Monday 29 September 2014

Nasi Daging Bonda

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt rakan pembaca dan sekalian pengunjung rumah saya..terima kasih yek sebab sudi bertandang ke sini..semalam saya dah kongsikan resepi air asam susu pekat.

Untuk resepi air asam susu pekat boleh lah Klik Di Sini

So hari ini saya kongsikan pula resepi nasi daging bonda...asalnya resepi ni saya ambik dari ibu mertua tersayang...

ye la kan dengan ibu sendiri tak sempat nak menuntut ilmu memasak dari beliau..beliau telah kembali menemuiNya  ketika saya masih lagi menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) 😭 dalam tahun ke 2...time  tu baru terhegeh2 nak belajar memasak..



orang lain dah terrer masak pelbagai juadah...saya masih terkial2...malu plak bila dikenang2kan...seingat saya time matrik di Ampang baru saya mula memasak. .ermm tu la bila ada emak engkau bukan nak masak...harapkan emak jer...tapi saya tetap menolong arwah emak memasak....tolong potong memotong jer la ...oklah tu kan...x de lah yang jenis duduk terperap dalam bilik jer...bila dah masak dan siap terhidang laju jer kuat bilik...bertuah punya anak dara...

now inilah rutin saya seharian....memasak selain dengan dunia shaklee dan blogging la blogging dah jadi hobi terbaru saya ...hoooreey  ..resepi ni memang saya simpan tuk rujukan saya...kalu buku resepi saya hilang leh refer di sini sajer... ibu mertua saya memang terkenal dengan nasi dagingnya..sehinggakan bila balik ke kampung jer yang menjadi permintaan oleh anak menantu pastinya nasi daging beliau....yummmy...ok ini resepinya..

Bahan-bahan

Bahan untuk ditumbuk
1/2 st jintan manis. *
1/2 st jintan putih. *
1 batang kulit kayu manis. *
5 kuntum bunga cengkih. *
2 kuntum bunga lawang. *
3 biji buah pelaga. *
4 ulas bawang merah ^
2 ulas bawang putih ^
1inci halia ^

3 cawan beras basmathi atau beras biasa
1kg daging - dipotong dadu besar dan direbus...airnya nti akan digunakan untuk memasak nasi.
1/2 cawan susu cair
Sedikit gula batu - kalu x de pun don't worry
Minyak sapi @ planta
Daun pandan
Garam
Bawang goreng
Badam dan kismis

Cara-caranya

-tumbuk bahan yang bertanda * hingga halus..kemudian baru masak bahan yang bertanda ^ pula..tumbuk hingga hancur.
- panaskan minyak sapi @ planta...Masukkan daun pandan...
-masukkan bahan tumbuk..tumis hingga naik bau.
-masukkan pula beras yang telah dicuci bersih bersama dengan air rebusan daging.
-setelah itu boleh la dimasukkan susu cair, gula batu dan perasakan dengan garam.
- sekali sekala gemburkan nasi dengan menggunakan garfu.


-setelah masak bolehlah dihiasi dengan bawang goreng, badam yang telah dipanggang dan kismis.

Selamat malam ...jumpa lagi di n3 yang lain...mimpi yang yang indah2 sajer...haaiippp doa jangan lupa baca..










Sunday 28 September 2014

Nasi Daging Dengan Air Asam Susu Pekat

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt.
Buat apa hujung2 minggu nih yek..mesti ada yang kuar bershoping, bawa anak2 gi jenjalan atau kuar makan,lepaking di rumah dan adaaaa yang kuar datingkan...baik ngaku...hehe...

Saya seperti biasa nak gi airport...rutin mingguan jadi supir...nak hantar cek abe gi airport nak  balik Bintulu...so sebagai makan tengahari saya masakkan nasi daging digandingkan dengan acar timun dan nenas serta air asam susu pekat..korang pernah dengar tak...bunyi cam pelikkan...kalu yang belum pernah dengar sure terfikir...isshh sedap ker tu...rasanya air asam tu tak jadi pelik ker..korang cuba dulu baru tahu sedap ker tidak...

Sebenarnya dah lama jugak tgk air asam susu pekat ni kat fb tapi belum berkesempatan tuk mencubanya...mulanya cam pelik gak...biar betul air asam letak susu pekat. ..tapi arini dah rasa baru tahu.. fuhhh best jugak..ada rasa lemak2nya...biasanya kan kita letak sket gula ni gantikannya jer gan susu pekat..ingatkan pelik la sgt....ok jer pun...sedap lagi...tapi korang letak sket jer tau jangan la byk2 ingat korang nak buat teh tarik ker...just untuk balancekan antara masin, masam, pedas dan manis tu jer....sedap...
Korang nak try buat ker? Nak resepi ker?Saya share jer la di sini kot nti aleya plak yang nak try buat....hahaha



Resepi Air Asam Susu Pekat.

1biji bawang besar
1 biji tomato
2 biji Cili merah - dihiris
Cili padi - jika korang sukakan pedas dihiris.
3 biji limau kasturi/nipis - kalu x de limau leh gantikan dengan perahan air asam jawa...tapi limau la lagi best..rasa fresh.
Sambal belacan yang belum letak limau.
Sedikit susu pekat.
Garam secukup rasa.
Sedikit air rebusan daging.

Cara-caranya

- bawang besar dan tomato dihiris nipis.
-masukkan ke semua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk.
- masukkan pula sambal belacan. Perah limau kasturi/nipis ikut suka kemasaman korang serta air rebusan daging tersebut.
-perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan pelakon utama kita hari ini iaitu susu pekat.
- balancekan semua rasa...manis, masin, masam dan pedas.
- dah siap
-selamat mencuba..dah cuba leh la bagi komen...apa kata anda plak...


So untuk resepi nasi daging bonda pula anda boleh lah Klik Di Sini

Saturday 27 September 2014

Derita Darah Tinggi?

Teks oleh : noramiza ahmad

Jika anda sorang pengidap darah tinggi atau ingin membantu rakan - rakan atau ahli keluarga boleh la mencuba set darah ini ini.



 LECITHIN
Sebagai pemecah lemak.

GARLIC COMPLEX 
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL,
trigliserida dan kelikatan darah

 VITAMIN C
Menghalang pembekuan darah.

 OMEGA GUARD
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai darah tinggi boleh klik di sini:-

CARA-CARA KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI. 

        atau

Apa Itu Darah Tinggi?

Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pengambilan set darah tinggi ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413 -Miza


11 Cara Untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi.

Teks oleh : noramiza ahmad

Masalah tekanan darah tinggi? 
Sebagai langkah permulaan untuk menangani masalah darah tinggi @ hypertension, ikutilah tip-tip berikut:




Kurangkan berat badan.
Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat secara perlahan-lahan. Jangan terus mendadak yek...

Bersenamlah.
Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada setiap hari.Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ianya juga dapat membantu kurangkan berat badan.

Kurangkan pengambilan garam.
Jangan tambah garam pada makanan yang sudah dimasak. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g dan tidak boleh melebihi sukatan tersebut


Jangan merokok.
Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

Kurangkan Stres.
Stress kerja, kewangan, kesesakan jalan, keluarga dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stress, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Amalkan diet yang lebih baik.
Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan mengurangkan tekanan darah. Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang masa membantu anda mengawal atau Mengurangkan berat badan.  Makan 5-7 hidang sehari tapi dalam sukatan yang kecil. Lebihkan serat (fiber), buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kurangkan kafein dan jauhi alkohol.

Pantau.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap setahun sekali.

Keturunan.
Faktor ini tidak boleh dielakkan. Jika seseorang memiliki ibu bapa atau ahli keluarga yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahawa         masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras berbanding sebaliknya. Sebuah penelitian menunjukkanm ada bukti gen yang diturunkan menyumbang masalah tekanan darah tinggi.

Usia.
Faktor ini juga tidak boleh dielakkan. Penelitian menunjukkan, semakin usia seseorang itu bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan tekanan darah ketika anda muda akan sama ketika bertambah usia. Namun, anda dapat mengendalikan dan mengawal tekanan darah tinggi anda.



Kolesterol.
Kandungan lemak yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini boleh membuatkan pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol sebaik mungkin.

Anda menghidap tekanan darah tinggi atau salah seorang ahli keluarga,  rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tekanan darah tinggi
Apa itu tekanan darah tinggi?

              ATAU

Anda ingin mengurangkan atau mengawal tekanan darah tinggi anda, boleh teruskan pencarian anda di sini Derita Darah Tinggi?



Friday 26 September 2014

Siapa yang perlukan kolegen?

Teks oleh : noramiza ahmad

Bersiaran kita lagi hari ini dengan shaklee collegen powder lagi...korang nak tahu x siapa yang perlu mengambil kolagen ini..

Pelajar :
Kolagen bagus untuk pelajar samaada lelaki mahupun perempuan kerana kolagen dapat membantu mengatasi masalah mudah lupa.


Masalah kulit :
Sesiapa sahaja yang ada masalah kulit seperti kusam, kering, pigmentasi, tona tak sekata, atau yang terbakar kulitnya, kerana kolagen akan mengurangkan masalah2 tersebut dan menggantikan semula semua kulit yang telah rosak akibat terbakar.

Perempuan dan lelaki yang berusia:
Mereka perlu mengambil kolagen untuk mengatasi masalah kulit kedut, semakin kendur dan rosak.

Perempuan yang baru bersalin:
Mereka juga sangat sesuai mengambil kerana kolagen akan mengantikan protein yang banyak hilang ketika mengandung dan bersalin.

Pesakit Insomnia :
Kolagen juga dapat membantu pesakit insomnia atau susah tidur.

Orang yang mudah sakit:
Ianya sesuai kerana kolagen akan meningkatkan kadar imunisasi anda.

Berparut :
Sesiapa sahaja yang ada kesan parut pada kulit sangat sesuai kerana kolagen ini akan mengantikan kulit mati dan seterusnya mengurangkan kesan parut tadi.




        Bagaimana kolegen bertindak

Memulih :
Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida Collagen bagi rantaian Collagen yang telah rosak ataupun lemah.

Membina :
Menguatkan dan melindungi rantaian Collagen dengan ontioksida.

Memperbaharui :
Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel Collagen baru.

Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan Shaklee collegen powder ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413 -Miza

Thursday 25 September 2014

Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kepada Para Usahawan Muslim

#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.
Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.
Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.
Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.
Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.
Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.
Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau lagi.

Artikel ni saya ambik dari 
rahsiaberniaga.blogspot.com.  Klik sini 
dan dipanjangkan di rumah saya pula agar dapat dikongsikan dengan kengkawan semua dan boleh dijadikan rujukan untuk saya kelak..


Wednesday 24 September 2014

Khasiat si selom

Teks oleh : noramiza ahmad

Untuk makan malam semalam buat yang simple2 jer..dah yang tinggal 3 beranak jer so senang la keje umminya...masak apa yang ada jer...so saya buatkan nasi goreng ulam selom...resepinya simple jer so saya x yahla share resepinya...kita citer pasal daun selom jer la erk...daun selom ni kalu  dimakan dengan laksa...ermmm yummy...ni yang teringin nak makan laksa plak nih...aduss...




Daun Selom
Oenanthe javanica atau selom ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi. Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.



Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan. Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes dan juga kolestrol.


Petua mengurangkan resdung.

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt.

Hari ni saya nak kongsikan dengan kengkawan semua petua untuk mengurang masalah resdung anda...saya yakin ramai di luar sana yang merana akibat resdung nih..pagi2 akan bersin2, selsema,  hidung rasa tersumbat, kerap sakit kepala dan gatal2 di muka...pernah ke alaminya.. Kalu jawapannya adalah YA baik korang lakukan sesuatu..kan mencegah lebih baik dari merawat...kalu dah kronik confirm dah den x dapek nak nolongnya...jom kita try cara traditional ni plak..


Rajin ker korang nak amalkan petua nih selalu...kalu sirih tu ditanam di belakang rumah senang citer...tapi usaha lif kejayaan kan...tapi kalu dah nak senang jer meh telan jer set shaklee nih...
#vitamin c     
#alfalfa  
#BComplex.



Vitamin C
-Bertindak sebagai anti histamin (sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan/elergi)
- menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh.
- meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan.
-membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol.

B Complex
- memastikan kesihatan fungsi saraf.
-B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
-membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.

 Alfalfa
-mengurangkan keradangan
-mencuci darah, hati dan usus.
-melawan alahan. 
-membantu perbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif.
-menghilangkan toksin dalam badan
-mengembalikan kenormalan badan yang berasid.

Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pengambilan set resdung  ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.


Monday 22 September 2014

Alfalfa

Teks oleh : noramiza ahmad

Hari ni kita nak citer pasal
FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA pulak yek:

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:



· Pembersih toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendi dan sakit sengal-sengal tulang.
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
 Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk radang pundi kencing
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.


Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan Alfalfa ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.

Wednesday 10 September 2014

Shaklee collegen powder

Teks oleh : noramiza ahmad

Citer pasal kolegen lagi..maklumlah dah nama pun bulan promosi kolegen...confirm citer pasalnya jer yang akan kuarkan..

Ok jika korang nak tahu memang jimat dan berbaloi sangat2 dengan promosi nih..boleh buat stok kat rmh..x delah setiap bln nak kena beli lagi..dah la promosinya tuk bulan ni jer tau....hehe terlopong korang nanti....

jom kita tgk apa yang kita boleh dapat jika kita beli 6 kotak scp..

💜 percuma 1 kotak bernilai RM 298
💜 percuma postage RM10(WM) & RM(EM)
💜 percuma keahlian seumur hidup yang bernilai RM65
💜 Rebat Tunai bernilai RM 100+ pada bulan berikutnya.




Nak tahu tak kolegen yang terbaik adalah kolegen marin..sebab itulah shaklee collegen powder menggunakan sirip ikan merah yang tulen dan bermutu tinggi.


shaklee collegen powder (SCP) mengandungi 4000mg kolegen RSS ( sisik ikan merah) di samping 6 ramuan lain yang digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolegen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan ke luar.

RSS adalah sumber kolegen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding kolegen lain.    

SCP  adalah sangat rendah dalam berat molekular iaitu 1000 Dalton yang amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolegen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan Shaklee collegen powder  ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.


Thursday 4 September 2014

Shopping di Ho Chi Minh part 2

teks oleh : noramiza ahmad

Hari kedua...oleh kerana putera lilin x suka tempat yg panas so kami decide nak ke mall di sekitar saigon..nak tempat yg ada aircond  jer kan hero nih...
so kami pilih ke Diamond Department Store dengan menaiki teksi..


Teksi memang bersepah dan senang sangat untuk dapatkannya...tapi make sure yang bermeter seperti vinasun..dekat jer pun...dari ben thant market ker mall tu cajnya dalam rm6 cam tu jer...mall tu x de la besar mana...stail cam sogo ..one stop centre...tapi of cause la sogo berganda2 besarnya...ni pusing2..turun naik dah habis....window shopping jer kan .. dah boring kami decide nak balik berjalan kaki tuk ke Saigon Central Post Office yang merupakan pejabat pos terbesar di Vietnam...ia dibina pada awal kurun ke - 10 ketika negara itu di bawah jajahan Perancis...disebabkan itulah strukturnya sama seperti stesen keretapi Eropah dengan jam besar di tengah astaka..senibina yang dipengaruhi era Renaissance. .kemudian kami menyusuri jalan ke Saigon Notre-Dame Basilica (SNDB) pula yang memang berdekatan antara satu sama lain....yg saya notice di sini memang banyak motor..nak cross jalan memang kena tutup mata...hahaha...coz diorang yang akan mengelak dari kita tapi jangan pulak buat dekat kereta...kang alamatnya  jadi  penghuni hospital plak...


SNDB ni merupakan senibina peninggalan Perancis yang di bina pada thn 1860-an..asas bangunannya dibentuk untuk menampung 10 kali ganda berat gereja...di depan SNDB tu ada sebuah taman yang ada patung Holy Mother...


 ketika sedang asyik bergambar...hujan renyai2 telah mula turun...kelam kabut la kitarang mencari teksi...yela di situ x nampak pun tempat tuk berteduh kiranya ujan semakin lebat...alhamdulillah nasib kami memang baik apabila banyak teksi yang sentiasa menunggu di situ, di kanan jalan...kami cuba menahan teksi yang lalu supaya tak perlu melintas jalan tapi kami diisyaratkan oleh pemandu teksi agar ke sebelah kanan jalan itu jugak dengan mengambil teksi yang sedia menunggu di situ...lintas jalan...pejam mata lagi sambil berpimpinan dengan cek abang dan Aleya.ke sebelah kanan jalan itu jugak dengan mengambil teksi yang sedia menunggu di situ...lintas jalan...pejam mata lagi sambil berpimpinan tangan dengan cek abe dan Aleya..akhirnya kami selamat sampai di hotel..ingt nak ke ben thant lg...tapi nak rest dulu la..nak ker night marketnya la  plak di mlm hari..
just nak tunjuk kedai ni...jakun x pernah tengok camni...unik coz kedai ni lebarnya cuma dalam 2 kaki n panjang ke belakang...kasut2 akan dilekatkan di kedua2 belah dindingnya...haa mmg penuh gan kasut..

weehoo ke night market... camla x pernah ke pasar mlm kan..propa jer lebih...seperti biasa hero kecik ni...sekejap jer baru umminya nak cuci mata dah diajak balik...so dia balik dgn abahnya dulu dan tinggal la ummi bersama peneman setia kecik ummi nih... so saya berhajat nak beli telekung vietnam lcyra yang bersulam tangan...rata2 harganya dalam 60 ke atas..... kalu lycra yang ada renda murah la...3 helai rm100..tapi saya rasa nak yg sulam tgn jugak sebagai trademark vietnam yg memang terkenal dgn sulaman                       tangannya...biasanya orang yang ke vietnam sukakan telekung cotton bersulam...tapi memandangkan saya telah memborong telekung cotton di bandung...tu yang fikir nakkan telekung lycra bersulam tangan pulak...setelah bertanyakan beberapa tempat akhirnya ada 1 gerai di hujung yang berhampiran dengan deretan kasut yang unik, dengan harga rm57...so ambil 2 pasang jer..tu pun sepasang pesanan dari kakak.....kemudian kami balik ke deretan kedai yang berhampiran dengan hotel untuk mencari baju..setelah membeli beberapa helai jubah kami berdua akhirnya kami pulang ke hotel utk berehat..esok aktiviti ke mana plak...tungguuuu. .

Tuesday 2 September 2014

Shaklee Collagen Powder

teks oleh : noramiza ahmad

Untuk promo bulan ni promo yang paling best sekali antara banyak2 promo..mana taknya...promo berganda...apa tu erk...jom kita check...

Shaklee Collagen Powder buy 6 free 1
Mealshake buy 3 free 1

wahh hebatkan...jimat dan berbaloi. ..bukan senang dapat gini...sebelum kita bercerita panjang ..nak tau tak kolagen tu apa. ..


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia...kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan tambahan  untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit selain untuk  pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis dan juga arteriosclerosis.

Ada lagi info jom klik.




Untuk maklumat lanjut atau anda inginkan khidmat nasihat tentang cara pemakanan Shaklee collegen powder  ini, anda boleh SMS/ WHATSAPP saya  di no 0136162413.