Friday 29 August 2014

Cinch

teks oleh : noramiza ahmad

Cinch mengandungi 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut di dalam setiap hidangan cinch.

Mengapa Cinch Berbeza? 
Ia  mengandungi leucine untuk pelihara otot semasa menurunkan berat badan, membakar lemak dan  inci yang tak diingini.

Mengapa Protein Begitu Penting?
protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang akan menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori...
protein juga boleh membuatkan kita kenyang lebih lama @ dapat menahan kelaparan.

- sesuai untuk mengidap kencing manis.
- dapat kekalkan paras gula  dalam darah dan kekalkan tenaga.
- penggunaan soya bebas GMO
-tiada perasa tiruan, warna dan pemanis.


Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan Cinch Shaklee ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.


Monday 25 August 2014

Testimoni vivix

teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt dan salam sejahtera. ...pekabar kengkawan arini...harap2 tu sihat sejahtera la hendaknya yek....

arini saya kongsikan testimoni mengenai vivix. .customer saya start consume vivix ni lepas raya... 9 ari kemudian dah ada temujanji dgn doktor tuk check paras gulanya. saspen jugaklah saya takut tak ada apa2 perubahan pada bacaannya nanti dikomplennya plak. .namun alhamdulillah syukur paras gulanya dah semakin menurun ...walaupun tak banyak namun memberikan perubahan yang memberangsangkan.


* bukan setakat untuk diabetes jer tau..pelbagai penyakit lain juga...saya sedia membantu anda jika anda ingin membantu diri anda sendiri untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik dan optimum.


untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan VIVIX Shaklee ini  anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.

    


Saturday 23 August 2014

Ayam Masak Lemak Berlada

teks oleh : noramiza ahmad

Arini merupakan hari berkabung bagi Malaysia. mangsa2 MH17 akan di bawa pulang ke tanahairku tercinta untuk disemadikan...salam takziah buat keluarga mangsa tak kira agama dan bangsa ..sedih melihat ahli  keluarga yang meratap hiba atas kehilangan insan tersayang tambah2   lagi anak2 kecil yang meratap atas kehilangan ibu @ bapa mereka..kita yg tgk jer pun turut merasa kesedihan mereka..moga ahli keluarga mereka beroleh ketabahan utk menghadapi hari mendatang dan untuk mangsa2 yang beragama Islam ...moga roh mereka di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. kita yang hidup pula perlu meneruskan kehidupan seperti biasa...masak pun jangan lupa pula yek...yok kita jenguk apa yang saya saya masak tuk arini...saya masak ayam lemak berlada...

* draft dr ari jumaat tapi postnya ari sabtu nti kengkawan ingt saya ni ketinggalan zaman plak.  hehe..

oklah ni resepinya yek...

1 ekor ayam
1 labu bawang besar   *
1 inci halia  *  
2 biji cili merah *
1 kpg asam gelugor @ asam keping
2 batang serai dititik
2 biji kentang
santan cair
santan pekat    
garam
gula
     
cara-caranya
- kisar yang bertanda * hingga halus.
- masukkan ke dalam periuk dan renehkannya sebentar.
-masukkan asam keping  dan serai
- masukkan pula ayam dan santan cair.
setelah ayam separuh empuk masukkan kentang.
- didihkannya lagi.  
-bila ayam dan kentang hampir empuk, masukkan pula santan pekat.
-perisakan dengan garam dan gula.
-setelah mendidih bolehlah api ditutup.

Sunday 17 August 2014

Kerabu pegaga dan selom

teks oleh : noramiza ahmad

kerabu ni time c abe ada kat rumah jer baru boleh buat. .kalu idak saya sorang jer yang menghadap benda alah ni siang malam...walaupun memang kesukaan saya tapi bila dah buat tu...yang makannya sorang jer... rasa x berbaloi plak...buat penat eden...
oklah ni  resepinya yek

bahan-bahan

daun selom
daun pegaga
1 labu bawang
1@ 2 sb udang kering...rendam sebentar dalam air panas..biasanya saya guna udang segar yang telah dicelur tapi stok dalam peti dah abih plak...so gunalah apa jer yang ada..
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis
4@5 sb santan  
sedikit gula n garam

bahan tumbuk

5 biji cili padi            
1 biji cili merah
sedikit belacan  

cara-caranya                                  
-setelah ulam-ulaman direndam dan dicuci bersih, racik halus.
-bawang besar dihiris nipis.
- tumbuk pula udang kering tersebut.
-kemudian gaulkan kesemuanya
dengan mencampurkan bahan yang ditumbuk dan dihiris.
- setelah itu masukkan santan dan perah pula limau kasturi.
-perisakan dengan garam dan gula.



# hehe warna tak cun coz saya tak letak cili merah...c abe ke kedai pun terlupa nak kirim...guna cili padi jer...

Saturday 16 August 2014

Al kisah Si Sambal Petai

Teks oleh: noramiza ahmad

kalu ikutkan  dulu saya bukan la yang jenis makan petai...memang tak tahan baunya...tapi sejak ibu mertua masakkan sambal tumis camni rasa teruja pulak utk try...kalu tidak jangan harap...lari sebatu lagi ada la...faktor usia kot ...maklumlah angka yang semakin bertambah. ..hehe..okla ni resepinya...

Bahan-bahan

5 sb cili kering kisar
1 labu bwg bsr
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia ( x suka x yah letak pun x per)
400g udang  
2 sb gula perang          
3 sb air asam jawa
petai ( saya beli yang dah siap dikopek)
garam    
minyak tuk menumis

cara-caranya
 
- kisar bawang besar, bawang putih dan halia.              
-sementara tu panaskan minyak dulu.
-kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar.
- tumis hingga naik bau.
-masukkan pula cili kering kisar.. boleh tambah @ kurangkan cilinya jika sukakan pedas @ tidak.
- kacau selalu dengan api perlahan  hingga terbit minyaknya.
- masukkan pula gula perang.
-kemudian masukkan air asam jawa.
- setelah tumisan menjadi warna merah cantik boleh la masukkan petai.
- kacau sebati. jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air.  
- kemudian masukkan pula udang.
- perasakan dengan garam.
-jika telah kemerahan udang itu boleh lah  tutup api...jika masak terlalu lama udang itu akan menjadi keras.


# bila makan petai,  biji petainya seeoloknya dulu dibelah dua...dalam banyak biji2 petai tu saya terjumpa 3 ekor ulat yang berwarna putih..jika tak diperhatikan dengan betul pasti ingtkan seakan tunas tu..ni tunjukkan tempat yang anda perlu perhatikan yek...tapi kalu tak kisah dengan ulat tu hentam jerla...eeeee...


Tuesday 12 August 2014

Apam lenggang

Teks oleh : noramiza ahmad

Resepi nih saya dapat dari ibu mertua..dia yang mengajar saya..kalu tidak, tak dapat la nak melenggang...apam ni la ...isshhh korang nih...macam2 la fikir...hehehe...
Apam ni mengingatkan saya kenangan waktu di kampung..dulu  kecik2 selalu ikut kakak saya ke pasar minggu yang di adakan 2x seminggu..kerana bersekolah kami hanya akan pergi pada hari ahad...saya lagi tu ari khamis kot...(ehh dah lupa plak yang lagi tu) sebab yg ari ahad tu memang kekal diingatan coz kami memanggilnya sebagai 'pekan ahad'..so bila ke pasar tersebut benda yang x ketinggalan tuk saya beli adalah apam lenggang...memang suka benar saya dengan apam lenggang nih...bila  tgk ibu mertua saya buat, apa lagi tentulah tak ketinggalan untuk menuntut ilmu daripadanya...so di sini saya sertakan resepinya nanti senang tuk saya rujuk balik. .tak perlu la buka buku resepi khazanah saya...buatnya pun jarang2 macam mana nak ingat sukatannya ...ye dak...

🌷Bahan-bahan
8 sb tepung beras
4 sb tepung gandum
1 cawan santan (sederhana pekat)
gula - ikut kemanisan yang disukai
air
sedikit garam
yis 1/4 bungkus (saya guna jenis mauripan)

cara-caranya

- masukkan yis dan sedikit gula ke dalam mangkuk.tuangkan sedikit air. biarkan ianya selama 15 minit @ sehingga ianya berhenti bergelembung@ berbuih.
- sementara menantikan yis tersebut, kita bolehlah satukan kedua2 jenis tepung ke dalam bekas.
-masukkan santan, gula dan garam ke dalam tepung tersebut . Kacau sehingga sebati.
- masukkan pula yis ke dalam adunan itu.
-kacau lagi.jika adunan pekat bolehlah dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana pekat @ seperti adunan roti jala.
- kemudian panaskan kuali@ wok..kalu gunakan pan apam kita akan menjadi sekata seperti  dadar...so seeloknya kita gunalah kuali...
-masukkan 1 senduk dan lenggang kan kuali tersebut seperti membuat kuih dadar.bila kita menggunakan kuali bahagian tengah akan menjadi sedikit tebal berbanding di tepi2nya. tutup dengan tudung kuali.
- untuk mengetahui ianya telah masak @ tidak...perhatikan di bahagian bawah tepi kuih samada telah sedikit keemasan dan di tengahnya dah tak kelihatan lagi adunan tepung.
- angkat dan terus gulungkannya.



Monday 11 August 2014

Sos cheesy wedges

Teks oleh : noramiza ahmad

Aleya dan Hafiy memang sukakan cheesy wedges ni..pantang ke KFC @ pasar malam @ ke mana saja yang diorang ternampak cheesy wedges pasti di minta belikannya...kalu dah beli tu maklum la mana nak cukup 1kotak...sikit sangat kata diorang untuk berkongsi. mesti sorang sekotak punya..tu pun belum puas..so saya terfikir baik saya buatkan jer...confirm boleh makan  sepuasnya dan diorang pun boleh bawa sebagai bekalan ke sekolah lagi...oklah di sini saya kongsikan untuk membuat sosnya...

Bahan-bahan

500ml susu segar / UHT
1/3 buku butter
12 keping cheddar cheese - saya guna yg kale oren
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah dan lada hitam.
                                                 
Cara-cara
-Cairkan butter dengan menggunakan api yang kecil.
-Masukkan susu dan tepung gandum. --Kacau sampai tidak berketul.
-Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah dan lada hitam.
-Kacau sampai pekat.
-Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit.
- Apabila mendidih, tutup api.

# kentang wedges ni saya beli yg frozen jer di pasar raya...nti bila saya buat menggunakan kentang russet saya akan share di sini k..

Kebaikan GLA COMPLEX

Teks oleh: noramiza ahmad

Kebaikan dengan pengambilan GLA Ini ialah :

-Memperbaiki simptom PMS (simptom prahaid)  
-melambatkan menopaus
-menentang kanser dengan meningkatkan sistem imun tubuh badan  dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.            
-memperbaiki imflamasi kulit, eczema,  elergi, kegatalan, kulit kering dan kurap.
-mengurangkan sakit dan bengkak akibat rheumatisma dan artritis.
-menghalang komplikasi diabetes  semasa hamil @ usia tua dan menurunkan paras gula dalam darah.
- merendahkan kolesterol LDL.
-menghalang penambahan berat badan.
-menghalang tekanan darah tinggi
- memperbaiki rambut kering dan gugur.
- untuk lelaki : memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
-merawat ulser.
- melegakan kelesuan dan tingkatkan stamina.
-membersihkan kahak.
- meringankan kebas urat saraf.


 
# untuk pelangsingan dan menopaus
2biji× 2 kali sehari ( selepas makan)
                                               
#pemeliharaan kesihatan 1biji × 2kali sehari ( selepas makan)



untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan GLA COMPLEX Shaklee ini  anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.


Friday 8 August 2014

Keaw teaw theng

Teks oleh: noramiza ahmad

 2 bungkus keaw teaw dicelur sebentar

       Bahan untuk sup
1 ekor ayam     
1 biji sengkuang
1 inci halia
3 ulas bwg putih
2 batang serai dititik  
1 ketul kiub ayam jika suka

             cara-caranya
- rebus ayam dengan 4liter air.
- masukkan sengkuang yang telah dipotong besar, halia, bawang putih, serai dan kiub ayam.
- setelah sengkuang lembut,  angkat dan kisar hingga halus.
- masukkan kembali sengkuang ke dalam periuk dan renehkan sehingga ayam ayam.tutup api.

         Bahan untuk sos
 1 ulas bawang putih digoreng  
20 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
kicap
limau kasturi- boleh juga guna cuka

            cara-caranya
-kisar cili padi dan bawang putih yang telah digoreng dengan pengisar kering sehingga mendapat  kehalusan yang dikehendaki.  
-tuangkan  ke dalam mangkuk dan masukkan kicap dan perah sedikit limau mengikut kemasaman yang disukai.
           
inila minyak bawang putih goreng.
Ihsan Mr . Google


        Bahan hiasan
-2 labu bawang putih (ambik sket tuk buat sos tu so x dela nak kena goreng asing plak kan)  
*bawang putih dicincang halus. goreng dengan minyak zaitun/ jagung hingga perang keemasan.angkat dan tuang ke dalam mangkuk bersama dengan minyak sekali. ( yang ni saya x buat coz anak2 x suka)
-daun sup dan daun bawang
-kacang goreng
-tauge

Cara Hidang

 Hidangkan dengan cara masukkan sedikit keaw teaw ke dalam mangkuk dan masukkan sup.kemudian taburkan bahan-bahan hiasan...taburkan juga bawang putih goreng bersama dengan sedikit minyaknya sekali ala2 nasi ayam gitu...  sedap di makan panas2..yummy..


Inilah keaw teaw theng ku


GLA Complex

Teks oleh: noramiza ahmad

Ermmm kalu sebut jer GLA Complex mungkin ramai yang tertanya2 " Apa tu" @ langsung x pernah dengar tentangnya sekalipun.. tapi bila sebut jer EPO ( EVENING PRIMROSE OIL) Barula 'oooo' laju jer angguk..sememangnya ramai dah tahu pasal EPO nih yang terkenal dalam pemeliharaan kesihatan wanita..  Namun tahukah anda( cewaah), di dalam shaklee ni ia dipanggil sbg GLA kerana ia mengandungi GLA daripada  minyak borage.Nak tahu borage tu apa ..meh tgk gambar bawah nih..

ini la dia bunga boragenya..

GLA di dlm minyak borage juga 2x ganda lebih tinggi daripada EPO dan kadar penyerapannya adalah 3x ganda lebih berkesan daripada EPO


                        Evening primrose

 sebab itula GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya. habis naper x panggil minyak borage jer kan...macam mana nak panggil minyak borage jer kerana kandungan di dalam GLA COMPLEX dah sememangnya komplek pun...bukan saja ada borage malah ada juga asid linolenic (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E...penyerapannya telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.


Untuk info selanjutnya anda boleh 


Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan GLA COMPLEX Shaklee ini  anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.

Thursday 7 August 2014

Tips Diet

Teks oleh : noramiza ahmad

1.karbohidrat
boleh diambil selepas senaman kerana pada masa ini paling kurang lemak yang akan diserap.

2.variasikan kalori
ambil diet yg RENDAH kalori 5 hari dan 2 hari TINGGI kalori, kerana apabila kita mengurangkan kalori dlm diet dlm tempoh yg lama, kadar metabolism akan menurun .
x boleh skip makan...kena mkn 4@5 kali sehari

3.minuman
minuman manis mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, jika anda sukakan minuman yg manis, anda perlu kurangkan kalori dalam makanan yang lain. Jangan fikir air manis tidak mempunyai kalori.

Jika anda mempunyai masalah berat dan ingin mencari penyelesaiannya boleh

Klik Di Sini