Sunday 16 November 2014

Sahara Tent vs D Arab Cafe

By Noramiza Ahmad

Arini tetiba jer nak share citer pasal nasi arab. Bukan yang di masak sendiri. Sejujurnya saya belum pun pernah cuba tuk masak nasi arab nih. Walaupun sekarang ni mudah untuk mendapatkan nasi arab segera ni tapi ntahlah belum terdetik nak buat. Kalu setakat nak makan tu brapa kerat jer orangnya baik beli jer kan. Restoren nasi arab pun dah bersepah sekarang nih boleh pilih jer nak yang mana.
arini saya nak kongsikan dua restoren nasi arab sekitar s alam je la ye. Sebenarnya ada lagi tapi bila dah masuk tu kadang lupa nak snap gambarnya.

1.SAHARA TENT
Sahara Tent ni terletak di dalam Plaza Shah Alam. Mereka mempunyai 3 lain cawangan lain selain di shah Alam, iaitu di Ampang, Alamanda dan di Bukit Bintang.

Cam nak  ter... tu naper cek Aleya

 Kitarang try nasi mandy, beriani dan Riyath.
Inilah rupanya RIYATH


Riyath ni didatangkan sekali dengan roti nan bersama dengan rusuk kambing.
Manakala  nasi mandy dan beriani kami mengambilnya  dengan kambing dan ayam.


Portion nya agak besar.. standart arab la kan.  Sebab itulah kami hanya mengambil 3 pinggang nasi. Pasti cek Aleya x habis makan so ummiya la yang akan berkongsi dengannya. Dari sudut presentationnya kurang sket tapi dah lapar, makan jer la kan.

Mandy kambing.



D ARAB CAFE

Kalu di seksyen 7 Shah Alam ni terdapat 2 buah kedai. Sebuah di Kompleks Anjung yang berdekatan dengan Unisel yang merupakan restoren pertama yang dibuka dan sebuah lagi di Giant yang terletak di jalan Plumbum Shah Alam.  Kini mereka telah pun mempunyai 15 buah cawangan di sekitar Lembah Klang.
Kalu nak lebih selesa korang pilih la di Giant tu ada aircond. Sejuk dan nyaman sambil menikmati hidangan..hehe.

Mandy ayam

Di D Arab Cafe ni ada yang air percuma samada teh arab atau sirap limau dan korang boleh refill sebanyak yang korang boleh minum. Untuk refill cili hijau, bawang  atau limau juga disediakan. Memang terbaiklah sapa yang sukakan cili hijau tu. Lagi satu di sini korang boleh ambik set. So kalu datang dengan family ramai2 tu boleh la ambik set. Jimat gitu.

Banyak kan. Ni 7 - 8 orang leh makan nih


Secara jujur dari segi rasa saya lebih sukakan D Arab Cafe. Lain orang lain citarasanya kan. Ikut selera masing2.

Shawarma
Lagi tempat nasi arab sekitar Seksyen 7 ni adalah Ar Rawsha dan restoren zam-zam di seksyen 9. Yang tu saya  x snap gambar. Nanti bila2 dah ada gambar barulah leh share gan korang. Ok daa

Salam sayang
@noramizaahmad

No comments:

Post a Comment