Wednesday 25 February 2015

KUIH LAPIS

Assalamualaikum wrh.wbth.

Lama x bersiaran di sini. Sibuk memangjang kononnya kan. Yela org belum raya cina kita dah beraya dulu. Beraya di Impiana KLCC dan kemudian sambung pulak ke waterpark LEGOLAND. Kemudian dengan majlis kecil2an buat anak dara. Tu yang tenggelam sekejap kan. Entri2 tu pun belum berkesempatan tuk dimasukkan lagi .. sabar yek.

Kuih lapis.
Hari ni tiba2 teringat kuih lapis yang dah lama miza x buat. Rasanya pernah sekali dulu buat sampaikan resepinya pun dah lupa. So arini terpaksalah godek2 en. Google balik dan terjumpa resepi di blog kak yatie. Boleh KLIK DI SINI

Oklah jom kita check resepinya. Ni miza dah olah mengikut citarasa tekak sendiri.

BAHAN-BAHAN

1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN TEPUNG BERAS
1/4 CAWAN TEPUNG UBI
3/4 CAWAN GULA
11/2 CAWAN SANTAN
11/2 CAWAN AIR
SEDIKIT GARAM
PEWARNA MERAH dan BIRU
PERISA ROS

Ehh biru dah nmpk hijau pla
CARA-CARANYA.

♡SATUKAN SEMUA BAHAN KERING KECUALI SANTAN, AIR , PERWARNA DAN PERISA.
♡KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN AIR.
♡KACAU RATA DAN KEMUDIAN TAPIS UNTUK MENGELUARKAN BINTILAN TEPUNG.
♡PANASKAN AIR DALAM PERIUK KUKUSAN.
♡SEMENTARA MENUNGGU AIR MENJADI PANAS, BAHAGIKAN ADUNAN TEPUNG KEPADA 2 BAHAGIAN. MIZA CUMA MENGGUNAKAN 2 PEWARNA.
♡SAPUKAN SEDIKIT MINYAK PADA LOYANG. MIZA MENGGUNAKAN LOYANG YANG BERUKURAN 7 INCI. JIKA LOYANG BESAR, KUIHNYA AKAN MENJADI NIPIS.
♡SETELAH PERIUK MENGELUARKAN WAP BOLEHLAH DISENDUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG. MIZA CUMA MENGGUNAKAN 2 SENDUK UNTUK MENDAPATKAN LAPISAN YANG BANYAK KONONNYA.
♡KUKUS SELAMA 5 MINIT ATAU SEHINGGA DISENTUH TELAH MASAK DENGAN TERASA KEKENYALANNYA.X TERASA LAGI TEPUNGNYA.
♡SEBELUM LAPISAN KEDUA DIMASUKKAN, PASTIKAN X DE AIR DIPERMUKAAN PERTAMA. JIKA ADA, SENGETKANNYA SEDIKIT DAN SERAP DENGAN MENGGUNAKAN TISU DAPUR.
♡ULANG PROSES SEHINGGA SELESAI.
♡SETELAH LAPISAN TERAKHIR SELESAI, TAMBAHKAN WAKTU KUKUSAN SELAMA 10 MINIT LAGI.
♡BIARKAN SEJUK SEBELUM DIPOTONG DAN SEBAIKNYA DENGAN MENGGUNAKAN PISAU PLASTIK.

Selamat mencuba.

#ermmm dah makan berlemak santan ni confirm kena telan nih untuk jaga kesihatan jantung. Nak tahu apa miza makan KLIK DI SINI



SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad







Friday 13 February 2015

TIP UNTUK BIBIR

Assalamualaikum wrh.wbth.

Kulit bibir merupakan permukaan yang paling nipis berbanding bahagian tubuh badan yang lain. Oleh itu, bibir akan cepat hilang kelembapan semulajadinya dan mudah menjadi kering dan merekah.



So pada hari ini Miza akan kongsikan dengan readers sekalian cara atau  petua untuk menjaga bibir dari menjadi kering, merekah dan seterusnya kusam kehitaman.

BIBIR KERING dan MEREKAH  

Jika bibir kering dan merekah pasti menyakitkan bila nak makan atau minum kan..so untuk elak dari bibir korang jadi gitu apa kata kita cuba petua ini. Memang sangat mujarab. In sya Allah.



Oleskan sedikit butter atau marjerin ke bibir korang. Seeloknya sebelum tidurLa yek. Dengan cara ini dapat melembutkan bibir dan membantu menyembuhkan rekahan pada bibir korang.

Selain itu,  bibir kering juga boleh diatasi dengan mengosok potongan timun pada bibir.



Gel lidah buaya juga boleh menghindarkan bibir kering tapi x rasa sedap la yek pahit2 gitu..hehe. khasiat lidah buaya mampu merawat kulit bibir yang luka dan seterusnya mempercepatkan proses pembaharuan kulit bibir yang baru.



Selain dari petua2 di atas, kita juga boleh mengoles vaseline yang boleh dibeli farmasi2 pada bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Lakukan sentalan pada keesokan harinya bagi menanggalkan kulit mati. Cara ini dapat menggalakkan pertumbuhan selBaru pada bibir.

BIBIR KUSAM KEHITAMAN

Madu dapat membantu mengurangkan kesan kehitaman pada bibir. Oleskannya sedikit pada bibir sebelum tidur dan lakukan selang tiga hari. Pastikan madu korang madu asli yek. Kang x pasal2 kena kiss dengan sang semut


Agar bibir merah semulajadi, korang boleh cuba petua ini dengan cara meletakkan belahan limau nipis seketika pada bibir.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

Wednesday 11 February 2015

APAM BERAS ENO

Assalamualaikum wrh.wbrth.

Waaalaa lembut betul la kejadian apam beras nih. Memang kalah si dot dot tu. Hehe. Apam nih my mil yang ajar membuatnya tika Miza balik ke kampung tempohari.

Apam beras eno


So bila balik jer ke Shah Alam dengan penuh semangat waja Miza pun try membuatnya. Risau jugak kang sekali x naik gebu. Nasib Alhamdulillah percubaan pertama miza menjadi. Anak2 memang sukankannya tapi diorang makan tanpa kelapa parut. Apa2 jer la anak asalkan nak makan.

bancuhan tepung


Untuk tapai nasi miza akan kongsikan di next entry yer. Untuk resepi ni pun Miza kongsikan di sini supaya senang untuk rujukan miza atau ada kengkawan yang nak mencubanya dipersilakan. Sama2 lah kita belajar yek.Jom kita check resepinya.

BAHAN-BAHAN

1 cwn gula
1 cawan tapai nasi.
11/2 cwn air
21/2  cawan tepung beras
1 paket eno original berwarna biru  
Kelapa parut
garam

Togel 


  CARA-CARANYA  

Masukkan kesemua bahan kecuali tepung beras dan eno ke dalam Blender.               Kisar halus.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar lagi.
Peram selama 8 jam.
Jika ingin mengukusnya di waktu pagi..malam sebelum tidur dah boleh blend dan peram.
Keesokkannya sebelum mengukusnya , tuang sepeket eno ke dalam bancuhan tepung tersebut. Kacau rata.
Kemudian bolehlah didihkan air kukusan.
Sapu sedikit minyak ke dalam acuan. Miza guna acuan yang kale merah tu jer.
Setelah air mendidih bolehlah dimasukkan bancuhan tepung ke acuan.    
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.  
Biar sejuk dulu sebelum keluarkan dari acuan.
Bolehlah dihidangkan bersama dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

Dah ditaburi dengan kelapa parut


Tip
Jika ingin menjadikannya merekah, api perlu benar2 kuat.. tapi api dapur miza ni x kuat mana pun.tu yang x merekah. Janji lembut. Memang lembut gebu gabas.    
Tuang ke dalam acuan sehingga penuh. Bukan seperti membuat muffin yang 3/4 penuh.

Selamat mencuba.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Monday 9 February 2015

AYAM GOLEK MAYONIS

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Al kisah terjadinya ayam golek nih bila ke kedai .. boleh plak  tukang si pemotong ayam tu x de.. hai ke mana dia menghilang pun tah. Bila tanya kat di kaunter di jawabnya ada...ada... tapi batang hidung pun x nampak. Ermm angkut sekor terus ke rumah. Potong sendiri la nampaknya.

Ayam dah tergolek


Bila sajer cek awe hafiy ni nampak ayam tergolek tu harus tak bagi dipotongnya. Dia kata dia sorang nak habiskan ayam sekor tu. Hai musang ker nih.

Ayam golek mayonis nih miza gandingkan bersama dengan sos blackpepper dan juga nasi goreng planta.

Bahan perapan


Bersedia untuk bersauna..
nak dipanggang ler tu


Miza bukannya pakar memasak pun. Jika ada kekurangan atau kesilapan, otai2 memasak sekalian silalah tegur yek. Sangat dialu2kan.

BAHAN-BAHAN

1 EKOR AYAM
4 INCI HALIA*
4 ULAS BAWANG PUTIH*
1/2 BIJI BAWANG BESAR*
LADA SULAH (Miza x letak pun)
2 SUDU BESAR MADU
2 SUDU BESAR GULA PERANG
4 SUDU BESAR MAYONIS
11/2 SUDU TEH BIJI LADA HITAM (jika suka pedas boleh tambah yek)
2 SUDU TEH KICAP MANIS
1 SUDU TEH GARAM

Bersama dengan sos blackpepper



CARA-CARANYA
♡Ayam dicuci bersih dan toskan. Lapkan ayam dengan kitchen towel paper supaya bahan perapan dapat melekat pada ayam tersebut.
♡Sementara itu halia, bawang putih, bawang besar dan blackpepper dikisar halus.
♡Bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam bekas besar yang boleh memuatkan ayam tersebut.
♡Kemudian masukkan madu, gula perang, mayonis, kicap manis dan garam ke dalam bekas yang mengandungi bahan kisar.


Inilah hasilnya...ayam golek mayonis


♡Setelah itu masukkan ayam dan lumurkannya dengan bahan perapan itu.
♡perap ayam selama sekurang-kurangnya 4 jam atau kalu lagi lama lagi best rasanya. Kalau lama kena simpan dalam fridge di dalam bekas yang bertutup yek.
♡Balut ayam dengan aluminium foil untuk mengelakkan aya dari cepat hangus di luar tapi di dalam belum masak.
bolehlah dipanggang di dalam oven selama 175 darjah Celsius selama 11/2 jam atau mengikut suhu oven korang masing2 yek. Kalu x de oven boleh jer panggang atas api menggunakan kuali non stick atau pemanggang ajaib. Yang tu korang kena potong la ayam tu yek..cmn nak masuk sekor ayam dalam pemanggang ajaib.

Selamat mencuba.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Thursday 5 February 2015

MEE TARIK WARISAN ASLI

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Pekabar kengkawan sekalian.

Harini Miza nak kongsikan dengan korang semua tentang mee tarik. Pernah makan tak?

Taada 


Sebenarnya dah lama teringin nak makan mee tarik nih..tapi lom ada rezeki nak g terjah. Sedangkan bukannya jauh pun. Kayuh basikal pun leh sampai. Hehe.

Bila kakak sound nak p makan mee tarik terus melompat setuju. Bagai bulan jatuh ke riba ler kan.

Sebenarnya mee tarik ni berasal dari Lanzhou, China. Ianya dipanggil mee tarik disebabkan proses pembuatan meenya secara manual dengan hanya menarik2 doh tersebut sehingga memjadi halus. Kalu kita masuk mesin jer kan. Yang ni yang menjadikanya special. Tekstur dan rasanya lain dari mee kita. Korang wajib cuba. Sedap tau... itu mengikut selera tekak Miza la yek.

Kanak2 ribena

Pengasasnya, Mr Hassan adalah orang bertanggungjawab membawa resepi asli mee tarik ini ke Malaysia untuk diperkenalkan di sini.

Kalu nak tahu mee tarik warisan ni ada 4 cawangan selain di Shah Alam ni terdapat di Sungai Besi, Dang Wangi, Setapak dan Bangi. Selain 2 lagi tempat yang akan dibuka iaitu di KL Sentral dan Sri Gombak. Di KL Sentral miza tak pasti dah buka atau belum kerana mengikut jadual ianya akan dibuka pada awal tahun ini.


Proses membuat mee tarik

Bila sampai ke restoren tersebut, kita akan nampak orang yang sedang membuat mee tarik di dapur terbukanya.


Ni antara menu yang kitarang order pada malam tu. Servisnya pun pantas tambahan kitarang order sup confirm la cepat kan. Kalau sup pun lambat memang hai2 bye2
jer lah.



Rugi2 yang x perasaan ada campuran bihun..
nak mee jer..cnfrm kena pegi lagi.

