Wednesday 26 November 2014

♡Mahukan Kulit Cantik?♡

Teks oleh Noramiza

Kulit yang cantik pasti menjadi dambaan setiap setiap wanita. Jika sebiji jerawat jer pun yang tumbuh dah meresahkan, ni apatah lagi yang penuh di muka dan yang kebanyakan tumbuh di pipi atau dahi. Pasti jiwa gundah gulana dan mengurangkan keyakinan diri kita. Jadi Untuk mengekalkan kulit cantik berseri  anda bolehlah mengamalkan perkara berikut :


SENAMAN

 Lakukan senaman sekurang-kurangnya satu jam sekali atau dua kali seminggu. Hanya kulit yang sihat dapat memelihara keanjalan kulit.
Dapat memperbaiki sistem peredaran darah. Apabila sistem peredaran darah berjalan lancar, secara  automatik kulit akan dapat menyerap nutrisi yang cukup.




BUAH-BUAHAN  & SAYUR-SAYURAN

Vitamin C mampu untuk mengaktifkan sel pembuat kolegen. Jadi makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna oren, merah atau hijau tua seperti lobak merah, labu, sawi, tomato dan bayam setiap hari untuk menghalang aktiviti sel radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat berkedut. Kandungan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna ini mengandungi beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang merangsang DNA yang menghasilkan sel2 kulit baru dan membuat kulit menjadi sihat, segar dan  halus mulus.


Selain mengamalkan senaman dan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, anda juga boleh mengamalkan cara ini untuk mendapat kulit cantik berseri.



SERBUK TEH

Sebaiknya selepas bangun tidur, anda boleh menggantikan pencuci muka anda dengan serbuk teh yang telah digunakan(hampas) dengan cara mengosok secara lembut dan perlahan ke seluruh wajah anda untuk mengekalkan keserian wajah anda.  Kemudian bilas bersih. Di antara waktu pukul 9-10 pagi pulak barulah anda boleh menggunakan pencuci muka anda semula.



KULIT KAYU MANIS

Sekiranya wajah dihinggapi dengan jerawat pula, anda boleh cuba petua ini pula. Awas yek mungkin sedikit pedih dan merah. Caranya adalah dengan mengasah kulit kayu manis. Kemudian letak sedikit air dan dijadikan seperti pes.  Tampal atau sapu atas jerawat tersebut. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih.


Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad







Tuesday 25 November 2014

♡Rahsia Jantung Super Sihat♡

 By Noramiza Ahmad

Anda mungkin berasa sihat, tetapi bagaimana pula dengan jantung anda. Penyakit jantung boleh membawa maut dan memberi kesan kepada semua dari seawal usia 24 tahun. Namun ia sering kali tidak dapat dikesan sehinggalah ianya sudah terlambat. Ubahlah gaya hidup bagi menjaga jantung dan memastikan ia kekal sihat buat masa yang lebih lama.

Berikut adalah tip- tip bagi menjamin kesihatan jantung anda:

Sumber Ikan.


Ikan dan supplement minyak ikan terbukti memberi banyak faedah untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.
Ia membekalkan omega-3 yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak terhasil secara semulajadi. Omega-3 pada dasarmya adalah DHA dan  EPA yang dapat membantu mengawal kadar denyutan jantung dan meningkat Kolesterol baik. Ini  mengurangkan risiko penyakit
 jantung. Minyak ikan juga dapat memastikan anda kelihatan muda untuk tempoh yang lebih lama kerana ia mengandungi ciri- ciri anti penuaan yang memanjangkan hayat sel selain dapat mengurangkan inflamasi dan artritis.

Inginkan mengetahui lebih lanjut tentang omega-3  boleh Klik Di Sini

PEJAM MATA DAN NIKMATILAH ALAM MIMPI.




Tahukah anda bahawa kekurangan tido boleh  menyebabkan tekanan darah tinggi? Ada kalanya tido yang kurang dari 7 jam boleh menjejaskan kesihatan jantung anda.

LUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI DAN JANTUNG ANDA

Anda harus mendapatkan rehat secukupnya. Stress boleh menyebabkan tahap kortisol (sejenis hormon stress) meningkat dengan tinggi.  Ini boleh memberi kesan yang
berbahaya terhadap badan dan jantung anda. Kortisol meningkatkan kadar denyut jantung dan menyukarkan proses pengagihan nutrient-nutrient penting
dalam badan.

BERSENAM DAN KELUARKAN PELUH



Bersenamlah sekurang-kurangnya 2x seminggu untuk jantung yang lebih sihat dan kuat. Teorinya mudah sajer, jantung anda akan terus berfungsi dengan baik jika anda selalu brsenam dan rasailah perbezaannya.

GIGI CANTIK, JANTUNG SIHAT.



Memang menabjubkan! Pemflosan gigi boleh membantu jantung anda. Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko untuk anda menghadapi serangan penyakit jantung. Jadi jangan lupa untuk menggunakan flos gigi setiap malam dan tak perlu lagi risau tentang penyakit jantung.


Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





Monday 24 November 2014

Lada Hitam - Panas Berasap

 Teks oleh Noramiza Ahmad

Saya dan lada hitam umpama lagu dan irama yang tak dipisahkan. Hehe.. itulah umpamanya untuk menggambarkan betapa saya menyukai lada hitam. Kalau gi makan berkaitan grill atau bbq, pasti sos lada hitam jugak menjadi pilihan saya.  Kat rumah pun kebanyakkan masakan saya akan letak lada hitam. Best per.

Daging kambing lada hitam ni saya buat masa hari raya korban tempohari tapi terperap dalam album, belum masa untuk dipublishkan. Macam sibuk benar jer kan. Walaupun hakikatnya memang sibuk pun. Hehe



 Kali ini x perlu kot saya nak kongsikan resepinya. Simple jer resepinya. So arini Saya nak kongsikan mengenai kebaikan lada hitam. Korang suka tak lada hitam. Kalu suka meh baca apa kebaikannya.

Berpantang
Ramai wanita2 ketika dalam pantang selepas bersalin suka mengambil lada hitam dalam makanan mereka kerana di rasakan lada hitam boleh memanaskan badan, menyegarkan tubuh, merawat peranakan, melegakan otot2, mengelakkan bayi kembung perut, pening kepala, loya dan cirit birit.




Menurunkan berat badan 
 lapisan luar lada hitam yang berisi fitonutrien kuat akan merangsang pemecahan sel-sel lemak. Hal ini dapat merangsang tubuh untuk berpeluh serta buang air kecil, dimana ini merupakan cara yang bagus untuk menyingkirkan lebihan air dan toksin dalam tubuh. Semua ini secara tidak langsung dapat membantu menurunkan berat badan .

Untuk mengawal berat badan anda boleh  Rujuk Di Sini




Meredakan perut berangin.
Lada hitam juga dikenal akan sifat karminatif nya ( zat yang dapat mencegah pembentukan gas ). Lada hitam dapat melegakan ketidakselesaan  yang disebabkan oleh perut kembung.



Dapat mencerahkan kulit.
Selain dapat membantu mengeluarkan peluh  dan  semua toksin dari kulit anda, lada hitam juga bertindak sebagai exfoliant yang baik. Lada hitam yang dilembutkan dan ditambahkan ke scrub wajah dapat membantu mengelupaskan sel2 kulit mati, membantu memberikan lebih banyak oksigen dan nutrisi ke kulit . Sifat Antibakteria dan anti inflamasi juga membantu menjaga kulit terhindar dari jangkitan  kulit seperti bisul dan jerawat.
Untuk mendapatkan kulit cerah sekata boleh Rujuk Di Sini.

Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





Conditioner Kesukaanku - Prosante

Prosante conditioner dapat membaik pulih secara ringan dan memenuhi keperluan rambut anda.   Ramuan eksklusif    botani dan protein sumber sayur-sayuran dengan pantas memulihkan sinar, kelembutan dan membekalkan perlindungan penting kepada rambut anda.

Permukaan bilah rambut yang sihat adalah licin, rata, memantulkan cahaya dengan sekata untuk mendedahkan warna yang tepu dan kilat bersinar.    Rambut sihat juga bergerak dengan licin antara rambut, mengekalkan keanjalan yang memberi rambut anda lantunan sempurna. Apabila persekitaran dan cara dandanan kita mengakibatkan rambut poros, diregangkan dan berpecah, hasilnya adalah rambut yang lemah, rata, kering, frizzy, kusam, tidak berwarna, rapuh dan mudah pecah.

Dengan conditioner prosante akan dapat mengembalikan kecantikan, kesihatan semulajadi rambut kita dengan membaikpulih secara komprehensif kerosakkan yang disebabkan oleh proses kimia, pengeringan dan pendandanan dengan haba, pengendalian yang kasar dan pendedahan kepada cahaya UV dan pencemaran alam sekeliling.



Lightweight conditioner

menampilkan Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba yang dapat menyerap kutikel rambut untuk mengekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala. Ramuan bersumberkan tumbuhan membantu memberi volume dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ianya menjadi:

Ringan  - menyuburkan dan melindungi rambut supaya ianya dapat digunakan setiap hari.

Bebas kusut - melembap dan melicinkan rambut.

Mudah diurus - agen conditioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk pengendalian mudah penggayaan.

Volume- meningkatkan kekuatan dan menebalkan rambut bagi yang mempunyai rambut yang sedikit dan nipis.



Replenishing Conditioner

Formula intensif conditioner untuk semua jenis rambut yang meningkatkan kesihatan  dan penawar bagi rambut kering dan rapuh.
Emolian pekat dan elemen stuktur asli yang meresap ke dalam rambut yang kering, dapat membina semula keanjalan dan kekuatan rambut. Humectant dapat mengikat dan mengekalkan kelembapan untuk memulihkan kilauan rambut. (Humectant ini adalah bahan yang menyerap air dari udara dan mempertahankannya di dalam lapisan kulit. Untuk dapat bekerja selayaknya, humectant memerlukan tahap kelembapan yang sangat tinggi.  
Conditioner ini diperlukan untuk membuatkan rambut anda menjadi:

Berkilat - pelincir semulajadi dan ekstrak herba menambah kelembapan dan melicinkan permukaan rambut dan menghasilkan rambut yang lebih lembut bak sutera.    

Dipulihkan. Scalp Health Complex membantu menormalkan dan melembapkan kulit kepala dan rambut yang sering diberikan bahan kimia.

De frizzed- humectant dan protein dapat membantu membina semula kerosakan kepada bilah rambut, melembut dan meningkatkan tekstur rambut.

Berdaya tahan - ramuan penguat semulajadi rambut.


Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk prosante shaklee, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad






Saturday 22 November 2014

Wow! Rambut Sihat Dengan Prosante

Teks oleh Noramiza Ahmad

Rambut yang sihat bermula dari akar yang subur.
Produk prosante mengandungi scalp health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Bahan- bahan seperti
♡ekstrak swertia dan halia merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut.
♡mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan, vitamin A dan vitamin E.
♡Membantu metabolisme kulit kepala yang sihat.
♡Minyak daun pokok teh dan ekstrak teh hijau.
♡Untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor- faktor persekitaran lain.Jom kita tengok produk prosante yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut anda.





Purifying shampoo

Membersih hingga ke akar dan membuang baki produk penggayaan rambut agar rambut tidak berminyak dan berkelemumur.
Membebaskan dan menangani  bahan pencemaran alam sekitar  dengan    melindungi kelembapan dan
keseimbangan lipid.



Revitalizing Shampoo

Diformulasikan dengan protin berasas sayuran untuk kutikel rambut yang licin.
Mengimbangi kelembapan dan kilauan yang membantu mengurangkan kusut.
Sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat dan menyegarkan dan mengimbangi tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan.

Selain shampoo,  produk prosante shaklee juga terdapat conditioner,  long lasting finishing spray dan juga nourishing scalp treatment di mana Aleya yang berusia 9 tahun turut menggunakannnya. Jangan bimbang, bukan org dewasa sajer yang boleh menggunakannya tapi kanak2 juga mempunyai masalah rambut seperti Aleya yang mempunyai rambut jenis keringyang curly dan mudah kusut. Now Alhamdulillah. Ramai yang memuji rambutnya. Di next entri saya kongsikan pulak mengenai nourishing scalp treatment tu yek.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk prosante shaklee, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



Friday 21 November 2014

Tips Minum Air

Teks oleh Noramiza Ahmad

Air kosong?  Mengapa sukar untuk minum air kosong/ air masak/ air putih/ sky juice...atau apa2 jerlah yang korang panggil? Bila dah minum adakah keperluannya mencukupi. Hanya air kosong yek. Bila ditanya ..dah minum la teh tarik tadi.. sirap limau ais....oh no no ... tak di ambil kira yek.



 Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.
                                                     
Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.
     
Bagaimana anda dapat memastikan air yang diambil adalah mencukupi? Macam mana nak minum ni.. banyaknya nak kena minum. Jom kita follow cara2 di bawah . In sya Allah anda mampu melakukannya.

Ni la bekas air saya.

♡Pastikan anda menyediakan 1 botol khas untuk anda. Tak kisah 1L atau 2L atau berapa sajer  ..yang penting anda tahu sukatan air di dalamnya. Jika anda mempunyai botol bersukatan 1L pastikan anda menghabis 3 botol sehari jika anda memerlukan 3L air.  Jika anda  mengambil dr bekas yang besar dikhuatiri akan terlupa mengenai sukatannya.

♡1.Minum 300ml sebaik bgn dari tido di waktu pagi.
    2. Minum selepas solat subuh 300ml
    3. 300ml sebelum makan tengahari atau solat Zuhur
   4. 300ml selepas solat Zuhur
   5. 300ml sebelum minum petang atau solat asar.
   6. 300ml selepas solat asar
   7. 300ml sebelum solat maghrib atau makan malam
   8. 300ml selepas solat maghrib.
   9. 300ml sebelum solat isya
 10. 300ml selepas solat isya atau sebelum tido.

So bila anda belum biasa dengan 2L@ 3L, anda boleh memulakannya sedikit demi sedikit dulu. Usahakan lif kejayaan.

Selamat beramal.

Miza
0136162413



Thursday 20 November 2014

♧Mousse Coklat♧

By Noramiza Ahmad

Saya amat sukakan mousse ni tambah2 bila di makan sejuk...waallaa yummy. Sebab tu sebarang kek ada yang mousse  cam kek indulgence ker kek berlayer mousse ker...jawabnya memang suka habis la. Tak cukup sepotong tu. Ni resepi yang menjadi koleksi saya.

BAHAN- BAHAN
140g coklat
1 sb halal gelatin
100ml air
2biji putih telur
200g whipping cream
40g gula halus.



CARA-CARANYA
♡ Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
♡ masukkan gelatin dalam bekas yang mengandungi air. Biar 5 minit ( saya masukkan dalam microwave jer)
♡kemudian masukkan gelatin dalam coklat. Kacau sebati dan sejukkan.
♡ Di dalam bekas lain, putar telur sampai bertanduk. Sambil kacau masukkan gula sedikit demi sedikit.
♡ Di dalam bekas lain pula, pukul whipping cream sehingga menjadi kaku.
♡ masukkan semua ke dalam putih telur. Kacau perlahan-lahan.
♡Dah siap, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kegemaran anda. Hiasi ikut kreativiti anda sendiri.
♡Sejukkan sekurang- kurangnya 4 jam.



Selamat mencuba

Salam sayang
♡miza





Wednesday 19 November 2014

Masalah Kesuburan Menganggu Jiwa

By Noramiza Ahmad

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahayamata yg menjadi menyeri dalam rumahtangga. Namun tidak semua pasangan yang bernasib baik. setelah bertahun-tahun berkawin masih belum mempunyai rezeki anak. jangan silap faham bahawa perempuan sahaja yang mempunyai masalah sekiranya tidak mempunyai anak dan hanya menunding jari ke arah wanita.


Sebenarnya lelaki juga turut menyumbang ke arah ke arah tersebut. 1/3 adalah dari wanita, 1/3 adalah dari lelaki dan 1/3 lagi adalah daripada kedua2. So cek abang2 di luar sana atau pun ahli keluarga please yek jangan hanya nak salahkan kaum wanita jika telah bertahun2 kahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang produk shaklee yang mungkin membantu anda menyelesaikan masalah. Kita hanya mampu berikhtiar tapi Allah S.W.T sajer yang menentukan segala2. Adalah lebih baik kita melakukan sesuatu usaha daripada hanya duduk menunggu selain berdoa dengan penuh yakin.

So hari ini kita akan tengok set yang boleh membantu anda mengatasi masalah kesuburan anda yang merupakan set tuk wanita. di alain entry kita kongsikan set untuk lelaki pula yek. so stay tuned.



VITA LEA
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan dapat dipenuhi. ia juga turut mengandungi formula iron yang penting untuk tubuh, menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan seseorang boleh ditingkatkan dengn mengambil multivitamin dan mineral. Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Sakit Puan, Doktor Hamid Arshat melalui fb beliau.

GLA  COMPLEX
Dapat mengurang senggugut atau PMS dan dapat membetulkan semula kitaran haid yang tidak normal yang menjadi salah satu punca sukar hamil. Untuk info berkaitan GLA COMPLEX Klik Di Sini

B COMPLEX
Kaya dengan asid folik dan perlu diteruskan pengambilannya jika didapati hamil.

VITAMIN C
Pembinaan dan pemulihan sel. jadi jika terdapat sel2 yang rosak, dapat dperbaiki dan seterusnnya dapat mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

ALFALFA
Membantu dalam hal2 kewanitaan seperti rahim dan menyelesaikan masalah keputihan.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai set rawatan kesuburan, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Tuesday 18 November 2014

Anakku Dah Rajin Membantu

Saya teringat kata2 Doktor Azizan Osman yang ibunya merupakan motivator terbaik tuk dirinya. Sebagai seorang ibu saya juga terkesan dengan kata2nya. Saya juga boleh menjadi motivator terbaik tuk anak2 saya. Mengapa tidak kan. Saya dah lupa dari mana sumber yang saya dapat tu..bila di cari2 x jumpa plak....tapi yang pastinya dari Doktor Azizan Osman (DAO), Pakar Motivasi.


Sekarang saya praktik kan apa yg disampaikan oleh DAO. Allamdulillah menampakkan perubahan yang positif. Saya cuba praktikkan tuk salah sorang anak saya. Dia ni seorang yang jenis suka merungut bila bab menolong kerja di rumah tapi kalu bab baking laju jer dia.  Bila kita minta tolong lambat jer nak bergerak pastu nti ada la bunyi uk ek uk ek(rungutan) dia. Berbanding sorang lagi cepat dan mudah jer tuk menolong.  Bila kita panggil si anje tu  dia yang datang dan tanya kenapa. Sebelum ni selalu jugak saya bagi pujian.. Pelukan mmg x payah cakap hari2 peluk..tapi naper ehh x menjadi pun.

Sehingga lah saya terbaca coretan dari DAO yang kanak2 seperti ini  memang memerlukan perhatian yang lebih dan amat sukakan pujian. Dia tak bole menerima ayat perintah  atau arahan yang keras.   Contohnya cam saya selalu guna "anje jom tolong ummi cuci pinggan"  tgk2 lps jer dia cuci pinggan dia cabut lari. "Naper rumah bersepah ni, x nak kemas ker?" dan lain2 lagi la arahan seperti diktator ..hehe.  saya pasti di luar sana ramai ibu2 yang bekerja, so bila balik rumah semua nak kena buat sendiri. Ada anak tapi tak nak tolong. Tension kan.

Kemudian saya try pendekatan berbeza seperti kata2 DAO.

Mula2 saya puji si anje ni melangit. Contohnya , ni untuk saya tau. Anda mungkin boleh guna cara  anda. Saya cakap anak ummi paling rajin. Bertuah dpt anak gini. Ibu2 luar sana pasti jeles dengan ummi coz dapat anak rajin seperti anje sambil berpelukan. Bila selesai smua keje saya kiss lagi .belai...peluk lagi. Mula2 hari pertama dengar jugak rungutan dia.    Ucap terima kasih kat dia ..dah tolong umi hari nih. Puji dia dia depan anak2 yang lain. Tapi jangan pulak lupakan anak2 yang lain. Puji sama rata. Kang ada yang jeles sebab lebihkan yang sorang tu jer.  Brapa ramai ibu di luar sana yang sanggup ucap terima kasih kat .. menghargai anak. Ni kata2 DAO tau. nanti korang kata saya ni memnadai jer. Hehe

Masuk hari  ke 2 dah x de rungutan dia. Ajaibkan, apa yang telah saya buat. Saya rasa cam sama jer seperti yang selalu yang buat. Tapi mungkin masih ada kekurangannya di situ yang saya tak nampak. Dia siap leh tanya nak cuci apa lagi umi dan nak buat apa lagi. Pelik kan.
 Itula kuasa sanjugan dan penghargaan.

Saya bukan la bijak pandai untuk bekongsi dengan anda semua tapi ini luahan hati saya dan apa yang alami hasil pembacaan itu.  Mana tahu mungkin anda juga mengalami masalah yang sama dan boleh juga cuba tuk praktikkannya. Selamat berjaya.


Salam kasih sayang
♡Miza


Sunday 16 November 2014

Sahara Tent vs D Arab Cafe

By Noramiza Ahmad

Arini tetiba jer nak share citer pasal nasi arab. Bukan yang di masak sendiri. Sejujurnya saya belum pun pernah cuba tuk masak nasi arab nih. Walaupun sekarang ni mudah untuk mendapatkan nasi arab segera ni tapi ntahlah belum terdetik nak buat. Kalu setakat nak makan tu brapa kerat jer orangnya baik beli jer kan. Restoren nasi arab pun dah bersepah sekarang nih boleh pilih jer nak yang mana.
arini saya nak kongsikan dua restoren nasi arab sekitar s alam je la ye. Sebenarnya ada lagi tapi bila dah masuk tu kadang lupa nak snap gambarnya.

1.SAHARA TENT
Sahara Tent ni terletak di dalam Plaza Shah Alam. Mereka mempunyai 3 lain cawangan lain selain di shah Alam, iaitu di Ampang, Alamanda dan di Bukit Bintang.

Cam nak  ter... tu naper cek Aleya

 Kitarang try nasi mandy, beriani dan Riyath.
Inilah rupanya RIYATH


Riyath ni didatangkan sekali dengan roti nan bersama dengan rusuk kambing.
Manakala  nasi mandy dan beriani kami mengambilnya  dengan kambing dan ayam.


Portion nya agak besar.. standart arab la kan.  Sebab itulah kami hanya mengambil 3 pinggang nasi. Pasti cek Aleya x habis makan so ummiya la yang akan berkongsi dengannya. Dari sudut presentationnya kurang sket tapi dah lapar, makan jer la kan.

Mandy kambing.



D ARAB CAFE

Kalu di seksyen 7 Shah Alam ni terdapat 2 buah kedai. Sebuah di Kompleks Anjung yang berdekatan dengan Unisel yang merupakan restoren pertama yang dibuka dan sebuah lagi di Giant yang terletak di jalan Plumbum Shah Alam.  Kini mereka telah pun mempunyai 15 buah cawangan di sekitar Lembah Klang.
Kalu nak lebih selesa korang pilih la di Giant tu ada aircond. Sejuk dan nyaman sambil menikmati hidangan..hehe.

Mandy ayam

Di D Arab Cafe ni ada yang air percuma samada teh arab atau sirap limau dan korang boleh refill sebanyak yang korang boleh minum. Untuk refill cili hijau, bawang  atau limau juga disediakan. Memang terbaiklah sapa yang sukakan cili hijau tu. Lagi satu di sini korang boleh ambik set. So kalu datang dengan family ramai2 tu boleh la ambik set. Jimat gitu.

Banyak kan. Ni 7 - 8 orang leh makan nih


Secara jujur dari segi rasa saya lebih sukakan D Arab Cafe. Lain orang lain citarasanya kan. Ikut selera masing2.

Shawarma
Lagi tempat nasi arab sekitar Seksyen 7 ni adalah Ar Rawsha dan restoren zam-zam di seksyen 9. Yang tu saya  x snap gambar. Nanti bila2 dah ada gambar barulah leh share gan korang. Ok daa

Salam sayang
@noramizaahmad

Saturday 15 November 2014

Ada Apa Dengan Vita Lea

By Noramiza Ahmad

Vita lea merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains shaklee yang mampu dimiliki.

Untuk memhami dengan lebih mendalam mengenai vita lea boleh Klik Di Sini

Penghasilan Vita lea telah disokong oleh 7 kajian klinikal dan menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Jom kita intai apakah vitamin dan mineral yang terkandung di dalam vita lea dan fungsi2nya.


VITAMIN A
Anti oksida - penting untuk kulit.
membantu tumbesaran.
melawan kanser.
sistem imun.

VITAMIN D
perkasa kepadatan tulang.

VITAMIN E
Anti oksida - mengurangkan kesan parut dan menjadikan kulit cantik berseri.
baik untuk sistem produktif lelaki.
mencegah sakit jantung dan darah beku.

VITAMIN C
Anti oksida.
meningkatkan daya tahan sakit.
merangsang penghasilan kolegen.
gusi berdarah.


VITAMIN B1
menukarkan makanan kepada tenaga.
perkasa memori.
kecerdasan mental.
membina dan merangsang peredaran darah.
masalah keresahan.
mengurangkan mabuk laut atau darat.

VITAMIN B2
mengelakkan kekejangan.
anemia.
Keletihan mata dan katarak.
jangkitan mulut dan lidah.

VITAMIN B3
Menghasilkan hormon.
migrain.
baik untuk perut dan usus.
nafas berbau.

VITAMIN B5
Meredakan tekanan.
kesan penenang.
sembelit.
artritis.


VITAMIN B6
Penenang.
senggugut.
Bibir kering.
baiki otot, kebas2 dan kekejangan.

VITAMIN B12
membantu tumbesaran fetus.
meningkatkan selera makan.
Mengurangkan keletihan.

ASID FOLIK
kesihatan fetus.
Merangsang pengeluaran susu badan.
kesihatan sel darah merah.

BIOTIN
membantu B kompleks berfungsi dengan lebih efektif.
mencegah rambut gugur dan beruban.
radang kulit dan ekzema.

KALSIUM
Perkasakan tulang dan gigi.
imsomnia.
Mengekalkan kadar degupan jantung yang normal.


FOSFORUS.
Meningkatkan kepadatan tulang.
Batu karang.
meredakan kesakitan akibat artritis.

IODIN
baik untuk tiriod.
membantu tumbesaran fetus.
membina ligamen atau otot dan kesinambungan tisu-tisu.

ZAT BESI
Membentuk darah merah.
meredakan senggugut.

MAGNESIUM
Sifat penenang semulajadi.
masalah penghadaman.
baru karang dan hati.

COPPER
membantu zat besi kepada hemoglobin ( darah merah)
Penyakit berkaitan tulang.

ZINK
perkasa sistem imun.
baik untuk deria rasa dan bau.
ketajaman minda.
kesihatan rambut.



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai vitamin dan mineral pertama di dunia ni,  anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





Friday 14 November 2014

Vitalea - Multivitamin Pertama Di Dunia

By Noramiza Ahmad

Apakah Fakta Yang Perlu Diketahui Mengenai Vitalea?


Multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
12 vitamin dan 7 mineral penting.
Disaluti dengan spirulina.
Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang dikenali sebagai " Eksplo-tab".
paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia.
mineralnya pula mudah bercampur dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vita lea berterusan selama setahun akan mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Kebaikan Vita Lea

Penambahan Tenaga Segera.
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.



Pelengkap Nutrisi.
bagi mereka yang mengamal diet tidak seimbang terutama vegetarian dan penghidap anemia.

Keupayaan Sistem Produktif.
penting kepada remaja yang sedang membesar.

Metabolisma.
membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Pertumbuhan Sel Tubuh.
memastikan sel hidup dan pertumbuhan sel baru.

Melindungi Organ.
melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai vitamin dan mineral pertama di dunia ni,  anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


Thursday 13 November 2014

Ayam Percik

By Noramiza Ahmad

Kalu buat ayam percik saya guna resepi yang satu ni jer. Tak tukar2 dah. Memang anak2 saya suka sangat dengan ayam percik nih. Resepi ni saya ambik dari  majalah wanita. Sisipan resepinya saya dah kuarkan dari majalah so tak dapat dikenalpasti pulak dari keluaran bulan n tahun brapa. Belek2 dekat sisipannya x adalah pulak..sorry la yek. Dulu bila bila x de blog ni memang resepinya dalam satu buku n satu lagi hasil sisipan dari majalah wanita. Kalu majalah lain tak boleh nak ambik...takkan nak koyakkannya pulak. .iya dak.

Ok ni resepinya yek.

Bahan Perapan

1 ekor ayam -dipotong 4
2cm halia - diparut halus
1 sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang merah - dimayang
2 batang serai - dimayang
1 sudu besar cili kering yang telah dikisar.
50ml air asam jawa
garam secukup rasa

Bahan kuah percik
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar - ikut citarasa nak tambah atau kurang.saya buat x pedas sangat.
12 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar belacan
1 liter santan pekat
10 biji halba
50 ml air
2 sudu besar tepung jagung
garam
gula secukup rasa

Inilah rupanya ayam percik ku.


Cara- caranya

Di dalam kuali yang sederhana panas, masukkan cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dan gaulkan dengan sedikit santan.
 Masukkan halba, garam, gula dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan santan selebihnya dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pecah minyak sehingga 10-15 minit.
masukkan ayam dan biar ia mereneh selama 15 minit lagi.
setelah hampir masak, angkat ayam tersebut.
bakar ayam di atas arang atau di dalam oven. Saya pula menggunakan pemanggang ajaib jer..memang ajaib. Best sangat menggunakannya.
sapu kuah ayam percik berulangkali sambil membalik- balikkan ia.
setelah masak kedua2 belah bolehlah diangkatnya.

Selamat mencuba

# ayam percik ini sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi kerabu dan sebarang jenis roti.

Salam penuh kasih sayang
   ♡miza♡



Wednesday 12 November 2014

Tips Penjagaan Mahkota Diri

By Noramiza Ahmad

Ramai yang mengalami masalah rambut dan bila diselidiki terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan dalam penjagaan rambut.

Jom kita intai tip dalam penjagaan rambut.



peka dengan keadaan sekeliling - pendedahan yang berterusan pada sinaran matahari, air laut dan klorin akan membuatkan rambut cepat rosak. Gunalah pelindung kepala seperti topi ketika terdedah pada matahari yang terik.

Tak perlu mencuci rambut setiap hari. Dengan mencucinya setiap hari hanya akan membuatkan kelembapan asli rambut akan hilang.

Pilih rambut dan perapi yang bersesuaian dengan anda. Yang terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi tanpa mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Contohnya seperti Prosante..untuk info lebih klik di sini


Jangan guna kuku ketika mencuci rambut hanya mengurut secara lembut.

Pastikan rambut dibilas dengan bersih selepas mengunakan syampu atau perapi. Sisa2 yang tertinggalkan akan membuatkan rambut mudah menjadi kelemumur.

Gunakan perapi dengan betul. Kebanyakannya suka meletakkan terus atas kepala, sebaiknya adalah diusap pada rambut sajer.

Jangan lap rambut dengan kasar. Seeloknya biarlah ia kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering rambut. Penggunaan pengering rambut hanya akan membuatkan rosak menjadi kering dan mudah rosak.

Pakai mask untuk rambut seminggu sekali.

Potong hujung rambut setiap 3-6 bulan  sekali.

Jangan sikat sewaktu basah. Biarkan ia kering terlebih dulu yek.

Selamat beramal

0136162413
miza

Punca Rambut Gugur

Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda semua rakan pengunjung blog saya mengenai punca2 yang menyebabkan rambut gugur. Yela kebanyakkan yang mengalami masalah ini pasti nak tahu jugak kan pesal la rambut boleh gugur...asyik gugur jer pasti risau dihati
kan. Sebelum ni saya dah kongsikan mengenai Masalah rambut gugur- penyelesaian terbaik di sini dan juga petua rambut gugur di sini

PENYEBAB RAMBUT GUGUR

♡Masalah hormon yang tak seimbang terutama selepas melahirkan anak.
♡kurang rehat atau stress.


♡penjagaan rambut yang kurang tepat.
♡kekurangan vitamin yang diperlukan oleh rambut seperti zink dan omega.
♡penggunaan syampu dan conditioner yang kurang sesuai yang banyak mengandungi bahan kimia. Begitu juga dengan mereka yang suka menggunakan pewarna rambut serta alat pelurus atau keriting rambut.
♡pengambilan ubat-ubatan.


♡aliran darah yang tidak lancar yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut anda.
♡gaya pemakanan anda. Diet yang tidak seimbang.

Sharing in caring.

0136162413
miza

Tuesday 11 November 2014

Oat - Mask Terbaik

   Oat - bila diperkatakan pasti kita akan teringat orang diet yang mengambilnya di waktu pagi sebagai sarapan atau orang yang ingin merendahkan kadar kolesterolnya. Betul tak.



Tahukah anda selain kolesterol dan diet, oat juga bagus untuk dijadikan scrub atau mask. Dengan menggunakan barangan di dapur saje kita dapat memiliki kulit yang cantik dan halus. Sudah semestinya den Tak perlu lagi berhabis   berpuluh2 atau beratusan hanya untuk membeli scrub atau mask yang berkemungkinan mengandungi bahan kimia yang hanya boleh merosakkan kulit muka kita.


MENGAPA OAT?                                      

Oat berupaya bertindak sebagai pencuci semulajadi yang boleh menghilangkan kotoran dan minyak d  Bakteria serta menyingkirkan kulit mati pada wajah kita tanpa sebarang iritasi.   Malah ia membuatkan kulit kita menjadi lebih lembut serta dapat mengecilkan liang pori2.    

CARA - CARANYA

♡Rendamkan oat di dalam botol yang telah diisikan dengan air.
♡Simpan di dalam peti sejuk.  
♡Jika hendak mengunakannya - ambil 1 sudu makan oat atau agak2 cukup tuk muka korang la yek.      Jika x suka rasanya yang seperti gam tu, x perlu la simpan dalam peti k.
♡ masukkan ke dalam piring dan   campurkan 1 sudu teh madu.
 ♡  perah sedikit lemon.    Yummy ...jangan di makan pulak yek. Nak mkn buat yang lain.


♡ setelah sebati boleh disapu ke mukTapi pastikan muka dicuci bersih terlebih dahulu.
 ♡ Kemudian biarkan kering selama 20 minit. Setelah kering, bolehlah dibilas dengan air bersih sambil digosok secara perlahan- lahan.

Selamat mencuba




Monday 10 November 2014

Masalah Rambut - Penyelesaian Terpantas

Rambut merupakan mahkota bagi seseorang. Jika rambut bermasalah pasti akan menjadi igauan ngeri bagi mereka. Mana taknya rambut semakin menipis dan jarang dan jika langkah pencegahan tak di ambil boleh gondol itu tanah ( kepala la tu).



 Bukan setakat itu saja bahkan ada yang lebih kronik dan teruk dengan kulit kepala menjadi gatal yang disebabkan oleh kelemumur serta berkudis di kulit kepala. Aduh kasihan.

Selain itu rambut yang menjadi kusut, pecah serta bercabang di hujungnya. Biasanya rambut yang jenis kering dan halus lagi senang menjadi kusut dan sukar untuk diuruskan.

Masalah-masalah lain yang mungkin dihadapi oleh kebanyakkan orang adalah rambut yang menjadi perang, kelihatan tidak bersinar. Bukan perang disebabkan oleh pewarna rambut yek.

Beruban pada bukan masanya serta botak di bahagian- bahaguan tertentu seperti di tengah atau depan kepala. Ada yang baru berumur 20an tapi rambut dah beruban..hai kalah pakcik makcik nih. Macam arwah emak saya rambutnya paling lambat nak tumbuh uban. Dia memang rajin sapu dengan santan. Mungkin tu salah satu faktor yang menyebabkab rambutnya lambat beruban. Hitam berkilat jer.

Jika anda mengalami masalah-masalah di atas boleh mencuba set rawatan rambut nih. Rawatan di dalam kan lebih baik dari di luar. Pasti anda telah mencuba pelbagai jenis syampu namun tidak menunjukkan sebarang hasil yang positif.


Set ini mengandungi :
♡B complex
 Di mana mengandungi vitamin B3  yang berupaya membaiki aluran darah pada kulit kepala. Biotin dan B6 pula dapat menghasilkan kerotin dan merupaya untuk menghalang keguguran rambut. B complex juga dapat mengatasi stress yang juga  boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku.

♡Zink
Menguatkan folikel rambut dan dapat mengelakkan rambut daripsda menjadi rapuh  dan bercabang.

♡Energizing Soy Protein ( ESP)
 sumber protein terbaik yang membina sel2 baru. Rambut yang baru yang sihat dan kuat terbina daripada protein.

♡Selain melalui makanan2 tambahan ini, anda juga boleh mencuba shampoo dan perapi iaitu  PROSANTE yang tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan rambut anda.




Jangan bimbang, anda tak diwajibkan mengambil semua produk2 di atas. Anda sebagai pelanggan boleh menentukan sendiri pilihan mengikut bajet anda.

Anda inginkan petua semulajadi boleh
Klik Di Sini

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai set rawatan rambut, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad