Semalam buatkan breakfast muffin ni tuk Aleya dan Hafiy sebagai bekalan ke sekolah. Umminya dah sampai dak de idea nak buat apa. bukan la setiap hari diorang akan bawa bekal..ikut mood jugak sebab kadang2 diorang teringin nak beli makanan di sekolah. Boleh jer nak beli di kantin sekolah tapi dengan syarat x boleh beli jajan2. So setiap kali balik sekolah pasti diorang akan ceritakan apa yang di beli di kantin. Saya bagitau kat diorang yang diorang boleh tipu saya tapi Allah sentiasa ada dan mengetahuinya..hehe itulah cara saya.
Ehhh lain plak perginya..okla kita sambung balik pasal muffin nih..muffin ni antara yang suka buat.mana taknya memang senang sangatlah tuk membuatnya. Tak perlu pakai mixer atau blender bagai, just guna pemukul telur / whisk jer...godek2 sket pastu bakar...walaaa senang bangat.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan- bahan
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
11/4 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
11/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan gula perang
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
Untuk Hiasan
Manik - manik berwarna.
Cara - caranya
♡Ayak tepung tepung, baking powder dan soda.
♡Kemudian masukkan ke dalam bekas, gula dan telur. Kacau hingga gula perang hancur dengan mengunakan whisk. Tak perlu risau kiranya gula belum betul2 hancur.
♡Masukkan pula garam, esen vanilla dan susu segar.
♡ Setelah itu masukkan tepung. Kacau sebati.
♡Akhir sekali baru masukkan minyak.
♡Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas dengan 3/4 penuh.
♡Bakar dalam ketuhar dengan suhu 175 darjah celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
♡Bakar selama 9 minit dengan kipasnya saya 'on' kan. Jika 'off' atau oven anda tidak mempunyai kipas, mungkin masanya anda perlukan lebihkan sket. Ikut suhu kepanasan oven masing2 yek.
♡Setelah perang keemasan bolehlah anda kuarkanya atau dengan cara anda mencucuknya dengan kek tester /lidi satay.Setelah kuar biasa bersih kek tester itu, muffin tersebut bolehlah dikuarkannya.
♡Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment