Thursday, 5 February 2015

MEE TARIK WARISAN ASLI

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Pekabar kengkawan sekalian.

Harini Miza nak kongsikan dengan korang semua tentang mee tarik. Pernah makan tak?

Taada 


Sebenarnya dah lama teringin nak makan mee tarik nih..tapi lom ada rezeki nak g terjah. Sedangkan bukannya jauh pun. Kayuh basikal pun leh sampai. Hehe.

Bila kakak sound nak p makan mee tarik terus melompat setuju. Bagai bulan jatuh ke riba ler kan.

Sebenarnya mee tarik ni berasal dari Lanzhou, China. Ianya dipanggil mee tarik disebabkan proses pembuatan meenya secara manual dengan hanya menarik2 doh tersebut sehingga memjadi halus. Kalu kita masuk mesin jer kan. Yang ni yang menjadikanya special. Tekstur dan rasanya lain dari mee kita. Korang wajib cuba. Sedap tau... itu mengikut selera tekak Miza la yek.

Kanak2 ribena

Pengasasnya, Mr Hassan adalah orang bertanggungjawab membawa resepi asli mee tarik ini ke Malaysia untuk diperkenalkan di sini.

Kalu nak tahu mee tarik warisan ni ada 4 cawangan selain di Shah Alam ni terdapat di Sungai Besi, Dang Wangi, Setapak dan Bangi. Selain 2 lagi tempat yang akan dibuka iaitu di KL Sentral dan Sri Gombak. Di KL Sentral miza tak pasti dah buka atau belum kerana mengikut jadual ianya akan dibuka pada awal tahun ini.


Proses membuat mee tarik

Bila sampai ke restoren tersebut, kita akan nampak orang yang sedang membuat mee tarik di dapur terbukanya.


Ni antara menu yang kitarang order pada malam tu. Servisnya pun pantas tambahan kitarang order sup confirm la cepat kan. Kalau sup pun lambat memang hai2 bye2
jer lah.



Rugi2 yang x perasaan ada campuran bihun..
nak mee jer..cnfrm kena pegi lagi.

Toothpick lamb

Supnya telah diletakkan cili. So miza ni yang first time makan di situ dok imagine yang makanan diorang pastinya x pedas. Tapi mungkin dah ikut citarasa orang Malasia..cilinya agak pedas. So bagi anak2 yang tak sukakan pedas mungkin boleh minta cili tu diasingkan. Umminya kan suka pedas..licin semangkuk. Yummy. Boleh pegi lagi dengan cek abe plak nanti. Atau ada sesapa yang nak belanja miza pun boleh jugak...kecik tapak tangan nyiru ditadahkan...hehe

SMS/ WhatsApp/ telegram  : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


1 comment:

  1. Yummykan...mimi n nana pon suka...cuma portion dia besarla utk deorng...boleh share je next time

    ReplyDelete