Tuesday 3 February 2015

CENCALUK SOTONG GORENG

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Melaka dan cencaluk pasti tidak boleh dipisahkan. So tak sah kiranya kalau ke Melaka tapi tak membeli cencaluk. Sedangkan Miza tak pernah pun makan cencaluk walaupun ada jugak beberapa kali MIL menyediakannya tika kitarang balik ke kampung. Cek abe semua dibelesahnya tolak batu dan kayu jer kata orang2 tua.

Cencaluk sotong goreng


Ketika ke Melaka tempohari Miza ada jugak membeli cencaluk khas tuk cek abe.. tapi si cantik manis yang menjual tu cadangkan supaya mencuba cencaluk terbaru mereka yang diperbuat dari SOTONG. Korang pernah try tak?

sayang seribu kali sayang cencaluk spesel yang dibeli khas untuk cek abe dipandang semacam jer. Aishhh sapa yang habiskan sebotol nih. Ingatkan cek abe berminat nak cuba. Miza lagilah boleh ker nak makan nih. Udang geragau pun fikir 2, 3x.

So Miza terfikirkan yang perlu buat sesuatu dengan cencaluk sotong nih. Akhirnya Miza jumpa dengan 1 resepi iaitu cencaluk goreng...tapi perlu tukarkan kepada cencaluk sotong goreng la yek. Resepi ni Miza ni google jer. Time tu belum terfikir pun nak buat. Bila nak buat cari balik blog tu dah x jumpa. Mohon ampun dan maaf la yek kepada yang tuan empunya asal resepi nih. ..resepi asal menggunakan cencaluk udang geragau.

BAHAN-BAHAN

1 BIJI BAWANG BESAR
1 BIJI TELUR
SEDIKIT HIRISAN HALIA
2 BIJI CILI PADI ( boleh tambah jika suka pedas)
CENCALUK SOTONG (mengikut kesukaan yang banyak mana yek)
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG

Cencaluk sotong


CARA-CARANYA

Cencaluk sotong dicuci untuk mengurangkan kemasinannya dan toskan
bawang besar dan cili padi dihiris.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang. Masukkan cili padi dan halia.
Jika bawang besar telah layu bolehlah dimasukkan telur dan kacau seperti membuat 'scramble egg'.
kemudian masukkan pula cencaluk sotong.
kacau rata.
tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama lauk pauk yang lain.


Finally miza dah boleh makan cencaluk..yeehuu...boleh ke Melaka lagi untuk memborong cencaluk.


SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad







No comments:

Post a Comment