Kulit yang cantik pasti menjadi dambaan setiap setiap wanita. Jika sebiji jerawat jer pun yang tumbuh dah meresahkan, ni apatah lagi yang penuh di muka dan yang kebanyakan tumbuh di pipi atau dahi. Pasti jiwa gundah gulana dan mengurangkan keyakinan diri kita. Jadi Untuk mengekalkan kulit cantik berseri anda bolehlah mengamalkan perkara berikut :
SENAMAN
Lakukan senaman sekurang-kurangnya satu jam sekali atau dua kali seminggu. Hanya kulit yang sihat dapat memelihara keanjalan kulit.
Dapat memperbaiki sistem peredaran darah. Apabila sistem peredaran darah berjalan lancar, secara automatik kulit akan dapat menyerap nutrisi yang cukup.
BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Vitamin C mampu untuk mengaktifkan sel pembuat kolegen. Jadi makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna oren, merah atau hijau tua seperti lobak merah, labu, sawi, tomato dan bayam setiap hari untuk menghalang aktiviti sel radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat berkedut. Kandungan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna ini mengandungi beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang merangsang DNA yang menghasilkan sel2 kulit baru dan membuat kulit menjadi sihat, segar dan halus mulus.
Selain mengamalkan senaman dan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, anda juga boleh mengamalkan cara ini untuk mendapat kulit cantik berseri.
SERBUK TEH
Sebaiknya selepas bangun tidur, anda boleh menggantikan pencuci muka anda dengan serbuk teh yang telah digunakan(hampas) dengan cara mengosok secara lembut dan perlahan ke seluruh wajah anda untuk mengekalkan keserian wajah anda. Kemudian bilas bersih. Di antara waktu pukul 9-10 pagi pulak barulah anda boleh menggunakan pencuci muka anda semula.
KULIT KAYU MANIS
Sekiranya wajah dihinggapi dengan jerawat pula, anda boleh cuba petua ini pula. Awas yek mungkin sedikit pedih dan merah. Caranya adalah dengan mengasah kulit kayu manis. Kemudian letak sedikit air dan dijadikan seperti pes. Tampal atau sapu atas jerawat tersebut. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih.
Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad