumah so x letak..hihu. 

Sambal (jika anda sukakan pedas)

5-6 sudu besar cili kering yang telah dikisar.
2 ulas bawang putih ditumbuk.
garam dan gula.
minyak untuk menumis.





Cara-caranya 

1. Tumis bahan2 kisar dan daun kari sehingga  naik bau. 
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.  
3. Masukkan ayam dan daging air rebusannya. 
4. Kacau sehingga mendidih, dan masukkan tauhu kering, fish ball, fish cake, dan asam gelugor.
5.kemudian bolehlah dimasukkan pula santan. 
 perisakan dengan garam dan gula. 
6. Siap untuk dhidang bersama bahan-bahan sampingan

Cara membuat sambal.
tumis kesemua bahan-bahan dan kemudian  masak dengan  api perlahan sehingga pecah minyak.

taadaa senang jer kan nak buat mee kari nih... x perlu rempah ratus bagai. Hafiy memang suka sangat. Sampai balik sekolah pun tanyakan lagi mee nih.. ada harapan untuk umminya buat lagi. Yeee

Fuhh seronoknya makan. Semuanya  nak masuk dalam perut. Tak ingt kolesterol, lemak dan kalori tu semua. Miza x risau sebab bila dah makan benda2 bersantan ni wajib la telan omega guard tuk singkirkan segala kolesterol2 jahat tu semua. 

Nak tahu lebih lanjut tentang omega guard boleh KLIK DI SINI.


Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk2 shaklee, terutamanya yang ada promosi seperti omega guard dan phytocol anda bolehlah hubungi Miza seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





Thursday, 7 May 2015

KEK SPAN VANILLA+ BLUEBERRY FILLING+FRESH CREAM.

Assalamualaikum wrh wbth.

Sempena hari lahir Mimi, anak buah Miza, 1 majlis secara kecil-kecilan telah dibuat di rumah Miza. Ianya dibuat bagi meraikan Mimi bersama2 temannya. Jadi pada hari tersebut Miza buatkannya kek blueberry atas permintaan tuan empunya badan. Kek tersebut mengunakan kek span. Jom kita check resepinya. 




Sumber kek span dari blog kak ita.

masam2 manis.com

Bahan- bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek/superfine
70 gm air
50 gm minyak jagung
1 sudu teh baking powder ( 1 sudu teh)
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh esen vanilla 





Cara-caranya

♡Mula-mula satukan, tepung kek dan baking powder  kemudian di ayak. sekurang2 3x.
♡Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali minyak jagung.
♡Kemudian putar dengan speed perlahan dulu supaya tepung tu tak berterbangan..
♡Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
♡Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun
♡Bila dah gebu, tutup mixer.
♡Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula  hingga rata
♡Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
♡Kemudian tuang di dalam loyang  8 inci yang  dah dilapikkan dengan kertas minyak dan sapukan butter sekelilingnya.
♡Bakar di dalam ketuhar yang dah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Bakar selama  45 minit





 Tip


♡Apabila kek telah masak, terus keluarkan dari oven.
♡Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
♡sisipkan tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
♡Terbalikkan kek atas redai sekejap - 1 minit
♡Lepas tu terus terbalikkan semula
♡Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
♡Ingat kek span ni dia sensitif sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum dipotong kepada kepingan.




♡Setelah itu bolehlah melapiskan kek dengan blueberry filling dan fresh cream. Proses diulang pada setiap lapisan sehingga habis. 
♡Kemudian bolehlah dihiasi mengikut kreativiti. 
inilah hasil dr  amatur. Masih perlu diperbaiki hasil kerjanya. 



SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad