Saturday 19 July 2014

Cream Puff

Teks oleh noramiza ahmad

Puff Pastry

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung  - 170 gm + 2 st baking powder di ayak
4biji telur - berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 4biji       1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula




Caranya :
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
2. Satukan butter, air dan gula dalam periuk.
3. Panaskan sehingga butter cair.
4. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung.
5. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
6. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu.
7. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
8. Pukul dengan menggunakan
pemukul telur(whisk) @ anda juga boleh menggunakan mixer. Pukul hingga adunan licin.
9. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
10. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
11. Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff keperangan, lebih kurang 30 minit.
12. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
13.Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
14. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna keperangan.
15. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
16. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim custard vanilla.
17. Ayakkan dengan sedikit gula icing di atas permukaan cream puff tersebut...tapi saya x letak coz anak2 x suka..


BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)

2/3 cawan susu segar
1 sudu besar penuh tepung kastard
1 sudu besar penuh gula (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega

Caranya
1. Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk.
2.Masukkan gula dan kacau di atas api yg perlahan.
4. Kemudian masukkan pula vanilla dan mentega
5. Terus kacau sehingga dapat tahap kekentalan yg diingini.
6. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke dalam cream puff.

No comments:

Post a Comment