Tuesday 14 October 2014

Apa Itu Tekanan Darah Tinggi

Teks oleh : noramiza ahmad

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipam melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberi oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita samada normal, rendah atau pun tinggi.
Tekanan darah dicatat dalam dua angka. Angka di atas iaitu tekanan darah sistolik mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka di bawah pula iaitu tekanan darah diastolik mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Apakah itu tekanan darah tinggi?



Anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi apabila saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi dari biasa. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).



Tanda-tanda menghidapi Tekanan Darah.

• Tekanan darah tinggi dikenali sebagai "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dihidapinya. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.



Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.
Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat.

Untuk mendapatkan set darah tinggi boleh Klik Di Sini

        ATAU

Anda ingin mengetahui dan memahami cara untuk mengurangkan dan mengawal tekanan darah tinggi anda Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment