Timun merupakan sejenis sayuran yang sering dijadikan sebagai ulam yang digandingkan dengan sambal belacan atau dijadikan acar serta salad malah sering disajikan bersama dengan nasi lemak atau sate yang dijadikan sampingannya. Di sebalik keranggupan dan keenakkan timun turut terdapat kebaikan yang perlu kita ketahui.
Timun |
Jom kita antara kelebihan dan khasiat- khasiat timun ini.
Stress
Timun amat elok dimakan ketika anda dilanda stress. Amalkan memakan timun setiap hari kerana kandungan fosfor, vitamin C dan asid folik dalam timun mampu menghilangkan ketegangan atau stress.
Sembelit dan panas badan.
Makan dalam keadaan mentah dan segar dapat menurunkan panas badan dan meningkatkan stamina tubuh. Selain itu, ia juga mengandungi serat yang tinggi yang dapat mengurangkan sembelit selain dapat melawaskan air kencing.
Batu karang.
Kandungan air yang terdapat dalam timun dapat meneutralkan racun dan membersihkan toksin yang terdapat dalam tubuh. Amat baik bagi mereka yang mempunyai masalah batu karang kerana dengan pengambilan timun yang kerap dapat melarutkan batu karang tersebut.
Bijinya jangan dibuang yek. |
Penuaan.
Bukan hanya isinya yang mempunyai khasiat bahkan bijinya turut mempunyai banyak vitamin E. Biji ini berkhasiat untuk melambatkan proses penuaan dan juga kedutan.
Mengawal berat badan.
Disebabkan kalori yang rendah, timun harus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mengawal berat badan. Jadikan timun sebagai ulam, salad atau snek di dalam menu harian anda.
Jika di antara anda yang mempunyai masalah berat badan boleh rujuk di sini :-
set diet bagi mengawal berat badan anda.
Sambil berehat menenangkan minda dengan muka disapukan mask, apa kata lekapkan mata dengan hirisan timun. |
Mata panda.
Hirisan timun yang diletakkan pada mata dapat mengurangkan keletihan dan lingkaran hitam di bawah mata (macam mata panda kan). Timun yang bersifat anti radang dapat mengurangkan masalah tersebut. Cubalah.
Kolesterol dan tekanan darah.
Para penyelidik telah menemui sejenis sebatian yang dikenali sebagai 'Sterol' pada timun yang dapat menurunkan paras kolesterol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium di mana ianya dapat menstabilkan darah. Sebab itu, timun sangat baik untuk diamalkan bagi mengawal tekanan darah tinggi atau rendah.
Adakah anda penghidap darah tinggi dan ingin mengetahui cara2 untuk mengawal tekanan anda, boleh klik di sini
Derita Darah Tinggi?
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
#Dah baca? Sudi2 kanlah tinggalkan 1@2 komen di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi rumah anda tinggalkan jejak.. in sya Allah jika diizinkan Allah S.W.T pasti saya akan mengunjungi kalian. Terima kasih atas kesudian anda pembaca.
No comments:
Post a Comment