Teks oleh : noramiza ahmad
Aleya dan Hafiy memang sukakan cheesy wedges ni..pantang ke KFC @ pasar malam @ ke mana saja yang diorang ternampak cheesy wedges pasti di minta belikannya...kalu dah beli tu maklum la mana nak cukup 1kotak...sikit sangat kata diorang untuk berkongsi. mesti sorang sekotak punya..tu pun belum puas..so saya terfikir baik saya buatkan jer...confirm boleh makan sepuasnya dan diorang pun boleh bawa sebagai bekalan ke sekolah lagi...oklah di sini saya kongsikan untuk membuat sosnya...
Bahan-bahan
500ml susu segar / UHT
1/3 buku butter
12 keping cheddar cheese - saya guna yg kale oren
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah dan lada hitam.
Cara-cara
-Cairkan butter dengan menggunakan api yang kecil.
-Masukkan susu dan tepung gandum. --Kacau sampai tidak berketul.
-Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah dan lada hitam.
-Kacau sampai pekat.
-Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit.
- Apabila mendidih, tutup api.
# kentang wedges ni saya beli yg frozen jer di pasar raya...nti bila saya buat menggunakan kentang russet saya akan share di sini k..
No comments:
Post a Comment