Tuesday 18 November 2014

Anakku Dah Rajin Membantu

Saya teringat kata2 Doktor Azizan Osman yang ibunya merupakan motivator terbaik tuk dirinya. Sebagai seorang ibu saya juga terkesan dengan kata2nya. Saya juga boleh menjadi motivator terbaik tuk anak2 saya. Mengapa tidak kan. Saya dah lupa dari mana sumber yang saya dapat tu..bila di cari2 x jumpa plak....tapi yang pastinya dari Doktor Azizan Osman (DAO), Pakar Motivasi.


Sekarang saya praktik kan apa yg disampaikan oleh DAO. Allamdulillah menampakkan perubahan yang positif. Saya cuba praktikkan tuk salah sorang anak saya. Dia ni seorang yang jenis suka merungut bila bab menolong kerja di rumah tapi kalu bab baking laju jer dia.  Bila kita minta tolong lambat jer nak bergerak pastu nti ada la bunyi uk ek uk ek(rungutan) dia. Berbanding sorang lagi cepat dan mudah jer tuk menolong.  Bila kita panggil si anje tu  dia yang datang dan tanya kenapa. Sebelum ni selalu jugak saya bagi pujian.. Pelukan mmg x payah cakap hari2 peluk..tapi naper ehh x menjadi pun.

Sehingga lah saya terbaca coretan dari DAO yang kanak2 seperti ini  memang memerlukan perhatian yang lebih dan amat sukakan pujian. Dia tak bole menerima ayat perintah  atau arahan yang keras.   Contohnya cam saya selalu guna "anje jom tolong ummi cuci pinggan"  tgk2 lps jer dia cuci pinggan dia cabut lari. "Naper rumah bersepah ni, x nak kemas ker?" dan lain2 lagi la arahan seperti diktator ..hehe.  saya pasti di luar sana ramai ibu2 yang bekerja, so bila balik rumah semua nak kena buat sendiri. Ada anak tapi tak nak tolong. Tension kan.

Kemudian saya try pendekatan berbeza seperti kata2 DAO.

Mula2 saya puji si anje ni melangit. Contohnya , ni untuk saya tau. Anda mungkin boleh guna cara  anda. Saya cakap anak ummi paling rajin. Bertuah dpt anak gini. Ibu2 luar sana pasti jeles dengan ummi coz dapat anak rajin seperti anje sambil berpelukan. Bila selesai smua keje saya kiss lagi .belai...peluk lagi. Mula2 hari pertama dengar jugak rungutan dia.    Ucap terima kasih kat dia ..dah tolong umi hari nih. Puji dia dia depan anak2 yang lain. Tapi jangan pulak lupakan anak2 yang lain. Puji sama rata. Kang ada yang jeles sebab lebihkan yang sorang tu jer.  Brapa ramai ibu di luar sana yang sanggup ucap terima kasih kat .. menghargai anak. Ni kata2 DAO tau. nanti korang kata saya ni memnadai jer. Hehe

Masuk hari  ke 2 dah x de rungutan dia. Ajaibkan, apa yang telah saya buat. Saya rasa cam sama jer seperti yang selalu yang buat. Tapi mungkin masih ada kekurangannya di situ yang saya tak nampak. Dia siap leh tanya nak cuci apa lagi umi dan nak buat apa lagi. Pelik kan.
 Itula kuasa sanjugan dan penghargaan.

Saya bukan la bijak pandai untuk bekongsi dengan anda semua tapi ini luahan hati saya dan apa yang alami hasil pembacaan itu.  Mana tahu mungkin anda juga mengalami masalah yang sama dan boleh juga cuba tuk praktikkannya. Selamat berjaya.


Salam kasih sayang
♡Miza


No comments:

Post a Comment