Wednesday 30 July 2014

Rahsia Badam

Teks oleh noramiza ahmad

1. Mengurangkan kolestrol
     Pengambilan badam meningkatkan tahap vit E dalam plasma darah dan sel darah merah,  lantas mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

2. Bagus untuk minda
     Badam antara sumber nutrisi yang membantu dalam pembentukan dan kesihatan otak. Ia mengandungi dua nutrien otak penting iaitu riboflavin dan L-carnitin yang menggalakkan aktiviti otak dan mengurangkan penyakit Alzheimer.

3. Menguatkan sistem imun
     Alkali boleh ditemui dalam badam dan ia dikenali untuk menguatkan sistem imun dan meningkatkan keupayaan badan untuk mengelak daripada penyakit.


4. Mengurangkan berat badan  
Walaupun kacang secara umumnya kayadengan lemak, namun menurut kajian mereka yang mengambil kacang dalam diet harian mereka lebih langsing berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa jenis kacang.

5. Kulit menawan
  Terkenal dalam industri kecantikan,badan dan minyaknya mampu memulihkan kulit agar penampilan tampak lebih menawan,segar dan sihat.

No comments:

Post a Comment