Friday 21 November 2014

Tips Minum Air

Teks oleh Noramiza Ahmad

Air kosong?  Mengapa sukar untuk minum air kosong/ air masak/ air putih/ sky juice...atau apa2 jerlah yang korang panggil? Bila dah minum adakah keperluannya mencukupi. Hanya air kosong yek. Bila ditanya ..dah minum la teh tarik tadi.. sirap limau ais....oh no no ... tak di ambil kira yek.



 Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.
                                                     
Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.
     
Bagaimana anda dapat memastikan air yang diambil adalah mencukupi? Macam mana nak minum ni.. banyaknya nak kena minum. Jom kita follow cara2 di bawah . In sya Allah anda mampu melakukannya.

Ni la bekas air saya.

♡Pastikan anda menyediakan 1 botol khas untuk anda. Tak kisah 1L atau 2L atau berapa sajer  ..yang penting anda tahu sukatan air di dalamnya. Jika anda mempunyai botol bersukatan 1L pastikan anda menghabis 3 botol sehari jika anda memerlukan 3L air.  Jika anda  mengambil dr bekas yang besar dikhuatiri akan terlupa mengenai sukatannya.

♡1.Minum 300ml sebaik bgn dari tido di waktu pagi.
    2. Minum selepas solat subuh 300ml
    3. 300ml sebelum makan tengahari atau solat Zuhur
   4. 300ml selepas solat Zuhur
   5. 300ml sebelum minum petang atau solat asar.
   6. 300ml selepas solat asar
   7. 300ml sebelum solat maghrib atau makan malam
   8. 300ml selepas solat maghrib.
   9. 300ml sebelum solat isya
 10. 300ml selepas solat isya atau sebelum tido.

So bila anda belum biasa dengan 2L@ 3L, anda boleh memulakannya sedikit demi sedikit dulu. Usahakan lif kejayaan.

Selamat beramal.

Miza
0136162413



No comments:

Post a Comment