Thursday 10 July 2014

Makanan Anti Kedutan

teks oleh : noramiza ahmad

Kedutan mampu dihindari melalui  pemakanan sahaja. Pemakanan yang tepat mampu memastikan kulit wajah tegang dan awet muda. Antaranya ialah:

1. Salmon
mempunyai banyak antioksida kerana kaya dengan asid omega 3 dan astaxanthin. selain itu ia juga sumber dimethylaminoethanol iaitu sejenis protein semulajadi yang dapat menegangkan otot wajah.

2.Makanan berwarna hijau
Ia mengandungi banyak klorofil yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menangkis radikal bebas penyebab kedutan. Ianya terdapat pada sayuran hijau seperti sawi dan bayam.


3.Serat
Serat yang larut mampu mengatur metabolisme di dalam pencernaan dan menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Manakala serat yang tidak larut pula akan mencegah kegemukan kerana membantu anda merasa kenyang lebih lama.

4. Blueberry
mengandungi phytochemical yang membantu mencegah kematian sel dan menyokong pengeluaran hormon dopamin yang membantu mengurangkan stress. Hasilnya kawalan otot menjadi lebih baik, tekanan darah makin berkurang dan penampilan lebih muda.



No comments:

Post a Comment