Monday 27 April 2015

MENGAPA VITAMIN C BEGITU PENTING?

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Arini miza nak kongsikan tentang kepentingan  vitamin C hasil dari pembacaan miza. So miza masukkannya di sini sebagai rujukan miza dan mungkin juga kepada kengkawaN sekalian. sharing is caring. Ye tak. Info ni miza dapat hasil dari penulisan  Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar dr Institut Pembangunan Keluarga & Kanak- Kanak Nury.

KITA MEMERLUKAN SUMBER VITAMIN C DARI SUMBER LUAR.



Dalam semua proses untuk otak dan sistem saraf membangun, darah boleh mengalir, agar manusia boleh bernafas dan makan. Makanan yang dimakan boleh dihadamkan dan diserap menjadi bahan- bahan yang akan membantu proses pembangunan manusia itu. Untuk proses ini berlaku, VITAMIN C diperlukan oleh tubuh badan kita.
             Tetapi kod genetik manusia tidak boleh memproses GLUKOSA  dari makanan kepada VITAMIN C.  Dengan itu, kita memerlukan vitamin   c dari sumber makanan harian kita  seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Maka dengan itu amatlah penting bagi kita memperoleh VITAMIN C tambahan (supplement) bagi mencukupkan vitamin tersebut.

Apakah di antara perkara-perkara atau proses yang memerlukan VITAMIN C?

makanan sumber protein


Proses kehidupan itu sendiri, kerana untuk membolehkan kita berjalan, bercakap, menulis, membuat kerja atau apa jua perbuatan, kita memerlukan sejenis bahan untuk otak berfungsi iaitu 'adrenaline'. Untuk menghasilkan adrenaline ini, proses metabolismanya memerlukan bahan asas protein, yang diberi nama asid amino phenylalanine. Phenylalanine diperoleh dari apa jua sumber protein yang lengkap dalam makanan harian kita seperti ayam, daging, kekacang dan lain-lain.

Ada beberapa tahap pemprosesan phenylalanine ini. Setiap tahap memerlukan vitamin dan beberapa jenis galian seperti kalsium, magnesium dan juga oksigen.





          Vitamin C amat penting untuk meningkatkan sistem ketahanan dalaman iaitu kemampuan sistem ketahanan kita yang sering dicabar oleh cara hidup kita seharian, stress atau tekanan, makanan dan minuman harian dan kuman serta virus yang sekarang ini sering menceroboh sistem ketahanan yang tidak kuat atau lemah dan menyebabkan kita sering sakit seperti mudah mendapat batuk, selsema, demam panas dan penyakit-penyakit kronik yang disebabkan oleh keadaaan stress yang lama dan berterusan. Penyakit-penyakit kronik itu antaranya seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar, arthritis, leukemia, kanser dan lain-lain lagi.



Dalam proses meningkatkan sistem ketahanan,sel darah putih perlu masak dan matang untuk melawan bakteria  dan virus yang menyerang apabila sistem ketahanan kita belum kuat ( untuk anak kecil) atau telah mula lemah apabila umur kita meningkat.

VITAMIN C perlu untuk menterjemah minyak GAMEA LINOLENIC ACID ( iaitu dari minyak sayuran dalam makanan) kepada Prostaglandin  I yang akan memasakkan sel darah putih dan dengan itu berkemampuan untuk melawan bakteria dan virus yang menyerang.

Minyak ikan

VITAMIN C juga diperlukan untuk menterjemahkan minyak ikan kepada Prostaglandin 3 yang akan membantu meningkatkankan sistem ketahanan dan mencairkan darah dan dengan itu mengurangkan kemungkinan darah terlalu pekat dan juga kemungkinan terjadinya "plaques" yang akan menyumbat dan dengan itu menganggu pengaliran darah kerana saluran-saluran darah telah menjadi kecil dan sempit.

Kolegen


 VITAMIN C juga amat diperlukan bagi  penghasilan  kolegen yang penting untuk pembinaan dinding sel dan tisu yang dengan itu dapat memperkuatkan dan mencantikkan kulit. Jika dinding sel kuat, maka sel tidak mudah diserang oleh virus atau bakteria.

Ini juga termasuk sel otak dan sel-sel yang menjadi lapisan di dalam sistem penghadaman dan sistem pernafasan yang sentiasa terbuka kepada persekitaran luar hidung dan mulut.

Untuk mendapatkan VITAMIN C terbaik  Boleh klik di sini.



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma mengenai produk2 shaklee, anda bolehlah hubungi Miza seperti di bawah.

SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad





No comments:

Post a Comment