Thursday 7 May 2015

KEK SPAN VANILLA+ BLUEBERRY FILLING+FRESH CREAM.

Assalamualaikum wrh wbth.

Sempena hari lahir Mimi, anak buah Miza, 1 majlis secara kecil-kecilan telah dibuat di rumah Miza. Ianya dibuat bagi meraikan Mimi bersama2 temannya. Jadi pada hari tersebut Miza buatkannya kek blueberry atas permintaan tuan empunya badan. Kek tersebut mengunakan kek span. Jom kita check resepinya. 




Sumber kek span dari blog kak ita.

masam2 manis.com

Bahan- bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek/superfine
70 gm air
50 gm minyak jagung
1 sudu teh baking powder ( 1 sudu teh)
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh esen vanilla 





Cara-caranya

♡Mula-mula satukan, tepung kek dan baking powder  kemudian di ayak. sekurang2 3x.
♡Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali minyak jagung.
♡Kemudian putar dengan speed perlahan dulu supaya tepung tu tak berterbangan..
♡Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
♡Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun
♡Bila dah gebu, tutup mixer.
♡Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula  hingga rata
♡Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
♡Kemudian tuang di dalam loyang  8 inci yang  dah dilapikkan dengan kertas minyak dan sapukan butter sekelilingnya.
♡Bakar di dalam ketuhar yang dah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Bakar selama  45 minit





 Tip


♡Apabila kek telah masak, terus keluarkan dari oven.
♡Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
♡sisipkan tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
♡Terbalikkan kek atas redai sekejap - 1 minit
♡Lepas tu terus terbalikkan semula
♡Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
♡Ingat kek span ni dia sensitif sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum dipotong kepada kepingan.




♡Setelah itu bolehlah melapiskan kek dengan blueberry filling dan fresh cream. Proses diulang pada setiap lapisan sehingga habis. 
♡Kemudian bolehlah dihiasi mengikut kreativiti. 
inilah hasil dr  amatur. Masih perlu diperbaiki hasil kerjanya. 



SMS/ WhatsApp/telegram : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad



No comments:

Post a Comment