Wednesday 28 January 2015

TIP MENCEGAH KAKI BENGKAK

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Dalam kehidupan kita seharian, rata-rata orang akan berjalan sejauh 9000 ribu langkah sehari. Kadang kala ia akan membebankan kaki dan meyebabkan kaki kita membengkak.



Tahu tak, yang kaki kita merupakan bahagian luar biasa dari rangka manusia. Dari pinggang sampai ibu jari, terdapat lebih dari 60 tulang yang berbeza. Subhanallah hebat sungguh ciptaan yang Maha Kuasa kan.

Menurut pakar penyakit kaki dari Toronto Hartley Miltchin menyarankan cara mengawal pembengkakan kaki seperti berikut:

Kaki yang keletihan atau membengkak



♢Sekiranya anda mengalami kesakitan akut atau pembengkakan, letakkan ais pada selama 20 minit. Ulang setiap beberapa jam selama 48 jam pertama.
♢Jika kaki terasa letih dan tidak mengalami pembengkakan, rendamlah dalam air suam selama 20 minit. Untuk penyembuhan berikutnya, tambahlah 4 titis minyak kayu putih.

Scrubkan kaki

♢Gunakan scrub pengelupasan untuk membuang kulit kasar.
♢keringkan kaki dan gunakan krim pelembab.

Gunalah krim pelembab

♢Berehat dan tinggikan kaki jika terasa bengkak. Letakkan bantal di bawah kaki jika anda baring terlentang.

Tinggikan kaki tika berehat

♢ Banyakkan berehat jika kaki sering terasa sakit.


Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi.




Tuesday 27 January 2015

SAMOSA

Assalamualaikum wrh.wbth.

Semalam miza buat samosa ni tuk minum petang. Biasanya asyik menggulung popiah jer, arini kita bertukar ke samosa pulak yek. Bila buat samosa ni, tetiba jer teringat masa kat Gurgaon, India. Bila nak beli manisan yang ada kat 1 kedai tu pasti samosa yang akan dibeli. Ye lah yang lain semuanya manis bangat, tiba2 ada somasa ni yang pastinya berempah, pastilah diborongnya kan.

Samosa

Untuk petang ni kita buat inti samosa menggunakan ayam dan kentang yek. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan korang yek. Jom kita tengok resepinya.

BAHAN UNTUK INTI

300G AYAM KISAR
3 BIJI KENTANG.
1 LABU BAWANG BESAR.
1/2 BATANG CARROT
1/2 BIJI BUAH TOMATO.
2 KUNTUM BUNGA LAWANG.
1 BATANG KULIT KAYU MANIS.
3 KUNTUM BUNGA CENGKIH.
3 SUDU SOS TIRAM.
SEDIKIT SERBUK LADA HITAM.
SEDIKIT GARAM DAN GULA.
DAUN SUP DAN DAUN BAWANG.
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS.

#cara senang untuk membuat ayam atau daging kisar boleh KLIK DI SINI

Berintikan ayam dan kentang


CARA-CARANYA.

Kentang, bawang besar, carrot dan tomato di potong dadu.
Dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan rempah 3 sekawan dan sedikit bawang yang dipotong dadu. Tumis sehingga bawang layu.
Masukkan kentang dan air.
Setelah kentang separuh masak masukkan pula ayam, carrot dan lebihan bawang.Masukkan sos tiram dan gula.
Jika hampir masak masukkan pula tomato. Kacau sebati.

Proses melipat

Setelah itu masukkan daun sup dan daun bawang dan perisakan dengan garam.
Setelah masak biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan pada kulit pastri.

Dah siap melipat, bolehlah mengorengkannya di dalam minyak yang panas. Setelah kuning keemasan, boleh diangkat dan dihidangkan bersama dengan sos cili thai.. yummmy sedap. Cubalah.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 

Monday 26 January 2015

HERB LAX

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Herb lax ? Apa tu... Pernah dengar x. Kalu lom belum tahu meh Miza citer. Herb lax ni umpama julap lembut yang dapat membersihkan usus kita. So sesapa yang mengalami sembelit serius atau yang nak mengecilkan  tyre spare dari ke lori ke basikal WAJIB mengambil herb lax nih.



Jom kita tengok apa manfaat heb lax ni .

☆Pembersihan najis yang tersekat.
☆Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
☆Membantu masalah sembelit.
☆Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara lansung membantu masalah sembelit.
☆Mengempiskan perut.
☆Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai teh herba.



Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala dalam keadaan normal, herb lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam pengambilan.

Manakala bagi mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius pula boleh meningkatkan dos pengambilan dan boleh kembali kepada dos biasa apabila proses penghadaman atau pembuangan kembali normal.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk herb lax shaklee, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




Saturday 24 January 2015

CARA MUDAH MEMBUAT AYAM @ DAGING KISAR

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Bila kita memperkatakan tentang ayam / daging kisar pasti terbayangkan jenama ramlee atau apa jua jenama yang terdapat di pasaraya. Betul tak?

Filling tuk roti berlapis cheese.

Kini miza ada cara mudah untuk buat ayam/ daging kisar tanpa menggunakan food processor. Maklumlah kat rumah miza x de pun benda alah nih. So guna blender jer la.

Jangan terkezut badak plak bila tengok hasil yang korang blend tu nampak halus giler seperti bubur baby..dont worry..x caya buat dulu. Nanti korang tengoklah hasilnya. Yang miza buat ni ayam so warna pun akan nampak putih jer.

Ni rupanya bila isi ayam yang telah
 dikisar dan masak hingga airnya kering.

Ayam kisar ni kemudian kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Cam miza buat tuk dijadikan filling sandwich, roti berlapis cheese, pizza, roti john, spaghetti..ehhh macam2 lah lagi leh buat. Ikut kreativiti sendiri.

Isi ayam yang telah dicuci bersih, dipotong2 dan di masukkan ke dalam blender. Kalau cam miza campur 1 biji bawang besar. Kemudian masukkan sedikit air agar mudah dikisar.  Kisar hingga halus.

Filling sandwich yang dah letak mayonis.

Kemudian masukkan ke dalam kuali. Perisakan dengan garan dan lada hitam. Masakkan hingga kering atau hingga ayam tu telah betul2 masak.  Setelah sejuk boleh di frozekan dan digunakan bila perlu. Asli gitu. Contohnya bila nak buat sos spaghetti, masakkan dulu sosnya, kemudian masukkan ayam kisar tersebut. Kacau2 sebentar dah boleh tutup apinya. X perlu lagi nak masak lama2 tunggu hingga ayam masak. Ayamnya kan dah masak. Jimat masa u.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 









Thursday 22 January 2015

VIVIX

Assalamualaikum wrh. Wbth

Salah satu  bahan utama dalam vivix ialah anggur muscadine selain 3 bahan utama yang lain.



Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Oleh kerana tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi IMUN yang lebih tinggi dan sifat ANTIOKSIDAN yang lebih kukuh. Saiz anggur muscadine yang sebesar bola golf mengandungi banyak polifenol dan resvetrol yang sangat baik untuk kesihatan.

Dengan rasanya masam2 manis pasti menambat hati . Cubalah hari ini.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 


Wednesday 21 January 2015

5 CARA MENGATASI PERUT BUNCIT

 Assalamualaikum wrh.wbth.

Wanita dan kecantikan pasti tak dapat dipisahkan umpama muzik dan irama. Bila dikaitkan dengan kecantikan pasti kita terbayangkan kulit cantik dan sihat serta tubuh yang langsing. Namun persepsi orang berbeza2. Mungkin yang bertubuh besar, cantik di matanya.

Kini yang menjadi igauan ngeri bagi para wanita adalah spare tyre a.k.a perut buncit la tu. Sedangkan yang kurus pun ada yang perut buncit ni apatah lagi yang berbadan besar. Geram tau gan spare tyre nih. Korang tyre apa yang ada...basikal, motosikal, kereta , lori?

So di sini Miza ingin kongsikan dengan anda semua cara2 bagaimana mengatasi masalah perut buncit.



1. SEMBELIT

Untuk merangsang isi perut, banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat.






2. MINUM AIR

Kalau nak diet sekalipun,  jangan ubah pengambilan air tau. Air tetap juga 2L atau dengan perkiraan 25kg=1L air. Jika berat anda 50 kg perlu minum 2L air. Lagi berat anda lagi perlu banyak minum. Ini kerana kalau kekurangan air, banyak bahan  sukar dicerna dan toksin juga sukar disingkirkan.
                                                             
3. MENGUNYAH SECARA PERLAHAN.

Jangan makan secara berdiri dan  apabila mengunyah, kunyahlah secara perlahan.  Makanan yang tak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian2 kecil yang tak dapat dicerna serta menimbulkan banyak gas.



4. KURANGKAN GARAM.

Garam, bukan setakat berisiko menambah tekanan darah tapi turut menyebabkan perut menjadi buncit. Garam hanya akan menambahkan sodium dalam cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan buncit.


       
5. BERSENAM

Dengan bersenam membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau melalui air kencing.

Dah pelbagai petua yang diamalkan tapi spare tyre ni tetap x mau hilang... so jangan risau apa kata anda cuba pula HERB LAX. Herb lax ni umpama julap lembut untuk usus kita tau. Nak tahu lebih lanjut tentang herb lax. ..Contack miza seperti no di bawah yek. Jangan lupa. Daaa

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 



Monday 19 January 2015

THE TEAPOT DELI CAFE

Assalamualaikum wrh.wbth.

The Teapot Deli Cafe yang terletak di tingkat 2  SACC Mall Shah Alam memang menjadi kegemaran anak2 miza, cek mek Aleya dan Hafiy ni ler. Kalu ke sana memang ke situlah pilihan mereka. Berbeza dengan che abahnya, bukan citarasa tekaknya plak. Kalu abahnya x de barulah kitarang dapat ke sana.. so dating bertiga jerla.

Hafiy tak lepas dengan fish pie. Itulah menu wajibnya. Alahai anak x de rasa nak bertukar selera sket ker... Cuba la ambik menu yang lain plak kan.


Fish pie

Fish pie ni merupakan hirisan  ikan dory  bersama sos putih seperti sos carbonara tu yang kemudian dilapisi dengan puff pastry.
Yang belum cuba wajib cuba tau. Sedaaap.

Lasagna

Yang ni plak menjadi pilihan Aleya tentunya lasagna. So boleh pilih samada nak daging atau ayam.

Chicken pie

Chicken pie ni pun antara menu yang wajib dicuba di sini. Kaya dengan ayam di dalamnya dan dibaluti pula dengan pie pastry yang ranggup serta disirami dengan sos blackpepper. Waalaaa ...wajib cuba tau.

Apple pie
 Apple pie ni pula antara desert yang kami cuba. Aleya yang konon ingin mencuba rasa keenakkannya. Biasanya sebelum ini kami hanya akan mengambil mini quiche dan breadbutter puding bersama dengan sos kastard.

Breadbutter puding dan mini quiche.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 


Saturday 17 January 2015

KUIH SERABAI

Teks oleh NORAMIZA AHMAD

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Pekabar rakan pengunjung sekalian? Harapnya sihat sejahtera la kan.

Kuih serabai

Kuih Serabai? Pernah dengar tak. Ni bukan orangnya yang serabai atau kusut masai tu.. ni sejenis kuih yang terkenal di tempat kelahiran Miza, PENANG la... ni anak mama tau bukan anak mami. Hehe.

Ni la tapai nasinya

Biasanya kuih serabai ni digandingkan dengan kuah durian...tapi memandangkan semua orang dalam rumah ni kureng sket gan kuah durian,  miza gandingkan dengan sambal tumis. Make sure sambal tumisnya tu sedikit manis yek tuk balance kan dengan serabai yang sedikit masam rasanya. Masam yang datangnya dari tapai nasi. Ok jom kita tengok resepinya.

Setelah semuanya telah diblend


BAHAN-BAHAN

1 cawan tapai nasi.
21/2 cawan tpg beras
2 cwn santan (Miza tukarkan kpd 1 cawan santan dan 1 cawan susu cair)
1 sudu teh gula
garam.


Serabai yang telah diderhakakan.
Bersama sambal tumis


CARA-CARANYA

Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam blender kecuali tepung.
Kisar sekejap.
kemudian barulah masukkan tepung separuh. Kisar lagi.
Masukkan kesemua  tepung tersebut dan kisar lagi sehingga halus.
peram selama 2jam.
Ambil sesenduk adunan tersebut dan tuangkan ke dalam kuali non stick. Miza guna pemanggang ajaib. Memang ajaib. Senang sangat.

Bila dah jadi gitu maknanya dah
 masak le tu

bila bahagian atasnya telah masak..boleh la diangkat.
Kemudian bolehlah ngap bersama sambal tumis atau kuih durian mengikut citarasa tekak anda yek.

Selamat mencuba.

HIDUP PENANG.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 








Thursday 15 January 2015

7 RAHSIA DAPUR TOKYO

Assalamualaikum wrh.wbth

Bila terbacakan tajuk, pasti tertanya2  atau terfikir apakah rahsia tersebut kan?

