Tuesday 15 September 2015

KEBAB SIMPLE UNTUK ANAK-ANAK.

Assalamualaikum wrh.wbth.

Pagi ni miza nak kongsikan kebab yang tuk sarapan. Boleh juga dijadikan tuk makan petang.  Oh ye resepi ni mmg sesuai tuk anak2 yang tak sukakan sayur...ada kes penipuan sket di sini. Nak bagi anak2 makan sayur punya pasal kan. Jom kita intai resepinya.



BAHAN-BAHAN

400 gm Isi ayam – dipotong kecil.
1 biji  bawang besar – didadu besar.
1 sudu besar cili kisar  - ikut kepedasan masing2.
1 sudu kecil lada hitam biji  - kalu ada serbuk lg senang.    
½ sudu kecil serbuk oregano
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak jagung untuk menumis    

Bahan tuk dikisar.
1 biji bawang besar.
1/2 batang lobak merah- boleh jer tambah sayur2an yang lain lagi seperti bayam, tomato atau bunga kobis.
Sedikit air

BAHAN- BAHAN LAIN
 sos cili
 mayonis - x letak. Kehabisan stok.
Cheddar cheese.
Roti pita
Sayur kobis - dipotong memanjang.
Lobak merah - dipotong memanjang.



CARA-CARANYA.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar. Kacau hingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan gula. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam.
4. Kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar.
5. Masukkan pula lada hitam dan serbuk oregano. Kacau hingga kering. Jika ayam belum empuk bolehlah dimasukkan sedikit air lagi.
6. Akhir sekali bolehlah dimasukkan garam. Kacau sebati dan tutup api.

# jika anak2 yang tidak sukakan pedas..cili kisar tersebut bolehlah digantikan dengan buah tomato yang masak ranum yang telah dikisar. Kena seimbang gula dengan kemasaman buah tomato tersebut. 

Cara penyediannya.
1.Roti pita dipotong dua dan dibelah ditengah2nya seperti poket.
2.Masukkan ke dalam toaster. Panggang sekejap.
3.Sementara itu, masukkan sos tomato dan mayonis ke dalam mangkuk.
4.Masukkan pula sayur2an yang telah dipotong seperti lobak merah dan kobis. Boleh jer lagi nak letak pape sayur pun. Stok dalam peti ada tu jer. Belasah jer lah. Gaul bersama sos2 tersebut.
5. Isikan ke dalam poket roti pita dengan ayam dan sayur2an tersebut. Jika anak2 tak sukakan sayur2an just letakkan ayam sahaja. Sedangkan dalam ayam tu pun dah ada sayur2an.
6. Atas sekali letakkan cheddar cheese. Masukkan ke dalam microwave selama 20 saat tuk cairkan cheese tersebut.
7. Taada bolehlahlah dihidangkan untuk orang2 tersayang.

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


1 comment:

  1. Waaa.. menarik nyer boleh di cuba pada hari weekend.. thanks for sharing resipi menu kebab nie ... :D by the way salam kenal juga..

    ReplyDelete