Saturday 4 October 2014

Adakah Anak-Anak Perlukan Supplement?

Teks oleh : noramiza ahmad

ASSALAMUALAIKUM WRH.WBT

Yang dah ada anak tu apa perasaan korang apabila
- Anak sakit?
- Anak menangis tak sukakan ubat?
- Anak menjerit kesakitan apabila diberi injection?
-  Anak meronta-ronta apabila diberikan nebulizer?
 Dan  Apa perasaan korang apabila anak dimasukkan ke hospital. Pastinya sedih dan hancur luluh hati seorang ibu apabila anaknya menanggung kesakitan. Kan ..betul tak?



Sebab itulah apabila kita masih berkesempatan untuk menjaga dan memelihara mereka, jagalah mereka dengan sebaik mungkin atau lebih tepat lagi sehabis mungkin. Mereka merupakan anugerah Ilahi ciptaan teragung buat kita.
Mengapa bila sakit baru nak cari ubat? Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat. Dari peringkat usia muda la kita kena menjaganya.

 Mengapa kanak2 perlukan makanan tambahan ?

Kanak-kanak yang membesar perlukan makanan yang seimbang untuk membesar dengan sihat, cergas dan sihat. Gaya hidup masa kini yang mendedahkan anak-anak kita kepada pencemaran dan pengaruh diet yang tidak sihat seperti makanan segera, makanan ringan, makanan yang tak seimbang dan sebagainya mengganggu sel untuk menjalankan fungsinya dengan baik.  Korang sebagai ibubapa adakah pasti yang korang menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk anak2  yang tersayang atau adakah mereka yang terlalu memilih makanan ? Hanya makan makanan yang digemari tanpa mengira berzat atau seimbang ker tak...ermmm anak2 memang gitu. So apa peranan kita pulak sebagai ibubapa? Bagi jer makanan tambahan tuk si comel tersayang.

Dengan adanya antioksida di dalam makanan tambahan yang di ambil, ianya dapat membantu anak-anak kita melawan radikal bebas untuk memelihara sel supaya sentiasa sihat. Tak la sekejap2 demam, kejap2 batuk dan selsema kan. Mereka masih muda, sel-sel masih berkembang dan sihat,  janganlah dirosakkan sel-sel badan mereka dengan aktiviti dan makanan yang menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka yang masih kecil. Mereka memerlukan otak yang cerdas dan badan yang cergas untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang.

Untuk mengetahui makanan tambahan yang sesuai untuk kanak-kanak sila 
Rujuk Di Sini


No comments:

Post a Comment