Salam bersiaran. Dah lama yek miza tak update n3 terbaru di sini. Ok arini miza nak kongsikan tentang tip atau petua penyimpanan tauhu agar tahan lama.
Adakah anda bermasalah dengan tauhu...beli dan simpan ...tauhu menjadi masam dan berlendir ...miza ada 1 petua yang dapat menjadikan tauhu anda tetap segar yang selama ini miza amalkan. Diharap petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Cara2nya.
Ambil tauhu dan cuci bersih di bawah air paip mengalir.
Kemudian masuk ke dalam bekas tahan panas.
Tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut hingga menenggelamkan tauhu2 tersebut.
Biarkan sehingga air tersebut sejuk dahulu dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
# Tauhu ini tidak perlu memasaknya dengan lama. Memadai dengan sebentar sahaja.
Selamat mencuba.
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
Oh macam tu ke cara nyer nak bg tahan lama... ok nak try!!
ReplyDelete