Tuesday, 30 December 2014

Petua meredakan cirit birit

Teks oleh Noramiza Ahmad

Petua tuk cerry berry ( cirit birit) ni saya dapat daripada kakak ipar dan yang diperolehi dari maknya. Ni kiranya petua turun temurun la nih.  So saya kongsikan di sini tuk rujukan saya di kemudian hari dan juga tuk kengkawan yang berkemungkinan mempunyai masalah seperti anak saya, Hafiy.

Beras

Dah beberapa hari sakit perut dan asyik ulang alik ke toilet jer. Kesian tengok. Klinik pun dah pergi tapi tak kesan pun. Doktor suruh monitor kiranya makin teruk atau nampak tanda2 dehydration seperti mata mata cengkung tu menandakan yang anak anda mengalami dehydration (kekurangan air di dalam tubuh). Tu confirm kena bawa semula ke klinik tuk rawatan susulan. Tapi hafi ni makan, minum, main semua ok.

So kakak ipar saya memberikan satu petua tuk mengurangkan cerry berry.

Beras yang digoreng hingga keperangan.


Bahan- bahannya 

1 genggam beras
2 cawan air panas

Cara-caranya

■Beras dicuci bersih dan toskan airnya.
■goreng beras tanpa minyak tersebut sehingga keperangan. Awas jangan sampai hangit yek.
■setelah perang masukkan ke dalam mangkuk.
■masukkan pula air yang betul2 panas itu ke dalam mangkuk tersebut.
■rendam sehingga air menjadi suam.
■minum 1 cawan 2 kali sehari.
■Jika habis boleh dimasukkan lagi air panas.
■Ulang sehingga cerry berry hilang.

In sya Allah selamat mencuba.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen atau pun ada petua lain yang boleh  dikongsikan bersama.  Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 

Sayang korang ketat2.





Melaka River Cruise

Teks oleh Noramiza Ahmad

Kami

Melaka River Cruise adalah tempat wajib dikunjungi kiranya anda ke Melaka.  Saya lebih sukakan suasana malam.


Sungai Melaka

Nyaman dan boleh lihat kelipan2 lampu neon di sekitar Sungai Melaka. Aahh sungguh mengasyikkan. Tetapi jika korang terpaksa naik di waktu siang, redah jer. Lain orang lain citarasanya kan.

Kami lagi

Kita akan di bawa menyusuri Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. Setiap 30 minit sekali bot akan bertolak dari jeti. Terdapat 2 buah jeti tau kalu nak naik bot tu so korang pilih samada yang terletak di Taman Rempah ataupun lagi 1 terletak berhampiran dengan Museum Samudera yang terletak di tengah2 Bandar Hilir, Melaka.

First impression dah
jatuh cinta.

Kalau korang drive dan nak senang parking baik korang pilih kat Taman Rempah. Luas dan banyak tempat parkingnya. Kitarang of course la pilih naik di situ. Hehe.
Setiap bot boleh dinaiki lebih kurang 30 orang. Kalu nak pergi boleh check waktu dan harganya seperti di bawah ini :

Waktu operasi:
9 pagi - 11.30 malam

Eh! Ni pak guard MRC ker

Harga tiket
Dewasa - Rm10
Kanak2 - rm5

Ek eh sapa ni yek?

Ketika kitarang sampai di jeti  walaupun musim cuti sekolah tak delah ramai orang sangat. X perlu q pun. Yang ada di jeti ketika itu muat2 tuk kami semua. So x perlu tunggu d next trip. Lagipun sebab dah terlalu lewat sangat kot. Time tu dah hampir pukul 11 malam pun. Mana nak ada ramai orang  lagi kot.


Kampung Morten 


Sepanjang perjalanan kita disajikan dengan pemandangan di tepi2 Sungai Melaka dengan street art atau kalu kat seksyen 7 Shah Alam ni dipanggil Laman Seni. Kampung Morten yang dipenuhi dengan pelbagai jenis rumah2 yang unik. Ada yang dijadikan sebagai homestay. Mungkin korang boleh try sebab saya memang dah kesuntukan masa. Cek abe dah nak balik Bintulu. Cuti pun beberapa ari jer. Mana nak sempat nak p semua kan. Selain itu air pancut berirama selain kincir air yang unik. Ehh x de plak gambar kincir airnya...Sorry.

Air pancut berirama

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad






Sunday, 28 December 2014

Pesawat Airasia Hilang?

Assalamualaikum wrh.wbt.

Masya Allah dalam kita sedang berduka dengan musibah yang menimpa negeri pantai timur dengan banjirnya , hari ini kita dikejutkan lagi dengan 1 lagi musibah.
Pesawat airasia pula dipercayai telah hilang dari radar. Setakat ini kita belum mengetahui nasib sebenar pesawat tersebut.

Sumber : Mr google


Ahad 28.12.2014, pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura dikatakan telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada 7.24 pagi ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan AirAsia, penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Kapten pesawat QZ8501 itu mempunyai pengalaman terbang selama 6,100 jam, manakala pembantu juruterbang dengan 2,275 jam penerbangan.

Laman airfleets.net menyebut pesawat tersebut telah digunakan selama lebih enam tahun.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor:

 +622129850801

untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Seorang pegawai daripada agensi penyelamat Indonesia, Tatang Zainudin juga memberitahu MetroTV yang juruterbang mungkin berdepan situasi cuaca buruk.

Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.

Portal berita Singapura The Straits Timesmelaporkan bahawa Tentera Singapore RSAF akan menghantar sebuah pesawat C130 bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang itu.

Tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat QZ8501.

Sebuah Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) telah diwujudkan di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501.

Sumber : astroawani.com

Samalah kita berdoa agar pesawat tersebut berjaya ditemui.

Saturday, 27 December 2014

Aktiviti Hari Keluarga.

Teks oleh Noramiza Ahmad

Sebelah kiri tulah dewannya.
Sumber : mr . Google

ASSALAMUALAIKUM WRH. WBTH

Masih lagi berkisar dengan cerita family day saya tempohari yang telah diadakan di agrofarmstay di Durian Tunggal, Melaka.

Setelah saya kongsikan mengenai sukaneka yang diadakan di entri terdahulu, kini saya ingin kongsikan pula aktiviti2 yang boleh diadakan di family day selain daripada sukaneka2 tersebut.

Aktiviti2 dalaman atau indoor juga boleh diadakan sekiranya cuaca tidak mengizinkan jika ingin mengadakan sukaneka di kawasan terbuka atau di luar.

Kami mengadakan aktiviti  ini pada pukul 2.30 petang, sudah semestinya perlu dilakukan di tempat tertutup kecualilah kalau korang tahan panas. Hehe.

Antara aktiviti yang sempat kami jalankan ialah



Bersiap sedia sebelum acara dimulakan.

3 peserta terakhir. 

1. Musical Chair.

pasti ramai yang telah maklum mengenai cara permainannya kan. So x yah citerlah.
Kami bermain dengan 3 kumpulan iaitu kanak2, kumpulan lelaki dan juga kumpulan wanita.

2. Anda dan Gaya.

Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Seorang wakil setiap kumpulan akan dipilih dan dia akan menggayakan apa yang telah tertulis pada kertas yang telah ditentukan oleh ajk program. Setelah menggayakan tanpa suara, kumpulannya perlu meneka apakah ia yang cuba disampaikan oleh si penggaya tersebut.

Contohnya penarik beca.

Penggaya perlu menggayakan cara penarik beca tersebut. Jika kumpulannya berjaya menjawab maka mereka akan mendapat markah.

So dengan masa 3 minit berapakah yang berjaya dijawab oleh kumpulan tersebut. Markah tertinggi di kira pemenang.



3. Telefon Karat.

masih lagi dalam 4 kumpulan. Tapi kami perlu duduk berbaris panjang ke belakang mengikut kumpulan masing2.

1 ayat yang panjang akan diberikan kepada peserta pertama pada setiap kumpulan. Dia perlu menghafal ayat tersebut. Kemudian duduk di tempatnya. Peserta di belakangnya iaitu peserta kedua akan datang ke tempat peserta pertama dan diberikan ayat tersebut. Peserta kedua pula perlu menghafalnya. Begitulah seterusnya sehingga peserta terakhir.

Pemenang akan ditentukan dengan kepantasan dan ayat yang diberikan adalah betul.

Contoh ayatnya adalah seperti :

Penari ballet, masak kari, pakai sari,
Tarik laci, buka peti, ada kunci, atas sekali

Haa kalu korang power boleh jer buat ayat panjang berjela..hehe

Terdapat 2 buah kolam tuk kanak2.
1 terbuka dan 1 lagi berbumbung. 


Sebelum umi beraksi.


Kemudian beralih pula ke acara kolam renang.

Bola Baling Air.

Peserta akan berusaha untuk memasukkan bola ke dalam gol dengan cara menyerahkan bola kepada rakan sepasukan. Tidak boleh membawa bola tapi perlu membaling atau menyerahkan kepada rakannya sambil akan cuba dihalang oleh dirampas bola oleh pihak lawan.

Inilah bola baling air. Best sesangat.


Gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang.



 Jika ketinggalan tentang cerita mengenai family day kami di Melaka boleh baca di sini:
 Family Day Part 1

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 

Sayang korang ketat2.



Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar.

Teks oleh Noramiza Ahmad

Aleya dan sepupunya, Kak Mimi.

Assalamualaikum wrh. Wbrt.

Masih lagi dalam mood cuti sekolah...tapi bahang sesi persekolahan akan bermula kian terasa. Bagaimana dengan persiapan sekolah anak2.. dah siap ke belum. Hehe. Saya belum lagi. Alkisah nak menunggu en. Suami la nih. Saja nak bagi diorang mengada2  dengan abahnya. Baju sekolah bukan  tiap2 bulan pun nak beli kan. Apa salahnya abahnya turut serta. Kerekkan umminya.

Kami

Harini saya nak kongsikan di sekitar Majlis Khatam Al Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang diadakan Dewan Restaurant Zam-Zam Seksyen 9, Shah Alam.

Aleya atas pentas

Alhamdulillah ..Aleya dan sepupunya Mimi masih lagi maintain tuk dua tahun berturut2 dengan mendapat tempat pertama.

Cek mek Aleya

Hafiy x de rezeki pada tahun nih. X per in sya Allah tahun depan berusaha lagi ye sayang. Umminya x kisah pun dapat no berapa yang penting dapat dipraktikkan apa yang dibelajar dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

Mimi - khatam Al Quran.


Aleya kena tgu thn depan plak tuk khatam Al Quran coz dah penuh tuk tahun nih. Itulah yang diberitahu oleh ustaznya kepada saya. So kita tgu majlis khatam Al Quran Aleya pada tahun depan pulak yek.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

Friday, 26 December 2014

MELAKA DUCK TOURS.

Teks oleh Noramiza Ahmad.

Itulah duck tournya. 

Setelah selesai shopping di Dataran Pahlawan Melaka Megamall ( DPMM), kakak saya telah membuat panggilan ke kaunter pertanyaan Melaka Duck Tour (MDT) untuk bertanyakan mengenai waktu dan tiket jika masih ada..tapi kalu nak booking tru fon memang tak boleh time cuti sekolah gini.  Kena dapatkan secara langsung di kaunter. Kalu hari biasa boleh ajer kalu kumpulan melebihi 10 orang.

Kaunter. Beli tiket dulu yek

Kami ada masa selama 40 minit lagi jika ingin mendapatkan waktu perjalanan pada pukul 4.30pm. So kitarang terus berjalan dari DPMM ke Dataran Taming Sari.

Di depan Menara Taming Sari

Haa berjela2 tiketnya

HARGA TIKET MDT

Harga tiket
Laluan yang akan diikuti oleh MDT

Ehhh.. saya x de.

Family kakakku.

Itik dah nak masuk laut.

Aleya nak duduk di tepi jugak.





Serba sedikit Sejarah Melaka Duck tours.

Inilah rupa asal MDR yang digunakan sekarang.


The DUKW, yang dikenali DUCK, adalah sebuah trak amfibia yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dunia 2 untuk mengangkut barang-barang dan askar ke daratan dan lautan untuk kegunaan mereka. 

Sumber : melakaducktours.com.my

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Thursday, 25 December 2014

COCONUT SHAKE PANTAI KLEBANG



Pintu gerbangnya. Wahh

Sebelum check in hotel hatten singgah dulu di Pantai Klebang nak cari coconut shake. Sempatla hai hai bye bye kat bustel hotel. May be one day dapat jugak ke situ kot.. in sha Allah.


Inilah tempatnya.

Mulanya ingatkan yang memang betul2 kat pantai klebang coz memang nampak bersepah jer dengan coconut shake. Bila diberitahu oleh anak sedara barulah tahu yang original punya bukan terletak di situ. 


Menunggu umminya yang sedang q di luar
sedangkan boleh jer terus order di dalam.
 Alahai ummi mana la tahu.

Wahh bukan main ramai lagi orang yek...beratur panjang. Silap sangka.. ingatkan beli di luar kemudian boleh bawa minum di dalam. Nasib kebetulan bertembung dengan abg yang singgah di situ sebelum berangkat pulang ke Terengganu. Dia mengatakan boleh jer beli di dalam dan q pun x sepanjang seperti di luar.


Si dara dengan coconut shakenya.

 Ye memang betul. Tidak, mati kepanasan la ku di luar. So memandang di situ hanya menjual nasi lemak yang dibungkus dan kuih-muih, jadi kami hanya mengambil coconut shake special. 


Ni si udanya pulak.

Harga :
coconut shake biasa - rm2
Coconut shake special - rm2.20

Murahkan.


tengok di belakang..ramai kan orang.

Tempatnya di situ memang ramai orang dan walaupun ramai  tapi Alhamdulillah kami berjaya juga dapatkan tempat. X perlu menunggu. Hehe.. Tu pun kerusi nya x cukup. Kena ambik dari meja2 yang lain. So memang bukan tempat lepaking la.

Coconut shakenya  memang  lain dari yang lain. Isi kelapanya di blendkan sekali yang mana la kebiasaan yang jumpa air kelapanyanya jer . Yang ni akan terasa isi2 kelapanya tu . Harus try bagi yang belum pernah mencuba seperti saya.  

 Sejarah Klebang Coconut Shake

Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir sepuluh tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

sumber : Utusan

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Friday, 19 December 2014

Jalan2 di bandar Melaka

Teks oleh Noramiza Ahmad

Family kecik

Setelah berakhirnya family day di agrofarmstay di Durian Tunggal, Melaka, saya dan 2 orang kakakku bersama dengan keluarga masing2 meneruskan percutian kami ke bandar Melaka.

Sebelum bergerak meronda bandat Melaka.

Pada mulanya saya berhasrat menginap di Bustel, Pantai Klebang. Memang la di luar tu buruk dah nama pun bas2 lama kan..tapi kat dalam ok... cantik per. Kalau kat sana memang tidak dipersetujui oleh en. suami, so akhirnya dapat di  Hotel Hatten yang memang betul2 di depan Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM). Just cross jalan jer dah sampai..ngee.

Sebelum check in kitarang ke Pantai Klebang cari coconut shake dulu la.
Klik Di Sini.

Kemudian terus balik dan check in hotel.

Lobby hotel.

Welcome drink.

Layan jerla anak2 sedara nak gi minum. Kalu tak malas jugak nak pergi semata2 nak minum benda alah nih jer. Budak dua tu apalagi semangat la  nak gi minum dah ada geng.

Ruangan yang dipisahkan dengan
Glass divider 

Di dalam bilik agak luas dengan 2 tv di dalamnya. Ruangan dipisahkan oleh glass divider dan boleh ditutup dengan curtain blind.

Kusyuk tengok citer apa la tu yek. 
Kemudian gi ronda di Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM)..konon nak mencari barangan kiriman kakak. Maklum ni first time sampai Dataran Pahlawan..x jumpa pun barangan yang di cari. Bila sampai ke Melaka tempat yang dituju pastinya A Famosa jer.. Mana la nak menjejakkan kaki ke situ.

Berlatarbelakangkan DPMM


Lepaking di padang dataran pahlawan sebelum bergerak menaiki Melaka River Cruise (MRC). Mulanya cam x jadi coz rasa  dah lewat kerana MRC akan ditutup pada pukul 11.30 sedangkan pukul 10 pun belum bergerak ke sana. Kami diyakinkan oleh kakakku bahawa masih sempat, akhirnya berjaya juga ke sana. Tunggu entri seterusnya berkaitan MRC K.

sayup2 kelihatan Menara Taming Sari



Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Wednesday, 17 December 2014

7 khasiat timun yang perlu dibongkarkan.


Timun merupakan sejenis sayuran yang sering dijadikan sebagai ulam yang digandingkan dengan sambal belacan atau dijadikan acar serta salad malah sering disajikan bersama dengan nasi lemak atau sate yang dijadikan sampingannya. Di sebalik keranggupan dan keenakkan timun turut terdapat kebaikan yang perlu kita ketahui.

Timun

Jom kita antara kelebihan dan khasiat- khasiat timun ini.



Stress

Timun amat elok dimakan ketika anda dilanda stress. Amalkan memakan timun setiap hari kerana kandungan fosfor, vitamin C dan asid folik dalam timun mampu menghilangkan ketegangan atau stress.



Sembelit dan panas badan.

Makan dalam keadaan mentah dan segar dapat menurunkan panas badan dan meningkatkan stamina tubuh. Selain itu, ia juga mengandungi serat yang tinggi yang dapat mengurangkan sembelit selain dapat melawaskan air kencing.



Batu karang.

Kandungan air yang terdapat dalam timun dapat meneutralkan racun dan membersihkan toksin yang terdapat dalam tubuh. Amat baik bagi mereka yang mempunyai masalah batu karang kerana dengan pengambilan timun yang kerap dapat melarutkan batu karang tersebut.


Bijinya jangan dibuang yek.


Penuaan.

Bukan hanya isinya yang mempunyai khasiat bahkan bijinya turut mempunyai banyak vitamin E. Biji ini berkhasiat untuk melambatkan proses penuaan dan juga kedutan.

Mengawal berat badan.

Disebabkan kalori yang rendah, timun harus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mengawal berat badan. Jadikan timun sebagai ulam, salad atau snek di dalam menu harian anda.

Jika di antara anda yang mempunyai masalah berat badan boleh rujuk di sini :-

set diet bagi mengawal berat badan anda.


Sambil berehat menenangkan minda dengan
 muka disapukan mask, apa kata lekapkan
 mata dengan hirisan timun.

Mata panda.

Hirisan timun yang diletakkan pada mata dapat mengurangkan keletihan dan lingkaran hitam di bawah mata (macam mata panda kan). Timun yang bersifat anti radang dapat mengurangkan masalah tersebut. Cubalah.



Kolesterol dan tekanan darah.

Para penyelidik telah menemui sejenis sebatian yang dikenali sebagai 'Sterol' pada timun yang dapat menurunkan paras kolesterol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium di mana ianya dapat menstabilkan darah. Sebab itu, timun sangat baik untuk diamalkan bagi mengawal tekanan darah tinggi atau rendah.

Adakah anda penghidap darah tinggi dan ingin mengetahui cara2 untuk mengawal tekanan anda, boleh klik di sini

Derita Darah Tinggi?



SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



#Dah baca? Sudi2 kanlah tinggalkan 1@2 komen di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi rumah anda tinggalkan jejak.. in sya Allah jika diizinkan Allah S.W.T pasti saya akan mengunjungi kalian. Terima kasih atas kesudian anda pembaca.