Peserta tercilik - sama baya |
Acara pertama untuk sukaneka adalah tiup belon berpasangan dengan ibu, bapa atau peserta dewasa. Kanak2 yang akan tiup dan peserta dewasa yang akan memecahkannya.
Peserta cilik sedang diberikan belon. |
Acara kedua adalah membawa bola pingpong dalam sudu. Masih lagi berpasangan antara kanak2 dan dewasa. Kanak2 akan membawa bola pingpong dalam sudu yang hanya dipegang tapi peserta dewasa pula akan membawa bola pingpong dalam sudu yang dibawa dengan mulut.
Peserta dalam acara mencari gula2 dalam tepung dengan menggunakan mulut. |
Acara ketiga adalah mencari gula2 dalam tepung bagi peserta remaja dan dewasa serta masih lagi berpasangan.
Kanak2 sedang mengutip gula2 menggunakan sudu dan akan diserahkan kepada ibu, bapa atau wakilnya. |
Acara keempat pula merupakan mengutip gula2 dengan mengunakan sudu bagi peserta kanak2. Bilangan gula2 terbanyak adalah pemenang. Manakala bagi peserta remaja pula, mereka perlu mengutip gula2 dengan menggunakan sudu yang tak boleh dipegang tapi dengan menggunakan mulut. Hehe ..bestkan. ada yg cakap sampai kebas mulut.
Kanak2 besar sedang siap sedia dengan sudu untuk acara mengutip gula2. |
Kemudian acara kelima adalah minum vitagen terpantas bagi peserta kanak2. Fuhhh lega dapat minum kan.
Taiko sedang memberi arahan tentang peraturan Bermain tuju tin nih. |
Acara seterusnya iaitu acara kemuncak adalah tuju tin.. bestnya..dah lama x main. Dulu time kanak2 selalu jugak main tuju tin nih di kampung. Korang plak pernah main x? Peserta dibahagi kepada kumpulan wanita dan lelaki. Memang riuh rendah jadinya. Kenangan yang pastinya tak dapat dilupakan.
Kumpulan lelaki pulak yang beraksi dalam permainan tuju tin. |
Anda terlepas episod terdahulu :-
FAMILY DAY PART 1
FAMILY DAY PART 2
Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
No comments:
Post a Comment