Siapa kata tugas wanita mudah? Lihat sajer mereka terutama yang berkejaya dan berkeluarga, sibuk untuk melakukan pelbagai tugas bagi memastikan semuanya berjalan dengan sempurna. Mana hendak menguruskan anak2, rumah, kerja2 pejabat atau menguruskan perniagaan mereka. Sampaikan nak berehat pun x cukup masa. Pendek kata, wanita adalah super power yang tak mampu disangkal lagi. Mereka juga perlukan waktu peribadi ( termasuk aku la tu) tuk diri sendiri. Jika tidak, semestinya tekanan menguasai keadaan sekaligus merosakkan mood dan keceriaan.
Berikut adalah langkah2 yang boleh dipraktikkan :
BUAT KERJA BERSAMA
Minta bantuan suami atau anak2 telah besar untuk membantu anda membuat kerja2 di rumah. Jika anak masih masih kecil, mintak suami menjaga mereka sementara anda membuat kerja rumah. Bila buat kerja bersama pasti lebih berasa seronok. Jika dibantu oleh anak2 pastikan pujian diberi dan sesekali berikan hadiah sebagai tanda penghargaan buat mereka.
MAKAN BERSAMA
Natalie Gahrmann, perunding keluarga menyatakan makan bersama adalah aktiviti yang paling menyeronokkan selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa yang sama, anda dapat merehatkan otak dengan melihat anak2 bergurau dan bertukar cerita mengenai perkara yang dilakukan sepanjang hari.
PERJELASKAN MENGENAI KESIBUKAN PADA ANAK2.
Anak2 perlu difahamkan mengenai kesibukan anda. Ini secara tidak langsung dapat mendidik mereka perihal kerja rumah serta sedikit waktu rehat yang diperlukan oleh anda.
'REWARD' DIRI SENDIRI
seminggu sekali apa kata anda manjakan diri anda di spa atau salun kecantikan. Pada waktu inilah anda dapat berehat dan melarikan diri dari anak2 dan segala tugasan.
BERSENAM
Sedikit senaman ringan dikatakan dapat menghilangkan rasa penat di badan. Tekanan yang terbeban mampu dikurangkan dengan gerak senam selama 30 minit sehari. Pastinya anda akan beroleh tidur yang lebih lena.
BACA BUKU
Luangkan sedikit waktu untuk membaca buku kegemaran kerana ia merupakan terapi sekaligus penawar kepada keletihan setelah seharian bekerja. Terutamanya membaca hingga lewat malam pada hujung minggu dapat merehatkan minda anda. Bagi orang Islam eloklah mengamalkan pembacaan Al - Quran dan hadis.
MENONTON TV
Bukan semua rancangan tv mendatangkan kebaikan untuk anak2. Sekiranya anda ingin berehat dengan menonton, pilihlah rancangan yang dirasakan sesuai dan berinformasi untuk mereka.
Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
No comments:
Post a Comment