Friday, 6 March 2015

LEGOLAND WATER PARK 2015

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Haii arini baru berkesempatan nak up entry berkenaan percutian kitarang pada cuti raya cina yang lalu Ke legoland water park. 2 tahun lepas kitarang ke theme park jer coz waterpark ni belum pun buka lagi. So kesempatan yang ada ni lompat jerla ke sana. Bukan senang cek abe ni nak cuti. Dah alang2 cuti raya cina , apalagi ajaklah ke sana. Konon nak buat surprise kat Aleya sempena hari lahir yang 10. Rahsia terbocor time di hotel Impiana, KLCC lagi.

my lil family
My hero


Pergi ke sana dgn family kakak miza yang memang tinggal di Johor. So stay rumah dia. Dari rumahnya ke Legoland dah x jauh mana pun dalam 30 minit jer. Tiket kitarang x booking online pun ingatkan nak beli kat sana. Ada 1 kedai tu yang boleh beli di sana coz anak buah, Yana pernah beli di situ. malangnya aritu dah x de. Orang kedai tu cakap harga dah makin naik dan diorang dah tak blh jual. Nasib time kakakku nak ke kedai tersebut, Miza q di kaunter utama. Fuhh memang berjela la jawabnya. Time tu dah pukul 10.30. Baru nak q , ada sorang staff di situ bgtau kalu nak ke waterpark jer blh direct beli di kaunter waterpark yang terdapat di depan pintunya. Nak ke waterpark tu korang kena lalu di depan hotel legoland dulu.

My heoin. 


Sampai di kaunter waterpark tu memang x ramai pun. Cepat2 miza call kakak miza dan suruhnya ke situ. Memang x ramai Kat kaunter nih.


1.Untuk mendapatkan harga diskaun korang WAJIB bawa kad pengenalan tau. Idak korang dapat harga yang terpampang di kaunter tersebut. kalu korang tunjuk ic dapat la sket diskaun beserta dengan baucar makanan rm10 tuk setiap orang.

Setelah mendapat diskaun, harga
dewasa : rm95
kanak2 : rm75
Untuk bayi akan diberikan diaper khas tuk berada di dalam air. para2 ibu jangan bimbang yek, x perlu mencari di luar dah disediakan pun haa.

Pakaian yang sesuai yek. x strict
 sgt dr segi pakaian cuma tuk permainan
tertentu yang perlukan  gini. 


2. Untuk korang dibolehkan untuk bermain permainan yang disediakan, perlulah korang memakai pakaian berenang. Jika memakai t shirt pasti tidak dibenarkan untuk bermain kecuali yang menggunakan tube atau sekadar bermain2 di dalam kolam. kalu dah pergi tapi x main x syoklah kan.


cam berkejaran di pantai plak si kakak ni

Kalu lelaki boleh jer nak tanggalkan baju tapi seluar juga kena bersesuaian. Sebab ketika kitarang tgh q ada beberapa orang yang tidak dibenarkan bermain kerana memakai pakaian yang tak sesuai. Tuk keselamatan jugak.

di kolam ni x de tube tapi
 disedian life jacket.

Sonok ehh berendam


3. Waktu operasi adalah pukul 10.00-6.00 petang jer. Bukan seperti theme park yek. Waktu paling lambat  ditutup pada pukul 9. Kitarang memang tunggu sampai bunyi wisel kena halau la. selagi x bunyi selagi tu la hafiy n d geng dok berendam.

Dah penat makan dulu

Antara menu.. burger charcoal


4. Harga makanan agak mahal. Tapi standart la tuk tempat2 gini. Set makanan seperti burger dll adalah rm25 tuk 1 set termasuk air, fries dan buah2an. Manakala set untuk kanak2 seperti nugget@jejari ikan dll rm18 termasuk fries dan ribena kotak. yang ramai bawa bala tentera tu pepandaila yek bawa pape tuk alas perut. Tahu jerla anak2 bila dah penat main tu cepat jer lapar. Korang boleh la bawa biskut, snek pape. Boleh jer sorok2 dalam bag tu. Di entrancenya x strict sangat pun spot checknya. Tu time miza yek ..jgn kena time korang abih dichecknya. Sorry x dapek den nolongnya.

Hotel legoland. Colourful gitu
Semua barang simpan dalam locker, tu yang x sangat nak snap gambar. Dah puas main la snap. Hehe.. yang penting happy kan. 

Antara permainan yang terdapat di situ

Setiap permainan ada had ketinggiannya.
Kanak2 yang x melepasi had ukuran x dibenarkan.

Fuhh memang penat seharian di water park ...memang berbaloi. Kalu 1 hari nak masuk 2 tempat x tahulah sempat ke idak nak main ke semuanya. Malam tu sebelum tido wajib telan 4 biji ostematrix. Barulah ilang segala sakit2 badan dan lenguh2 semua.  Tu pun masih terasa sakit di lengan mungkin terlalu banyak penggunaan tangan. Yela kena pegang kuat2 takut terpelanting. Hehe.

Korang pun nak ostematrix ni. Jangan lupa contact miza k.


SMS/ WhatsApp/Telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad










2 comments:

  1. eh.. baru je kami pergi beberapa hari yg lepas... belum sempat review lagi ni.

    syok kan? tapi mahal sangat, sekali je kot perginya ;)

    www.buatwanita.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Baru2 ni sy pegi,mmng kne pakai proper swim attire..utk lelaki better tanggal baju..for safety..

    ReplyDelete