Pintu gerbangnya. Wahh |
Sebelum check in hotel hatten singgah dulu di Pantai Klebang nak cari coconut shake. Sempatla hai hai bye bye kat bustel hotel. May be one day dapat jugak ke situ kot.. in sha Allah.
Inilah tempatnya. |
Mulanya ingatkan yang memang betul2 kat pantai klebang coz memang nampak bersepah jer dengan coconut shake. Bila diberitahu oleh anak sedara barulah tahu yang original punya bukan terletak di situ.
Menunggu umminya yang sedang q di luar sedangkan boleh jer terus order di dalam. Alahai ummi mana la tahu. |
Wahh bukan main ramai lagi orang yek...beratur panjang. Silap sangka.. ingatkan beli di luar kemudian boleh bawa minum di dalam. Nasib kebetulan bertembung dengan abg yang singgah di situ sebelum berangkat pulang ke Terengganu. Dia mengatakan boleh jer beli di dalam dan q pun x sepanjang seperti di luar.
Si dara dengan coconut shakenya. |
Ye memang betul. Tidak, mati kepanasan la ku di luar. So memandang di situ hanya menjual nasi lemak yang dibungkus dan kuih-muih, jadi kami hanya mengambil coconut shake special.
Ni si udanya pulak. |
Harga :
coconut shake biasa - rm2
Coconut shake special - rm2.20
Murahkan.
tengok di belakang..ramai kan orang. |
Tempatnya di situ memang ramai orang dan walaupun ramai tapi Alhamdulillah kami berjaya juga dapatkan tempat. X perlu menunggu. Hehe.. Tu pun kerusi nya x cukup. Kena ambik dari meja2 yang lain. So memang bukan tempat lepaking la.
Coconut shakenya memang lain dari yang lain. Isi kelapanya di blendkan sekali yang mana la kebiasaan yang jumpa air kelapanyanya jer . Yang ni akan terasa isi2 kelapanya tu . Harus try bagi yang belum pernah mencuba seperti saya.
Sejarah Klebang Coconut Shake
Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir sepuluh tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.
sumber : Utusan
Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-
231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)
Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132
Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
No comments:
Post a Comment