Sebenar ianya adalah STRATEGI PEMAKANAN untuk kekal langsing yang diamalkan oleh Naomi Moriyama.

SIAPAKAH BELIAU?

Seorang Perunding Pemasaran yang dilahirkan dan dibesarkan di Jepun tetapi apabila menyambung pelajaran beliau di New York, Amerika Syarikat, beliau mengalami pertambahan berat badan yang mendadak.  Menerusi bukunya berjudul 'Japanese Women Don't Get Old or Fat', menyelongkar rahsia atau petua disebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang langsing dan bertenaga.

Jom kita intai apakah rahsia-rahsia mereka.

Contoh makanan yang boleh diambil

1. Makanan yang menjadi keutamaan adalah nasi, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan soya.

2. Sajian makanan adalah kecil.

1 penumbuk jer tau

Seperti kita hanya boleh mengambil:
1 besar penumbuk nasi.
Sebesar tapak tangan lauk pauk.
1 cawan sayur-sayuran
1 cawan buah-buahan

3. Sup miso( fermented soybean paste) menjadi sajian utama sarapan mereka atau anda boleh tukarkan kepada sarapan yang lebih sihat yang juga berasaskan soya.
ANDA BOLEH RUJUK DI SINI.


4. Memasak secara sederhana.

5. Tidak mengambil roti. Jika ingin memgambilnya boleh mengantikan dengan roti gandum penuh.

Pencuci mulut yang boleh dijamah


6. Hanya sekadar menjamah pencuci mulut. Bukan melantak.

7. Mereka wanita jepun lazimnya tidak mengamalkan diet tetapi sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah yang sedikit.

Jaga Kuantitinya



Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen atau pun ada petua lain yang boleh  dikongsikan bersama.  Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 


Tuesday 13 January 2015

6 CARA CIPTA KESERONOKAN BERSAMA DI DALAM RUMAH

Assalamualaikum wrh. Wrth.

Kanak2 adalah sangat unik. Mereka boleh cipta keseronokan bermain dengan apa saja di depan mata mereka. Kita sebagai ibu bapa pula harus bijak dan keatif untuk meluangkan masa dengan anak2 kiranya ruang waktu yang terbatas.  Kini anda boleh mengunakan masa yang terhad dengan aktiviti hanya di dalam rumah bagi mencipta keseronokan bersama.

Balance Beam


BALANCE BEAM
Caranya dengan melekat pita berwarna di atas lantai bilik anak anda. Kemudian ajar anak anda untuk melalui pita tersebut sambil mendepangkan kedua2 tangan. Cara ini dapat melatih anak anda membentuk postur tubuh dan mencapai keseimbangan tubuh badan yang optimum.



BED SHEET SOCCER GOAL
Ambil kain cadar yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, ikat dan gantungkan di dua penjuru. Jadikan seperti pintu gol. Ajaklah anak anda menendang bola dengan anda bertindak sebagai penjaga gol.

Ballon volleyball


BALLOON VOLLEYBALL
Bola tampar di dalam rumah? Tidak susah jika anda kreatif, tukarkan saja bola dengan belon. . Caranya adalah dengan mengikat riben memanjang menggantikan net. Kemudian tiub sebiji belon untuk menggantikan bola tampar. Mulakan permainan dengan anak anda.

Bottle Bowling


BOTTLE BOWLING
Simpan botol plastik yang telah digunakan untuk dijadikan bowling pin. Anda boleh mengunakan bola plastik atau membuat sendiri bola dengan menggunakan surat khabar yang dibalut dengan plastik untuk gantian kepada bola bowling. Anak anda tentu teruja dengan permainan ini.

CRAZY CRAFTY
Melukis atau mereka sesuatu menggunakan tanah liat juga dapat membantu membina otot tangan anak anda. Aktiviti ini boleh dilakukan di kawasan laman rumah anda.

Mewarna pada daun dan kemudian  cop di atas
 kertas lukisan.


Selain itu anda juga boleh edarkan sekeping kertas lukisan kepada anak anda. Ajar anak anda melukis menggunakan pelbagai teknik seperti  menggunakan berus lukisan, batang atau daun  tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Untuk sesuatu yang lebih lebih menarik ,anda juga boleh mengajak anak anda melukis 'mural' pada dinding bilik anak anda. Menarik bukan.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen atau pun ada petua lain yang boleh  dikongsikan bersama.  Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi.