Saturday, 24 January 2015

CARA MUDAH MEMBUAT AYAM @ DAGING KISAR

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Bila kita memperkatakan tentang ayam / daging kisar pasti terbayangkan jenama ramlee atau apa jua jenama yang terdapat di pasaraya. Betul tak?

Filling tuk roti berlapis cheese.

Kini miza ada cara mudah untuk buat ayam/ daging kisar tanpa menggunakan food processor. Maklumlah kat rumah miza x de pun benda alah nih. So guna blender jer la.

Jangan terkezut badak plak bila tengok hasil yang korang blend tu nampak halus giler seperti bubur baby..dont worry..x caya buat dulu. Nanti korang tengoklah hasilnya. Yang miza buat ni ayam so warna pun akan nampak putih jer.

Ni rupanya bila isi ayam yang telah
 dikisar dan masak hingga airnya kering.

Ayam kisar ni kemudian kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Cam miza buat tuk dijadikan filling sandwich, roti berlapis cheese, pizza, roti john, spaghetti..ehhh macam2 lah lagi leh buat. Ikut kreativiti sendiri.

Isi ayam yang telah dicuci bersih, dipotong2 dan di masukkan ke dalam blender. Kalau cam miza campur 1 biji bawang besar. Kemudian masukkan sedikit air agar mudah dikisar.  Kisar hingga halus.

Filling sandwich yang dah letak mayonis.

Kemudian masukkan ke dalam kuali. Perisakan dengan garan dan lada hitam. Masakkan hingga kering atau hingga ayam tu telah betul2 masak.  Setelah sejuk boleh di frozekan dan digunakan bila perlu. Asli gitu. Contohnya bila nak buat sos spaghetti, masakkan dulu sosnya, kemudian masukkan ayam kisar tersebut. Kacau2 sebentar dah boleh tutup apinya. X perlu lagi nak masak lama2 tunggu hingga ayam masak. Ayamnya kan dah masak. Jimat masa u.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 









7 comments:

  1. Puan,masak tu pakai minyak mcm goreng ayam ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry msg x naik kat noti....saya x pakai minyak masa masak...just masukkan terus dlm kuali n kacau sampai agak2 kering

      Delete
  2. Dik, blend kering ke blend biasa tu?

    ReplyDelete