Friday, 8 August 2014

Keaw teaw theng

Teks oleh: noramiza ahmad

 2 bungkus keaw teaw dicelur sebentar

       Bahan untuk sup
1 ekor ayam     
1 biji sengkuang
1 inci halia
3 ulas bwg putih
2 batang serai dititik  
1 ketul kiub ayam jika suka

             cara-caranya
- rebus ayam dengan 4liter air.
- masukkan sengkuang yang telah dipotong besar, halia, bawang putih, serai dan kiub ayam.
- setelah sengkuang lembut,  angkat dan kisar hingga halus.
- masukkan kembali sengkuang ke dalam periuk dan renehkan sehingga ayam ayam.tutup api.

         Bahan untuk sos
 1 ulas bawang putih digoreng  
20 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
kicap
limau kasturi- boleh juga guna cuka

            cara-caranya
-kisar cili padi dan bawang putih yang telah digoreng dengan pengisar kering sehingga mendapat  kehalusan yang dikehendaki.  
-tuangkan  ke dalam mangkuk dan masukkan kicap dan perah sedikit limau mengikut kemasaman yang disukai.
           
inila minyak bawang putih goreng.
Ihsan Mr . Google


        Bahan hiasan
-2 labu bawang putih (ambik sket tuk buat sos tu so x dela nak kena goreng asing plak kan)  
*bawang putih dicincang halus. goreng dengan minyak zaitun/ jagung hingga perang keemasan.angkat dan tuang ke dalam mangkuk bersama dengan minyak sekali. ( yang ni saya x buat coz anak2 x suka)
-daun sup dan daun bawang
-kacang goreng
-tauge

Cara Hidang

 Hidangkan dengan cara masukkan sedikit keaw teaw ke dalam mangkuk dan masukkan sup.kemudian taburkan bahan-bahan hiasan...taburkan juga bawang putih goreng bersama dengan sedikit minyaknya sekali ala2 nasi ayam gitu...  sedap di makan panas2..yummy..


Inilah keaw teaw theng ku


No comments:

Post a Comment