Saturday 27 December 2014

Aktiviti Hari Keluarga.

Teks oleh Noramiza Ahmad

Sebelah kiri tulah dewannya.
Sumber : mr . Google

ASSALAMUALAIKUM WRH. WBTH

Masih lagi berkisar dengan cerita family day saya tempohari yang telah diadakan di agrofarmstay di Durian Tunggal, Melaka.

Setelah saya kongsikan mengenai sukaneka yang diadakan di entri terdahulu, kini saya ingin kongsikan pula aktiviti2 yang boleh diadakan di family day selain daripada sukaneka2 tersebut.

Aktiviti2 dalaman atau indoor juga boleh diadakan sekiranya cuaca tidak mengizinkan jika ingin mengadakan sukaneka di kawasan terbuka atau di luar.

Kami mengadakan aktiviti  ini pada pukul 2.30 petang, sudah semestinya perlu dilakukan di tempat tertutup kecualilah kalau korang tahan panas. Hehe.

Antara aktiviti yang sempat kami jalankan ialah



Bersiap sedia sebelum acara dimulakan.

3 peserta terakhir. 

1. Musical Chair.

pasti ramai yang telah maklum mengenai cara permainannya kan. So x yah citerlah.
Kami bermain dengan 3 kumpulan iaitu kanak2, kumpulan lelaki dan juga kumpulan wanita.

2. Anda dan Gaya.

Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Seorang wakil setiap kumpulan akan dipilih dan dia akan menggayakan apa yang telah tertulis pada kertas yang telah ditentukan oleh ajk program. Setelah menggayakan tanpa suara, kumpulannya perlu meneka apakah ia yang cuba disampaikan oleh si penggaya tersebut.

Contohnya penarik beca.

Penggaya perlu menggayakan cara penarik beca tersebut. Jika kumpulannya berjaya menjawab maka mereka akan mendapat markah.

So dengan masa 3 minit berapakah yang berjaya dijawab oleh kumpulan tersebut. Markah tertinggi di kira pemenang.



3. Telefon Karat.

masih lagi dalam 4 kumpulan. Tapi kami perlu duduk berbaris panjang ke belakang mengikut kumpulan masing2.

1 ayat yang panjang akan diberikan kepada peserta pertama pada setiap kumpulan. Dia perlu menghafal ayat tersebut. Kemudian duduk di tempatnya. Peserta di belakangnya iaitu peserta kedua akan datang ke tempat peserta pertama dan diberikan ayat tersebut. Peserta kedua pula perlu menghafalnya. Begitulah seterusnya sehingga peserta terakhir.

Pemenang akan ditentukan dengan kepantasan dan ayat yang diberikan adalah betul.

Contoh ayatnya adalah seperti :

Penari ballet, masak kari, pakai sari,
Tarik laci, buka peti, ada kunci, atas sekali

Haa kalu korang power boleh jer buat ayat panjang berjela..hehe

Terdapat 2 buah kolam tuk kanak2.
1 terbuka dan 1 lagi berbumbung. 


Sebelum umi beraksi.


Kemudian beralih pula ke acara kolam renang.

Bola Baling Air.

Peserta akan berusaha untuk memasukkan bola ke dalam gol dengan cara menyerahkan bola kepada rakan sepasukan. Tidak boleh membawa bola tapi perlu membaling atau menyerahkan kepada rakannya sambil akan cuba dihalang oleh dirampas bola oleh pihak lawan.

Inilah bola baling air. Best sesangat.


Gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang.



 Jika ketinggalan tentang cerita mengenai family day kami di Melaka boleh baca di sini:
 Family Day Part 1

Salam sayang,
NORAMIZA AHMAD

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad

# psssstt..dah abih baca.. terima kasih yek sebab sudi bertandang di sini. Sudilah kiranya anda meninggalkan sepatah dua di ruangan komen. Jika anda inginkan saya mengunjungi anda, bolehlah tinggalkan jejak. Terima kasih sekali lagi. 

Sayang korang ketat2.



No comments:

Post a Comment