Masalah tekanan darah tinggi?
Sebagai langkah permulaan untuk menangani masalah darah tinggi @ hypertension, ikutilah tip-tip berikut:
Kurangkan berat badan.
Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat secara perlahan-lahan. Jangan terus mendadak yek...
Bersenamlah.
Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada setiap hari.Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ianya juga dapat membantu kurangkan berat badan.
Kurangkan pengambilan garam.
Jangan tambah garam pada makanan yang sudah dimasak. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g dan tidak boleh melebihi sukatan tersebut
Jangan merokok.
Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
Kurangkan Stres.
Stress kerja, kewangan, kesesakan jalan, keluarga dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stress, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
Amalkan diet yang lebih baik.
Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan mengurangkan tekanan darah. Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang masa membantu anda mengawal atau Mengurangkan berat badan. Makan 5-7 hidang sehari tapi dalam sukatan yang kecil. Lebihkan serat (fiber), buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Kurangkan kafein dan jauhi alkohol.
Pantau.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap setahun sekali.
Keturunan.
Faktor ini tidak boleh dielakkan. Jika seseorang memiliki ibu bapa atau ahli keluarga yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahawa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras berbanding sebaliknya. Sebuah penelitian menunjukkanm ada bukti gen yang diturunkan menyumbang masalah tekanan darah tinggi.
Usia.
Faktor ini juga tidak boleh dielakkan. Penelitian menunjukkan, semakin usia seseorang itu bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan tekanan darah ketika anda muda akan sama ketika bertambah usia. Namun, anda dapat mengendalikan dan mengawal tekanan darah tinggi anda.
Kolesterol.
Kandungan lemak yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini boleh membuatkan pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol sebaik mungkin.
Anda menghidap tekanan darah tinggi atau salah seorang ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tekanan darah tinggi
Apa itu tekanan darah tinggi?
ATAU
Anda ingin mengurangkan atau mengawal tekanan darah tinggi anda, boleh teruskan pencarian anda di sini Derita Darah Tinggi?
No comments:
Post a Comment