Friday, 13 February 2015

TIP UNTUK BIBIR

Assalamualaikum wrh.wbth.

Kulit bibir merupakan permukaan yang paling nipis berbanding bahagian tubuh badan yang lain. Oleh itu, bibir akan cepat hilang kelembapan semulajadinya dan mudah menjadi kering dan merekah.



So pada hari ini Miza akan kongsikan dengan readers sekalian cara atau  petua untuk menjaga bibir dari menjadi kering, merekah dan seterusnya kusam kehitaman.

BIBIR KERING dan MEREKAH  

Jika bibir kering dan merekah pasti menyakitkan bila nak makan atau minum kan..so untuk elak dari bibir korang jadi gitu apa kata kita cuba petua ini. Memang sangat mujarab. In sya Allah.



Oleskan sedikit butter atau marjerin ke bibir korang. Seeloknya sebelum tidurLa yek. Dengan cara ini dapat melembutkan bibir dan membantu menyembuhkan rekahan pada bibir korang.

Selain itu,  bibir kering juga boleh diatasi dengan mengosok potongan timun pada bibir.



Gel lidah buaya juga boleh menghindarkan bibir kering tapi x rasa sedap la yek pahit2 gitu..hehe. khasiat lidah buaya mampu merawat kulit bibir yang luka dan seterusnya mempercepatkan proses pembaharuan kulit bibir yang baru.



Selain dari petua2 di atas, kita juga boleh mengoles vaseline yang boleh dibeli farmasi2 pada bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Lakukan sentalan pada keesokan harinya bagi menanggalkan kulit mati. Cara ini dapat menggalakkan pertumbuhan selBaru pada bibir.

BIBIR KUSAM KEHITAMAN

Madu dapat membantu mengurangkan kesan kehitaman pada bibir. Oleskannya sedikit pada bibir sebelum tidur dan lakukan selang tiga hari. Pastikan madu korang madu asli yek. Kang x pasal2 kena kiss dengan sang semut


Agar bibir merah semulajadi, korang boleh cuba petua ini dengan cara meletakkan belahan limau nipis seketika pada bibir.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

No comments:

Post a Comment