2 bungkus keaw teaw dicelur sebentar
Bahan untuk sup
1 ekor ayam
1 biji sengkuang
1 inci halia
3 ulas bwg putih
2 batang serai dititik
1 ketul kiub ayam jika suka
cara-caranya
- rebus ayam dengan 4liter air.
- masukkan sengkuang yang telah dipotong besar, halia, bawang putih, serai dan kiub ayam.
- setelah sengkuang lembut, angkat dan kisar hingga halus.
- masukkan kembali sengkuang ke dalam periuk dan renehkan sehingga ayam ayam.tutup api.
Bahan untuk sos
1 ulas bawang putih digoreng
20 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
kicap
limau kasturi- boleh juga guna cuka
cara-caranya
-kisar cili padi dan bawang putih yang telah digoreng dengan pengisar kering sehingga mendapat kehalusan yang dikehendaki.
-tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan kicap dan perah sedikit limau mengikut kemasaman yang disukai.
inila minyak bawang putih goreng.
Ihsan Mr . Google
Bahan hiasan
-2 labu bawang putih (ambik sket tuk buat sos tu so x dela nak kena goreng asing plak kan)
*bawang putih dicincang halus. goreng dengan minyak zaitun/ jagung hingga perang keemasan.angkat dan tuang ke dalam mangkuk bersama dengan minyak sekali. ( yang ni saya x buat coz anak2 x suka)
-daun sup dan daun bawang
-kacang goreng
-tauge
Cara Hidang
Hidangkan dengan cara masukkan sedikit keaw teaw ke dalam mangkuk dan masukkan sup.kemudian taburkan bahan-bahan hiasan...taburkan juga bawang putih goreng bersama dengan sedikit minyaknya sekali ala2 nasi ayam gitu... sedap di makan panas2..yummy..
Inilah keaw teaw theng ku |
No comments:
Post a Comment