Sunday 28 September 2014

Nasi Daging Dengan Air Asam Susu Pekat

Teks oleh : noramiza ahmad

Assalamualaikum wrh.wbt.
Buat apa hujung2 minggu nih yek..mesti ada yang kuar bershoping, bawa anak2 gi jenjalan atau kuar makan,lepaking di rumah dan adaaaa yang kuar datingkan...baik ngaku...hehe...

Saya seperti biasa nak gi airport...rutin mingguan jadi supir...nak hantar cek abe gi airport nak  balik Bintulu...so sebagai makan tengahari saya masakkan nasi daging digandingkan dengan acar timun dan nenas serta air asam susu pekat..korang pernah dengar tak...bunyi cam pelikkan...kalu yang belum pernah dengar sure terfikir...isshh sedap ker tu...rasanya air asam tu tak jadi pelik ker..korang cuba dulu baru tahu sedap ker tidak...

Sebenarnya dah lama jugak tgk air asam susu pekat ni kat fb tapi belum berkesempatan tuk mencubanya...mulanya cam pelik gak...biar betul air asam letak susu pekat. ..tapi arini dah rasa baru tahu.. fuhhh best jugak..ada rasa lemak2nya...biasanya kan kita letak sket gula ni gantikannya jer gan susu pekat..ingatkan pelik la sgt....ok jer pun...sedap lagi...tapi korang letak sket jer tau jangan la byk2 ingat korang nak buat teh tarik ker...just untuk balancekan antara masin, masam, pedas dan manis tu jer....sedap...
Korang nak try buat ker? Nak resepi ker?Saya share jer la di sini kot nti aleya plak yang nak try buat....hahaha



Resepi Air Asam Susu Pekat.

1biji bawang besar
1 biji tomato
2 biji Cili merah - dihiris
Cili padi - jika korang sukakan pedas dihiris.
3 biji limau kasturi/nipis - kalu x de limau leh gantikan dengan perahan air asam jawa...tapi limau la lagi best..rasa fresh.
Sambal belacan yang belum letak limau.
Sedikit susu pekat.
Garam secukup rasa.
Sedikit air rebusan daging.

Cara-caranya

- bawang besar dan tomato dihiris nipis.
-masukkan ke semua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk.
- masukkan pula sambal belacan. Perah limau kasturi/nipis ikut suka kemasaman korang serta air rebusan daging tersebut.
-perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan pelakon utama kita hari ini iaitu susu pekat.
- balancekan semua rasa...manis, masin, masam dan pedas.
- dah siap
-selamat mencuba..dah cuba leh la bagi komen...apa kata anda plak...


So untuk resepi nasi daging bonda pula anda boleh lah Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment