Saturday 23 August 2014

Ayam Masak Lemak Berlada

teks oleh : noramiza ahmad

Arini merupakan hari berkabung bagi Malaysia. mangsa2 MH17 akan di bawa pulang ke tanahairku tercinta untuk disemadikan...salam takziah buat keluarga mangsa tak kira agama dan bangsa ..sedih melihat ahli  keluarga yang meratap hiba atas kehilangan insan tersayang tambah2   lagi anak2 kecil yang meratap atas kehilangan ibu @ bapa mereka..kita yg tgk jer pun turut merasa kesedihan mereka..moga ahli keluarga mereka beroleh ketabahan utk menghadapi hari mendatang dan untuk mangsa2 yang beragama Islam ...moga roh mereka di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. kita yang hidup pula perlu meneruskan kehidupan seperti biasa...masak pun jangan lupa pula yek...yok kita jenguk apa yang saya saya masak tuk arini...saya masak ayam lemak berlada...

* draft dr ari jumaat tapi postnya ari sabtu nti kengkawan ingt saya ni ketinggalan zaman plak.  hehe..

oklah ni resepinya yek...

1 ekor ayam
1 labu bawang besar   *
1 inci halia  *  
2 biji cili merah *
1 kpg asam gelugor @ asam keping
2 batang serai dititik
2 biji kentang
santan cair
santan pekat    
garam
gula
     
cara-caranya
- kisar yang bertanda * hingga halus.
- masukkan ke dalam periuk dan renehkannya sebentar.
-masukkan asam keping  dan serai
- masukkan pula ayam dan santan cair.
setelah ayam separuh empuk masukkan kentang.
- didihkannya lagi.  
-bila ayam dan kentang hampir empuk, masukkan pula santan pekat.
-perisakan dengan garam dan gula.
-setelah mendidih bolehlah api ditutup.

No comments:

Post a Comment