Wednesday, 28 January 2015

TIP MENCEGAH KAKI BENGKAK

Assalamualaikum wrh. Wbth.

Dalam kehidupan kita seharian, rata-rata orang akan berjalan sejauh 9000 ribu langkah sehari. Kadang kala ia akan membebankan kaki dan meyebabkan kaki kita membengkak.



Tahu tak, yang kaki kita merupakan bahagian luar biasa dari rangka manusia. Dari pinggang sampai ibu jari, terdapat lebih dari 60 tulang yang berbeza. Subhanallah hebat sungguh ciptaan yang Maha Kuasa kan.

Menurut pakar penyakit kaki dari Toronto Hartley Miltchin menyarankan cara mengawal pembengkakan kaki seperti berikut:

Kaki yang keletihan atau membengkak



♢Sekiranya anda mengalami kesakitan akut atau pembengkakan, letakkan ais pada selama 20 minit. Ulang setiap beberapa jam selama 48 jam pertama.
♢Jika kaki terasa letih dan tidak mengalami pembengkakan, rendamlah dalam air suam selama 20 minit. Untuk penyembuhan berikutnya, tambahlah 4 titis minyak kayu putih.

Scrubkan kaki

♢Gunakan scrub pengelupasan untuk membuang kulit kasar.
♢keringkan kaki dan gunakan krim pelembab.

Gunalah krim pelembab

♢Berehat dan tinggikan kaki jika terasa bengkak. Letakkan bantal di bawah kaki jika anda baring terlentang.

Tinggikan kaki tika berehat

♢ Banyakkan berehat jika kaki sering terasa sakit.


Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad


# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi.




No comments:

Post a Comment