Toothpick lamb

Supnya telah diletakkan cili. So miza ni yang first time makan di situ dok imagine yang makanan diorang pastinya x pedas. Tapi mungkin dah ikut citarasa orang Malasia..cilinya agak pedas. So bagi anak2 yang tak sukakan pedas mungkin boleh minta cili tu diasingkan. Umminya kan suka pedas..licin semangkuk. Yummy. Boleh pegi lagi dengan cek abe plak nanti. Atau ada sesapa yang nak belanja miza pun boleh jugak...kecik tapak tangan nyiru ditadahkan...hehe

SMS/ WhatsApp/ telegram  : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Tuesday 3 February 2015

CENCALUK SOTONG GORENG

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Melaka dan cencaluk pasti tidak boleh dipisahkan. So tak sah kiranya kalau ke Melaka tapi tak membeli cencaluk. Sedangkan Miza tak pernah pun makan cencaluk walaupun ada jugak beberapa kali MIL menyediakannya tika kitarang balik ke kampung. Cek abe semua dibelesahnya tolak batu dan kayu jer kata orang2 tua.

Cencaluk sotong goreng


Ketika ke Melaka tempohari Miza ada jugak membeli cencaluk khas tuk cek abe.. tapi si cantik manis yang menjual tu cadangkan supaya mencuba cencaluk terbaru mereka yang diperbuat dari SOTONG. Korang pernah try tak?

sayang seribu kali sayang cencaluk spesel yang dibeli khas untuk cek abe dipandang semacam jer. Aishhh sapa yang habiskan sebotol nih. Ingatkan cek abe berminat nak cuba. Miza lagilah boleh ker nak makan nih. Udang geragau pun fikir 2, 3x.

So Miza terfikirkan yang perlu buat sesuatu dengan cencaluk sotong nih. Akhirnya Miza jumpa dengan 1 resepi iaitu cencaluk goreng...tapi perlu tukarkan kepada cencaluk sotong goreng la yek. Resepi ni Miza ni google jer. Time tu belum terfikir pun nak buat. Bila nak buat cari balik blog tu dah x jumpa. Mohon ampun dan maaf la yek kepada yang tuan empunya asal resepi nih. ..resepi asal menggunakan cencaluk udang geragau.

BAHAN-BAHAN

1 BIJI BAWANG BESAR
1 BIJI TELUR
SEDIKIT HIRISAN HALIA
2 BIJI CILI PADI ( boleh tambah jika suka pedas)
CENCALUK SOTONG (mengikut kesukaan yang banyak mana yek)
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG

Cencaluk sotong


CARA-CARANYA

Cencaluk sotong dicuci untuk mengurangkan kemasinannya dan toskan
bawang besar dan cili padi dihiris.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang. Masukkan cili padi dan halia.
Jika bawang besar telah layu bolehlah dimasukkan telur dan kacau seperti membuat 'scramble egg'.
kemudian masukkan pula cencaluk sotong.
kacau rata.
tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama lauk pauk yang lain.


Finally miza dah boleh makan cencaluk..yeehuu...boleh ke Melaka lagi untuk memborong cencaluk.


SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad







Sunday 1 February 2015

PROMOSI BULAN CINTA 2015

ASSALAMUALAIKUM WRH.WBRTH.

Tetiba jer kan kuar tajuk bulan cinta... Bulan Februari ler tu. Yela time zaman jahiliyah dulu pasti dok ingat bulan februari dengan velentine day kan.. tapi sejak dah tahu kebenarannya x eloklah kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Kalu nak sambut sekalipun pilih jer la hari lain. Banyak lagi tarikhnya dalam setahun kan dan tukar sekali dengan namanya. 

Ehhh ok2 kita balik semula ke promosi untuk bulan nih. Memang super duper meletop promosi bulan ini. 

Nak tahu apa promosinya . Tungguuuu..

Buat saspen kejap. Banyak beb promosi bulan nih. Memang jimat giler lah.

1. VITALEA
2. OSTEMATRIX

BUY 6 FREE 1 
BUY 2 - 5% OFF

3. JOINT HEALTH TABLET
4. VITALEA KIDS 

BUY 3 FREE 1

Amacam best tak promosi bulan nih. Ada yang ternanti2 dan tertunggu2 dengan produk2 nih. Ok cepat dapatkannya tau.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk2 shaklee, anda bolehlah hubungi Miza seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad