Saya dan lada hitam umpama lagu dan irama yang tak dipisahkan. Hehe.. itulah umpamanya untuk menggambarkan betapa saya menyukai lada hitam. Kalau gi makan berkaitan grill atau bbq, pasti sos lada hitam jugak menjadi pilihan saya. Kat rumah pun kebanyakkan masakan saya akan letak lada hitam. Best per.
Daging kambing lada hitam ni saya buat masa hari raya korban tempohari tapi terperap dalam album, belum masa untuk dipublishkan. Macam sibuk benar jer kan. Walaupun hakikatnya memang sibuk pun. Hehe
Kali ini x perlu kot saya nak kongsikan resepinya. Simple jer resepinya. So arini Saya nak kongsikan mengenai kebaikan lada hitam. Korang suka tak lada hitam. Kalu suka meh baca apa kebaikannya.
Berpantang
Ramai wanita2 ketika dalam pantang selepas bersalin suka mengambil lada hitam dalam makanan mereka kerana di rasakan lada hitam boleh memanaskan badan, menyegarkan tubuh, merawat peranakan, melegakan otot2, mengelakkan bayi kembung perut, pening kepala, loya dan cirit birit.
Menurunkan berat badan
lapisan luar lada hitam yang berisi fitonutrien kuat akan merangsang pemecahan sel-sel lemak. Hal ini dapat merangsang tubuh untuk berpeluh serta buang air kecil, dimana ini merupakan cara yang bagus untuk menyingkirkan lebihan air dan toksin dalam tubuh. Semua ini secara tidak langsung dapat membantu menurunkan berat badan .
Untuk mengawal berat badan anda boleh Rujuk Di Sini
Meredakan perut berangin.
Lada hitam juga dikenal akan sifat karminatif nya ( zat yang dapat mencegah pembentukan gas ). Lada hitam dapat melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh perut kembung.
Dapat mencerahkan kulit.
Selain dapat membantu mengeluarkan peluh dan semua toksin dari kulit anda, lada hitam juga bertindak sebagai exfoliant yang baik. Lada hitam yang dilembutkan dan ditambahkan ke scrub wajah dapat membantu mengelupaskan sel2 kulit mati, membantu memberikan lebih banyak oksigen dan nutrisi ke kulit . Sifat Antibakteria dan anti inflamasi juga membantu menjaga kulit terhindar dari jangkitan kulit seperti bisul dan jerawat.
Untuk mendapatkan kulit cerah sekata boleh Rujuk Di Sini.
Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
No comments:
Post a Comment