First day - 28 November 2014
Family day kali ke 2 anjuran warga Nostalgia 840 di adakan di agrofarmstay pada 28 Nov - 30 Nov 2014.
Taadaa dah sampai |
Hari Jumaat bertolak ke Agrofarmstay Durian Tunggal, Melaka. Bertolak dari Shah Alam pukul 3pm. Saya dan anak2 dan kakakku dan anak2nya. Kami naik sebuah kereta ajer coz suami kakakku a.k.a abg iparku akan mengambil diorg pada hari terakhir coz masih terikat dengan assignment dan exam. Manakala cek abeku pulak akan pergi dengan anak buahku yang kebetulan akan pergi lambat selepas waktu kerja. So dia akan mengambil cek abeku di airport.
Mulanya kakakku yg drive dulu n kami akan bertukar di rnr seremban. Sepanjang perjalan hujan lebat so sampai termiss rnr seremban tu. Last2 stop di rnr ayer keroh. Hitea la jawabnya. Yang buat spoil di situ banyak lalat. X best tul
Ni last day yg diorg terjun. Just nak tunjuk gambar pool jer pun. |
Hampir kul 6 lebih kitarang sampai di Agrofarmstay. Tu pun still hujan. So terbantut la anak2 nak terjun pool.
Setelah urusan pendaftaran dan penyerahan kunci. Masuk bilik dulu letak barang dan kuar semula berjumpa dengan abg dan kakakku yang datang dari Terengganu. Ketika kami tiba, kakakku dari Johor telah pun sampai yang memang plan asalnya kami ingin berjumpa di bandar Melaka. Di sebabkan ada masalah di saat terakhir, akhirnya kami bercadang berjumpa di agrofarmstay.
Sederet ni bilik kitarang + lg 1 bilik tuk 8 orang yang x de dlm gambar. |
Disebabkan ramai akan sampai pada lewat malam, so hari jumaat adalah aktiviti bebas. Makan pun sendiri2 yek..x disediakan. Malam tu kitarang kuar ke pekannya tuk makan malam memandangkan abangku dari Terengganu tu belum makan. Di ajaknya teman. Kalu kalu diikutkan kenyang lagi bila dah makan petang tu...tapi dah diajak ..ikut jerla.
Cute kan tempat karaoke nya. |
Setelah makan dan kitarang balik semula ker agrofarmstay, kami dibenarkan tuk masuk ke bilik karaoke. Diberi secara percuma selama sejam. Jika diikutkan cajnya adalah rm50 tuk sejam. X puas la melalak la diorang tu. X per boleh sambung lagi nanti. Tu pun dah pukul 12. Kena simpan tenaga untuk sukaneka keesokan harinya. Kang dibuatnya anak2 ku x nak bangun...rosak program.
Di dalam rumah karaoke. |
Anda boleh teruskan pembacaan anda di sini :-
FAMILY DAY PART 2
ACARA-ACARA SUKANEKA
Salam sayang.
Miza
No comments:
Post a Comment