Tuesday 30 December 2014

Melaka River Cruise

Teks oleh Noramiza Ahmad

Kami

Melaka River Cruise adalah tempat wajib dikunjungi kiranya anda ke Melaka.  Saya lebih sukakan suasana malam.


Sungai Melaka

Nyaman dan boleh lihat kelipan2 lampu neon di sekitar Sungai Melaka. Aahh sungguh mengasyikkan. Tetapi jika korang terpaksa naik di waktu siang, redah jer. Lain orang lain citarasanya kan.

Kami lagi

Kita akan di bawa menyusuri Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. Setiap 30 minit sekali bot akan bertolak dari jeti. Terdapat 2 buah jeti tau kalu nak naik bot tu so korang pilih samada yang terletak di Taman Rempah ataupun lagi 1 terletak berhampiran dengan Museum Samudera yang terletak di tengah2 Bandar Hilir, Melaka.

First impression dah
jatuh cinta.

Kalau korang drive dan nak senang parking baik korang pilih kat Taman Rempah. Luas dan banyak tempat parkingnya. Kitarang of course la pilih naik di situ. Hehe.
Setiap bot boleh dinaiki lebih kurang 30 orang. Kalu nak pergi boleh check waktu dan harganya seperti di bawah ini :

Waktu operasi:
9 pagi - 11.30 malam

Eh! Ni pak guard MRC ker

Harga tiket
Dewasa - Rm10
Kanak2 - rm5

Ek eh sapa ni yek?

Ketika kitarang sampai di jeti  walaupun musim cuti sekolah tak delah ramai orang sangat. X perlu q pun. Yang ada di jeti ketika itu muat2 tuk kami semua. So x perlu tunggu d next trip. Lagipun sebab dah terlalu lewat sangat kot. Time tu dah hampir pukul 11 malam pun. Mana nak ada ramai orang  lagi kot.


Kampung Morten 


Sepanjang perjalanan kita disajikan dengan pemandangan di tepi2 Sungai Melaka dengan street art atau kalu kat seksyen 7 Shah Alam ni dipanggil Laman Seni. Kampung Morten yang dipenuhi dengan pelbagai jenis rumah2 yang unik. Ada yang dijadikan sebagai homestay. Mungkin korang boleh try sebab saya memang dah kesuntukan masa. Cek abe dah nak balik Bintulu. Cuti pun beberapa ari jer. Mana nak sempat nak p semua kan. Selain itu air pancut berirama selain kincir air yang unik. Ehh x de plak gambar kincir airnya...Sorry.

Air pancut berirama

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad






2 comments: