Wednesday 3 December 2014

Punca Marah

Teks oleh Noramiza Ahmad



Marah..ramai yang menganggapnya sebagai tidak normal tetapi sedangkan hakikatnya ia adalah emosi yang sihat seperti mana menangis atau ketawa. Jika seseorang itu marah, penyebabnya mungkin kecewa, takut, tersinggung atau merasa terluka. Jika anda selalu marah secara berlebihan cuba selidiki apakah ianya disebabkan pengambilan ubat-ubatan atau penyakit.

Hipertiroid.
Hipertiroid terjadi kerana kelenjar tiroid menghasilkan kelenjar tiroid terlalu banyak. Keadaan ini biasa dialami wanita. Hormon tiroid mempengaruhi sistem metabolisme dan ini sekaligus meningkatkan kegelisahan , gugup serta kesukaran memberi tumpuan. Jika tiriod terlalu aktif, ia boleh menjadi alasan mengapa anda mudah menjadi marah.



UBAT KOLESTEROL
Statin ( ubat kolesterol) yang diambil oleh mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi memberi kesan sampingan seperti mudah hilang sabar. Statin akan membuat serotonin lebih rendah yang menyebabkan berlakunya tekanan atau depresi.


DIABETES
Seorang pesakit diabetes yang kekurangan gula dalam darah boleh menyebabkan amarahnya meningkat. Ketidakseimbangan kadar gula pada tubuh dapat menyebabkan ketidakseimbangan serotonin dalam otak. Akibatnya, seseorang itu menjadi lebih agresif, kebingungan dan  marah berlebihan.



DEPRESI
seseorang dalam keadaan depresi atau kemurungan akan merasa sangat marah, gelisah serta menyebabkan perasaan tidak berharga, malu dan rasa bersalah.

Salam sayang,
NORAMIZA Ahmad

SMS/ WhatsApp : 0136162413.
Email : diamileya@gmail.com
Fb : Noramiza Ahmad
Instagram : @noramizaahmad




No comments:

Post a Comment