Tuesday, 25 November 2014

♡Rahsia Jantung Super Sihat♡

 By Noramiza Ahmad

Anda mungkin berasa sihat, tetapi bagaimana pula dengan jantung anda. Penyakit jantung boleh membawa maut dan memberi kesan kepada semua dari seawal usia 24 tahun. Namun ia sering kali tidak dapat dikesan sehinggalah ianya sudah terlambat. Ubahlah gaya hidup bagi menjaga jantung dan memastikan ia kekal sihat buat masa yang lebih lama.

Berikut adalah tip- tip bagi menjamin kesihatan jantung anda:

Sumber Ikan.


Ikan dan supplement minyak ikan terbukti memberi banyak faedah untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.
Ia membekalkan omega-3 yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak terhasil secara semulajadi. Omega-3 pada dasarmya adalah DHA dan  EPA yang dapat membantu mengawal kadar denyutan jantung dan meningkat Kolesterol baik. Ini  mengurangkan risiko penyakit
 jantung. Minyak ikan juga dapat memastikan anda kelihatan muda untuk tempoh yang lebih lama kerana ia mengandungi ciri- ciri anti penuaan yang memanjangkan hayat sel selain dapat mengurangkan inflamasi dan artritis.

Inginkan mengetahui lebih lanjut tentang omega-3  boleh Klik Di Sini

PEJAM MATA DAN NIKMATILAH ALAM MIMPI.




Tahukah anda bahawa kekurangan tido boleh  menyebabkan tekanan darah tinggi? Ada kalanya tido yang kurang dari 7 jam boleh menjejaskan kesihatan jantung anda.

LUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI DAN JANTUNG ANDA

Anda harus mendapatkan rehat secukupnya. Stress boleh menyebabkan tahap kortisol (sejenis hormon stress) meningkat dengan tinggi.  Ini boleh memberi kesan yang
berbahaya terhadap badan dan jantung anda. Kortisol meningkatkan kadar denyut jantung dan menyukarkan proses pengagihan nutrient-nutrient penting
dalam badan.

BERSENAM DAN KELUARKAN PELUH



Bersenamlah sekurang-kurangnya 2x seminggu untuk jantung yang lebih sihat dan kuat. Teorinya mudah sajer, jantung anda akan terus berfungsi dengan baik jika anda selalu brsenam dan rasailah perbezaannya.

GIGI CANTIK, JANTUNG SIHAT.



Memang menabjubkan! Pemflosan gigi boleh membantu jantung anda. Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko untuk anda menghadapi serangan penyakit jantung. Jadi jangan lupa untuk menggunakan flos gigi setiap malam dan tak perlu lagi risau tentang penyakit jantung.


Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





No comments:

Post a Comment