Kanak2 adalah sangat unik. Mereka boleh cipta keseronokan bermain dengan apa saja di depan mata mereka. Kita sebagai ibu bapa pula harus bijak dan keatif untuk meluangkan masa dengan anak2 kiranya ruang waktu yang terbatas. Kini anda boleh mengunakan masa yang terhad dengan aktiviti hanya di dalam rumah bagi mencipta keseronokan bersama.
Balance Beam |
BALANCE BEAM
Caranya dengan melekat pita berwarna di atas lantai bilik anak anda. Kemudian ajar anak anda untuk melalui pita tersebut sambil mendepangkan kedua2 tangan. Cara ini dapat melatih anak anda membentuk postur tubuh dan mencapai keseimbangan tubuh badan yang optimum.
BED SHEET SOCCER GOAL
Ambil kain cadar yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, ikat dan gantungkan di dua penjuru. Jadikan seperti pintu gol. Ajaklah anak anda menendang bola dengan anda bertindak sebagai penjaga gol.
Ballon volleyball |
BALLOON VOLLEYBALL
Bola tampar di dalam rumah? Tidak susah jika anda kreatif, tukarkan saja bola dengan belon. . Caranya adalah dengan mengikat riben memanjang menggantikan net. Kemudian tiub sebiji belon untuk menggantikan bola tampar. Mulakan permainan dengan anak anda.
Bottle Bowling |
BOTTLE BOWLING
Simpan botol plastik yang telah digunakan untuk dijadikan bowling pin. Anda boleh mengunakan bola plastik atau membuat sendiri bola dengan menggunakan surat khabar yang dibalut dengan plastik untuk gantian kepada bola bowling. Anak anda tentu teruja dengan permainan ini.
CRAZY CRAFTY
Melukis atau mereka sesuatu menggunakan tanah liat juga dapat membantu membina otot tangan anak anda. Aktiviti ini boleh dilakukan di kawasan laman rumah anda.
Mewarna pada daun dan kemudian cop di atas kertas lukisan. |
Selain itu anda juga boleh edarkan sekeping kertas lukisan kepada anak anda. Ajar anak anda melukis menggunakan pelbagai teknik seperti menggunakan berus lukisan, batang atau daun tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Untuk sesuatu yang lebih lebih menarik ,anda juga boleh mengajak anak anda melukis 'mural' pada dinding bilik anak anda. Menarik bukan.
Selamat mencuba.
Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD
SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad
# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen atau pun ada petua lain yang boleh dikongsikan bersama. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi.
No comments:
Post a Comment